Posted on 5 Comments

Menanam Budaya Suka Membaca

Salam sejahtera.

Minat dan budaya membaca masih lagi kurang dalam diri setiap orang. Tidak kiralah dari seorang kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa. Bukannya tiada langsung mereka yang mempunyai minat membaca ni, ada juga yang  memang suka membaca  tapi jumlahnya masih sangat kurang jika nak dibandingkan dengan ramainya orang yang minat membaca dari negara-negara maju yang lain.

Tidak ramai yang jadikan minat membaca sebagai aktiviti harian yang wajib kerana mereka kurang sedar akan kelebihan membaca. Kelebihan membaca itu sangat banyak sebenarnya kepada mereka yang suka membaca. Selagi bahan bacaan yang dibaca itu memberi manfaat untuk mereka.

Posted on 15 Comments

Cara Mendaftar Maybank2u.com

Salam sejahtera.

Pada hari ini ramai orang yang mempunyai dan menggunakan Maybank untuk menyimpan wang mereka di dalam bank. Maybank adalah antara bank-bank yang paling dipercayai di negara kita Malaysia. Saya juga mempunyai akaun Maybank saya sendiri selain dari akaun bank-bank lain.

Pada masa kini urusan seperti pemindahan atau pembayaran wang sudah boleh dilakukan secara online dengan adanya kemudahan internet. Ianya dipanggil sebagai ‘Internet Banking’. Pihak Maybank juga telah menyediakan Maybank2u.com sebagai sebuah medium yang dapat memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi urusan perbankan secara online. Internet banking telah memudahkan urusan kita seharian.