Jul
02
2010

Tanda-tanda Seseorang Itu Kaya

Assalamualaikum :)

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.” – Saidina Ali bin Abi Talib

Semua orang sudah pasti ingin hidup kaya kan? Kalau tak kaya susah nak hidup pada zaman yang serba mencabar ni. Setiap hari perlukan duit untuk membeli apa-apa keperluan seharian. Kalau tak ada duit susah nak hidup. Nak tahu tak rahsia menjadi kaya? Sebenarnya saya tiada rahsia besar untuk anda menjadi kaya ini kerana kaya tidak semestinya kena mempunyai duit yang banyak baru boleh dianggap kaya.Orang yang kaya itu tidak semesti kaya harta sahaja. Boleh jadi kaya dengan ilmu, kaya dengan akhlak mulia, kaya dengan harga diri dan banyak lagi. Anda juga adalah seorang yang kaya sebenarnya walaupun anda tidak menganggap yang anda seorang yang kaya.

1. Anda tidak tidur dalam keadaan yang lapar semalam. Jika semalam anda tidur dalam keadaan yang tidak kelaparan maknanya anda adalah seorang yang kaya. Perut anda kaya dengan makanan. Cuba bayangkan orang lain yang hidup dalam kemiskinan nak makan sesuap nasi sehari pun susah. Jika anda dapat menikmati makanan secukupnya setiap hari bersyukurlah kerana anda dimurahkan rezeki. Walaupun anda tidak mempunyai harta yang banyak tapi anda mempunyai makanan yang mencukupi untuk dinikmati seharian.

2. Anda tidak tidur diluar atau dijalanan. Anda mempunyai tempat tinggal sendiri atau tinggal dirumah ibu bapa anda. Anda mempunyai tempat tinggal yang selesa dirumah. Tidur pun lena atas katil yang empuk. Ramai lagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal atau hanya mempunyai tempat tinggal yang tidak selesa. Mereka yang lain hidup dalam serba kekurangan sahaja. Rumah mereka hanya tempat untuk berteduh dari panas dan hujan serta sebab-sebab lain. Anda bertuah kerana tempat tinggal anda lebih baik.

3. Anda mempunyai banyak pilihan pakaian untuk dipakai pada hari ini. Hari ni anda ada keluar pergi mana-mana tak? Biasanya anda akan memilih dulu pakaian mana yang akan dipakai sebelum keluar pergi mana-mana kan? Yela nak kena pakai pakaian mana yang sesuai dulu.. Ini menunjukkan anda mempunyai pilihan pakaian yang banyak untuk dipakai. Ramai lagi orang lain yang serba kekurangan yang hanya memakai pakaian yang sama saja pada setiap hari. Pakaian yang dipakai mereka juga mungkin sudah terlalu lusuh atau buruk.

4. Anda boleh membaca buku, majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain. Banyak kelebihan membaca ni kepada anda. Sudah tentu anda akan jadi seorang yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Apabila memiliki ilmu, ilmu yang akan menjaga anda. Sebaliknya jika anda memiliki duit, anda yang kena menjaga duit itu. Takut kena curi. Ilmu tak kena curi makin anda bagi kat orang lain makin bertambah. Kalau anda bagi duit maka duit anda akan berkurangan. Tapi jika anda rajin bersedekah, insyaallah rezeki anda akan bertambah.

5. Banyak peranan internet pada masa kini. Anda boleh melayari internet dan dapat membaca blog ini. Walaupun negara Malaysia adalah negara yang semakin pesat membangun dalam bidang teknologi maklumatnya, bukan semua rakyat dapat menikmati kemudahan internet yang wujud pada hari ini. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang berkemampuan untuk memiliki kemudahan internet mereka. Anda seorang yang kaya dengan kemudahan teknologi maklumat kerana anda mampu melayari internet sekarang ini dan membaca blog saya ini. Kalau tidak ada talian internet macam mana anda nak baca blog saya ni kan.. :D

Tidak dinafikan kekayaan harta adalah penting dalam kehidupan supaya kehidupan anda akan lebih baik. Tapi jika anda juga seorang yang kaya dengan ilmu anda akan dapat mengawal kekayaan harta yang anda miliki. Sebaliknya jika tanpa ilmu, harta kekayaan yang akan mengawal kehidupan anda. Orang yang berilmu akan selamat di dunia dan akhirat manakala orang yang kaya sentiasa rasa tidak selamat. Kecuali orang kaya yang beriman dan banyak beramal jariah.

P/s: Jadilah orang kaya yang bersyukur atas nikmat yang diberikan… :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Responses to “Tanda-tanda Seseorang Itu Kaya”

  1. etomyam says:

    semua yg disebut tu memang udah diperolehi..maknanya memang dah kaya, cuma tak sedar je hehehe…nice sharing bro :D

  2. Kujie says:

    makcik kayo…makcik kayo

    bersyukur kerana mendapat ‘kekayaan’ ilmu dari blog ini
    Kujie recently posted..Betul Ke Kredit Gambar Dari Google

  3. botak says:

    bahaya kaya duit ni..
    daripada simpan duit bnyk2, baiklagi simpan emas..
    emas tu barulah penyimpan kekayaan yg sebenar..
    bukan duit

  4. nazra says:

    alhamdulillah ilmu tu tak terjangkau kelebihannya dlm hidup kita. kesederhanaan tu penting :)

  5. RozaniGhani says:

    Penilaian kekayaan daripada perspektif zahir. Selepas baca entri ini, patut bersyukur.
    RozaniGhani recently posted..Cara Buat Child Theme Untuk Twenty Ten

  6. mummynana says:

    Kaya ke? Haha.. tepuk wallet tanye diri sndri ler. tapi betul juge perkara-perkara atas tu saya da ade sumer.. kaya la saya yer.. amin… hehehe
    mummynana recently posted..Doa Yang Kita Lupakan

  7. puteri says:

    ya..kita kaya!!
    =)
    puteri recently posted..a sms birthday wishes

  8. ilmu tidak akan ada habis2nya sedangkan harta sekejab mata bisa menghilang.. :)
    julianusginting recently posted..Award dan Tali Asih

  9. Nine says:

    Nice bro Thoha…entri yg menarik lagi…sebab tu kita kena bersyukur dengan apa yg Allah berikan sekarang ni…tak kira samaada time susah ataupun senang…:)

    • Thoha Sukses says:

      terima kasih bro..walaupun entri ni simple je saya tulis tapi dalam maksud yang saya cuba sampaikan..memang kita kena bersyukur sangat atas segala rezeki yang Allah kurniakan.. :)

  10. Masdin says:

    Alhamdulillaah…. ternyata saya termasuk orang kaya… tak sepatutnya memang kita menilai kekayaan hanya dari harta. Biar kaya harta tetapi miskin hati dan ilmu apelah artinya :)
    Masdin recently posted..Wow- Mobil Terbang Segera Hadir di 2011

  11. EnglishMan says:

    Ilmu yang bermanfaat itulah sebenar-benar kekayaan… maka berbahgialah orang-orang yagn berilmu :)

    Salam kenal Thoha.
    EnglishMan recently posted..Expressing Possibility Menyatakan Kemungkinan

  12. klcitizen says:

    alhamdulillah , kalau ikut checklist tu dah kaya lah saya ni…
    klcitizen recently posted..Dugaan

  13. suri says:

    ilmu itu ibarat nasi..sdkit kita berikan pada yang lain pasti mrka akan kekenyagan..dan jika di zahirkan degan memanjangkan ilmu pada orang lain maka mrka turut mengamalkan ilmu tsbut pasti kita jua akan mdpt pahalanya

    • Thoha Sukses says:

      terima kasih suri..saya memng setuju sangat dengan apa yang suri katakan..ilmu yg kita ajar kepada orang lain selagi orang itu mengamalkannya kita juga akan mendapat pahala..

  14. zik says:

    biarlah miskin harta, tapi kaya ilmu… bila fikir2…sebenarnya susah2 kita , ada lagi orang susah dari kita… kira kita nie dah cukup kaya …. bagus la bro buat entry nie …
    zik recently posted..Tukar theme

    • Thoha Sukses says:

      betul tu bro zik..walaupun kita rasa kita susah tapi sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita..banyak lagi yang kita kaya tapi kita mungkin tidak sedar..terima kasih bro..hehe :)

  15. atie says:

    best info :D tibe2 rase insap plak… heheheeh alhamdulillah kan..rezeki yg Allah bagi biasenye setimpal dengan usaha yg kita lakukan ;D

  16. AyieBlog says:

    Salam,yahoo yepiiiiiiiiiii ayie dah kaya, best entry diatas menaikkan semangat :) ,thank q bro thoha.

Leave a Reply


CommentLuv badge