Posted on 18 Comments

Tahap Keilmuan Dalam Diri Manusia

Assalamualaikum.

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam. Kita telah diajar menuntut ilmu oleh ibu bapa kita sejak dari kecil lagi. Kemudian kita dihantar ke sekolah untuk belajar ilmu di sekolah daripada guru-guru pula. Apa saja jenis ilmu yang kita belajar selagi berlandaskan syariat islam akan dapat memberi manfaat kepada kita. Ilmulah yang akan menyelamatkan seseorang itu di dunia dan ilmu jugalah yang akan menyelamatkan seseorang itu di akhirat kelak. Ada empat jenis golongan manusia yang hidup di dunia ni. Golongan ini dibahagikan kepada empat berdasarkan kepada peringkat ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

1) Orang yang memiliki ilmu dan tahu diri mereka berilmu.

Golongan yang pertama ini memiliki ilmu yang mendalam diri mereka kerana mereka rajin menuntut ilmu. Memiliki ilmu yang banyak tidak melupakan mereka untuk terus menyampaikan ilmu yang mereka miliki kepada orang lain pula. Contoh mereka yang berada dalam golongan ini adalah seperti ulamak, guru-guru, ustaz-ustazah dan banyak lagi. Mereka tahu yang mereka telah memiliki ilmu dan mereka merasakan menjadi satu kewajipan pula bagi mereka untuk menyampaikan ilmu yang mereka miliki kepada orang lain pula. Mereka inilah orang yang sebenar-benarnya berilmu.

2) Orang yang memiliki ilmu tapi tidak tahu diri mereka memiliki ilmu

Mereka yang berada dalam golongan yang kedua ini pula adalah mereka yang terleka ataupun lalai dalam hidup mereka. Mereka sebenarnya banyak menuntut ilmu tapi tidak mengamalkan ilmu yang mereka miliki. Cara mereka bertindak juga adalah seperti orang yang tidak tahu apa-apa padahal mereka telah banyak menuntut ilmu. Contohnya, seseorang itu tahu yang solat itu wajib bagi orang islam tapi kenapa mereka masih mengabaikan dan meninggalkan solat? Ini kerana mereka ini telah lalai dengan kehidupan dan tidak mengamalkan segala ilmu yang mereka miliki dengan sebaiknya. Mereka ini perlu diberikan kesedaran.

3) Orang yang tidak berilmu dan tahu diri mereka tidak berilmu

Mereka yang berada dalam golongan ini pula memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari orang-orang yang lebih pandai. Mereka ini sedar yang mereka tidak memiliki ilmu jadi mereka perlukan guru-guru yang akan dapat memberikan mereka bimbingan. Mereka ini lebih senang untuk diberi bimbingan kerana mereka sedar akan kekurangan dalam diri mereka. Maka menjadi tugas orang yang memiliki ilmu yang lebih tinggi untuk mendidik mereka ini supaya mereka dapat mempelajari ilmu yang bermanfaat untuk diri mereka.

4) Orang yang tidak berilmu tapi tidak tahu diri mereka tidak berilmu.

Mereka ini dianggap sebagai manusia yang paling buruk kerana mereka ini orang yang bodoh kerana tidak berilmu tapi merasakan diri mereka seorang yang pandai seolah-olah memiliki ilmu yang tinggi. Mereka merasakan yang diri mereka ini sudah cukup pandai padahal banyak lagi ilmu yang mereka tidak mengetahui. Mereka ini pandai bercakap mengenai sesuatu yang mereka sendiri tidak mengetahuinya tanpa asas yang kukuh. Mereka ini amat susah sekali untuk diberi tunjuk ajar kerana sifat sombong yang berada dalam diri mereka.

Sebagai kesimpulannya, walaupun setinggi mana pun ilmu yang kita miliki kita seharusnya sentiasa dahagakan ilmu setiap masa. Ilmu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Janganlah kita berada dalam golongan orang yang jahil. Salah satu cara yang mudah menuntut ilmu adalah dengan banyak membaca. Bacalah apa-apa bacaan sekalipun selagi bahan bacaan itu berfaedah. Carilah seorang guru yang dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita dalam sesuatu bidang ilmu yang kita pelajari.

JOM SHARE

18 thoughts on “Tahap Keilmuan Dalam Diri Manusia

  1. saya juga tidak tahu apakah diri saya ini berilmu atau tidak

    1. saudara akan tahu juga nanti.. =)

  2. setuju. semoga ilmu yang saya tuntut selama ni saya boleh kongsikan kepada anak2 murid saya.

    anyway, saya sentiasa kehausan ilmu pengetahuan. semakin banyak yang kita tau, sebenarnya semakin banyak yang kita nak tau. Bukan?

    1. ye betul..semakin banyak yang kita ingin tahu apabila semakin banyak kita tahu..terima kasih..

  3. Salam..

    Mengikut guru yang telah diajarkan kepada saya jika memiliki ilmu yang tinggi biarlah kita tunduk umpama padi penuh dengan isi dan ingatlah ilmu kita umapama setitis air dilautan..

    Tq

    1. betul2..saya setuju sangat..sentiasa tunduk walaupun memiliki ilmu tinggi..

  4. orang yg berilmu tanpa dilandasi dgn iman, maka ilmu tersebut malah menjadi bumerang baik utk dirinya maupun org lain. kunjungan pertama… salam kenal ajaa tuk semua

    1. terima kasih atas pendapat yang diberikan..salam kenal juga..

  5. kalau ilmu tggi tp kedekut xde guna jgk kn bro..tensen ng org cmni

    1. ya..suri pun sokong gak akan kata2 azizan ni..sbnarya kat mana2 pun kita blh jumpa org cam ni.huhu..

      1. memang kat mana2 tempat akan ada je orang macam tu kan suri..

    2. betul tuu..ilmu bukannya utk disimpan..

      1. kena sampaikan kat orang lain baru lebih berkat kan..

    3. betul zizan..ilmu je tinggi tapi kedekut ilmu susah la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *