Posted on 46 Comments

Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online

Salam sejahtera

Sedar tidak sedar masa tiga bulan begitu cepat berlalu. Cuti semester saya hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dihabiskan. Minggu depan saya terpaksa kembali untuk menyambung pengajian untuk tahun yang kedua(degree) di universiti. Cuti ni saya banyak masa free untuk berehat. Masa berehat ni biasanya saya gunakan untuk online. Bila dah balik universiti nanti dah kuranglah online jawabnya mesti buzy sikit. Setiap kali online ada beberapa aktiviti yang saya wajib buat ataupun buka di internet.

1. Menulis blog

Inilah yang saya buat sebagai seorang blogger. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update post sekali sehari walaupun tidak dapat melakukannya setiap hari. Biasanya saya akan update post bila saya ada masa free untuk menulis blog ni.

Posted on 9 Comments

Kelebihan Membaca – Jadikan Membaca Amalan Hidup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra” iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi