Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada sahabat semua. Hari Raya Aidilfitri sudah pun beberapa hari berlalu nampaknya, namun begitu bahang suasana sambutan hari raya masih lagi dapat dirasai. Ini kerana masih ramai orang yang sedang membuat rumah-rumah terbuka sambutan hari raya ni. Ada sesetengah tempat sampai sebulan syawal pun masih ada lagi rumah terbuka hari raya ni. Memang begitu meriah sekali.
Kalau cakap pasal suasana rumah terbuka ni mesti terfikirkan tentang pelbagai jenis juadah makanan yang terhidang. Ada pelbagai jenis makanan tradisi dan moden bagi memberikan pilihan kepada tetamu yang datang ke rumah terbuka yang diadakan. Memang banyaklah pilihan juadah makanan yang disediakan kalau tidak takkan nak buat rumah terbuka kan.
Posted in: Umum
Leave a Comment (10) →