Posted on 2 Comments

Waktu Berbuka Puasa 2011

Assalamualaikum.

Setelah seharian berpuasa maka kita diwajibkan untuk berbuka puasa apabila telah masuk waktu berbuka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2011 bersamaan dengan 1432H. Waktu imsak dan waktu berbuka puasa 2011 ini telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim). Apa yang menariknya anda boleh terus ‘download’ dan simpan waktu imsak dan waktu berbuka ini terus ke komputer anda.

Layarinya: Waktu imsak dan waktu berbuka bagi negeri-negeri seluruh Malaysia 2011

Kemudian tengok pada kebahagian ‘Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M’. Anda boleh la pilih negeri dan zon tempat tinggal anda. Klik saja pada nama zon kawasan tempat tinggal anda itu. Secara automatik anda akan download fail waktu imsak dan waktu berbuka di dalam bentuk pdf terus ke komputer anda.

Selepas itu save sahaja fail tersebut ke dalam komputer anda. Anda boleh merujuk waktu berbuka puasa ini pada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh print waktu berbuka ini untuk memudahkan lagi rujukan anda. Anda juga boleh tampal waktu berbuka ini dalam bilik tidur dan pada dinding rumah anda.

Apabila telah masuk waktu berbuka puasa makan kita hendaklah menyegerakan berbuka puasa. Setelah selesai berbuka puasa maka kita hendaklah bersegera untuk menunaikan solat maghrib pula. Selepas itu tunaikan solat isyak diikuti dengan melakukan solat sunat tarawih pada malamnya.

Kami di pihak LayarSukses.com mengucapkan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat islam. Semoga ibadah puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini akan diterima dan diberkati olehNya.

JOM SHARE

2 thoughts on “Waktu Berbuka Puasa 2011

  1. Utara lewat masa berbuka..tapi seronok sahur pun lewat juga hehe….

    1. Lewat sikit je rasanya..selamat berbuka bro.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *