Posted on 28 Comments

Siapa Yang Selalu Bosan?

Salam sejahtera 🙂

Ada banyak perkara dalam kehidupan yang boleh membuatkan kita bosan. Semasa saya menulis entri ini saya sedang menyaksikan perlawanan bola sepak. Maklum la sekarang ni kan tengah hangat musim bola piala dunia. Tengok bola ni adakalanya membosankan terutamanya apabila tiada gol yang dihasilkan dalam sesebuah perlawanan itu. Main bagus tapi tiada gol bosan gak tengok. Bagi saya main tak bagus pun tak apa asalkan ada jaringan gol yang dihasilkan. Baru puas hati tengok kan..ok berbalik kepada tajuk entri ini mengenai siapa yang selalu bosan dalam hidup ini ye? Jawapannya adalah saya. Saya mengaku saya selalu cepat merasa bosan..ada beberapa golongan lagi yang selalu merasa bosan ni.

Posted on Leave a comment

Tips Dan Kelebihan Ebook

Pada artikel sebelum ni saya dah ceritakan apa itu ebook. Pada artikel ini pula saya akan menerangkan apa pula kelebihan ebook itu berbanding buku cetakan. Buku cetakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri tapi ebook juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada buku cetakan biasa.Saya akan menerangkan pada anda 5 kelebihan ebook yang patut anda tahu. Antara kelebihan-kelebihan itu adalah:

1. Pertama sekali adalah ebook mudah untuk diperolehi. Ini kerana anda hanya perlu duduk dihadapan komputer anda dan melayari internet untuk memesan ebook itu. Biasanya selepas anda membuat pembayaran, anda sudah boleh terus memuat turunnya ke dalam komputer anda tanpa perlu keluar rumah untuk kekedai buku untuk membeli buku lagi. Pada zaman sekarang pembayaran juga sudah boleh dilakukan secara online. Ianya sangat memudahkan anda dan menjimatkan masa anda.