Posted on 14 Comments

Panduan Buat 3D Guna 3D Google Sketchup

Salam sejahtera.

Kalau sebut saja mengenai Google, siapa la yang tak kenal kan? Sebuah syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat Berjaya pada masa kini. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang sangat popular iaitu google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk-produk lain yang terkenal di internet seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan banyak lagi.

Tetapi apabila sebut saja tentang 3D Google Sketchup, mesti masih ramai yang tak tahu kan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenainya dan telah pun menggunakannya. Tapi bagi mereka yang tak tahu guna 3D Google Sketchup mesti semua mula berfikir untuk apa ya menggunakan program tersebut? Boleh buat duit ke dengan benda ni? Ada manfaat ke untuk diri saya jika saya menggunakannya?

Posted on 11 Comments

Tahun Baru Hosting & Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini  semoga kita akan dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ni sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana disebabkan oleh kesibukan pada penghujung semester 3 yang lalu kerana banyaknya assignment dan juga sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3. Dan baru-baru ini juga saya terpaksa format laptop kesayangan saya ni atas beberapa masalah yang dihadapi. Sekarang ini selepas format dah bertukar kepada Window 7 rasa ok sikit guna laptop ni. 🙂

Posted on 2 Comments

10 Perkara Untuk Renungan

Assalamualaikum. Dalam kehidupan kita seharian banyak perkara yang kita telah lakukan. Sama ada baik atau buruk itu adalah amalan yang kita lakukan hanya kita yang mengetahui. Kadang-kadang banyak perkara yang perlu kita renungkan dalam diri kita seharian. Di sini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh sama-sama kita renungkan.

1. Senyuman itu sebagai satu tanda kemesraan yang kita berikan kepada orang lain. Ianya dianggap sebagai satu sedekah yang paling mudah. Banyak ketawa pula adalah lambang kepada kelalaian. Jika ianya selalu dilakukan hati akan mati. Jika ia selalu dilakukan di hadapan manusia lain ia akan menghilangkan maruah diri sendiri.

2. Setiap kesalahan yang telah kita lakukan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran. Kita hendaklah menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukan sebagai tanda kelemahan diri. Seterusnya kita perlulah berazam agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.