Posted on 8 Comments

Tanda-tanda Mengalami Stress

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua hari ini? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Jangan biarkan kehidupan anda diganggu dengan masalah kesihatan yang boleh menganggu keceriaan hidup anda. Salah satu perkara yang boleh menganggu keceriaan dalam diri seseorang anda stress. Stress adalah satu tekanan yang akan selalu muncul dalam diri seseorang disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam diri mereka.

Stress ini berpunca dari banyak faktor sebenarnya. Punca-punca berlakunya stress disebabkan faktor dalam diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, faktor biologi dan banyak lagi faktor-faktor lain. Untuk mengetahui sama ada anda stress, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda stress pada diri anda. Ada banyak tanda-tanda yang boleh anda lihat pada diri anda bagi mengenal pasti sama ada anda sedang stress. Dengan mengenal pasti tanda-tanda itu maka anda memang sedang stress. Jom kita sama-sama kenali tanda-tanda stress…

1) Tanda-tanda Fizikal

  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu

2) Tanda-tanda Psikologi

  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri

3) Tanda-tanda Tingkah Laku

  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan

Inilah beberapa tanda-tanda stress yang anda boleh kenal pasti pada diri anda, ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang stress. Jika ia berlaku dalam diri anda maka sememangnya anda sedang mengalami stress. Yang pasti setiap orang pasti akan mengalami stress dalam diri mereka. Apa yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu mengenal pasti dan mengawal stress dalam diri mereka.

Mengapa anda perlu tahu tanda-tanda stress ini? Ini kerana memang anda perlu tahu supaya anda akan dapat  mengenal pasti yang anda stress, selepas itu anda boleh mengawal stress dalam diri anda. Jika stress tidak dikawal ia akan membawa banyak kesan yang buruk pada diri anda dan juga orang lain. Mungkin hari ni anda tidak stress, tapi esok lusa, minggu depan, atau masa hadapan kita tidak tahu kan.. Apa saja boleh berlaku tanpa kita sedari.

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Stress juga adalah satu ujian dari Allah kepada kita. Banyak yang berlaku tidak dirancang hingga menyebabkan kita rasa stress dalam hidup ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan dan pertolongan dalam setiap ujian yang diberikan. Semoga kita akan jadi seorang hamba yang tabah menghadapi segala ujian dariNya.




JOM SHARE

8 thoughts on “Tanda-tanda Mengalami Stress

  1. tangan slalu berpeluh n menggeltar jga termasuk dlm tanda2 stress ke????

  2. kadang2 ada petanda alami stress nih…rehat kena balance…kalau kerja2 jer.. tanpa rehat.. tak produktif nanti

  3. emm..nampaknya aku ni stress rupanya. haha..

  4. Saya juga merupakan individu yang tidak terkecuali menghidap penyakit stres ini. Tidak dinafikan perkongsian tuan benar-benar belaka.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi. 🙂

    1. Sama-sama tuan Aqif Azizan. Setiap orang pasti akan merasai penyakit stress ini.
      Ianya bergantung kepada seseorang itu sendiri bagaimana mereka mampu mengawal stress yang ada dalam diri mereka tersebut.

  5. antara yang paling bagus kita lakukan jika kita stress….

    “banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan dan pertolongan dalam setiap ujian yang diberikan.”

    1. salam.
      betul sangat apa yang dikatakan..
      saya setuju kerana kita sebagai umat islam
      perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan
      berdoa supaya diberikan ketenangan oleh Nya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *