Sep
12
2010

Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada sahabat semua. Hari Raya Aidilfitri sudah pun beberapa hari berlalu nampaknya, namun begitu bahang suasana sambutan  hari raya masih lagi dapat dirasai. Ini kerana masih ramai orang yang sedang membuat rumah-rumah terbuka sambutan hari raya ni. Ada sesetengah tempat sampai sebulan syawal pun masih ada lagi rumah terbuka hari raya ni. Memang begitu meriah sekali.

Kalau cakap pasal suasana rumah terbuka ni mesti terfikirkan tentang pelbagai jenis juadah makanan yang terhidang. Ada pelbagai jenis makanan tradisi dan moden bagi memberikan pilihan kepada tetamu yang datang ke rumah terbuka yang diadakan. Memang banyaklah pilihan juadah makanan yang disediakan kalau tidak takkan nak buat rumah terbuka kan.

Sep
04
2010

Elakkan Kemalangan Di Jalan Raya

Salam sejahtera. Menjelang tibanya musim perayaan hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi mereka-mereka yang tinggal, belajar dan bekerja di perantauan akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Maka jalan raya akan dipenuhi dengan banyak kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa yang menyedihkan apabila tibanya musim perayaan akan terjadinya banyak kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa. Statistik setiap tahun menunjukkan setiap kali tiba musim menyambut hari raya banyak kes kemalangan jalan raya telah berlaku. Hari raya yang sepatutnya menjadi hari untuk bergembira bersama keluarga tersayang telah bertukar menjadi hari yang menyedihkan.