Posted on 14 Comments

Pengorbanan Dalam Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.

Sudah lama juga saya tidak menulis dan berkongsi idea di blog ini. Mungkin kerana kesibukan memasuki semester baruĀ  di universiti tempat saya belajar ini. Nak kata sibuk tu boleh la sebab hidup seorang pelajar ni tak dapat lari dari kesibukan. Itu dah menjadi perkara biasa. Dalam proses menuntut ilmu sebagai seorang pelajar, ia menuntut banyak kesabaran dalam diri seseorang. Ianya adalah satu perjuangan dalam hidup ini.

Kita belajar dan menuntut ilmu kerana ia adalah untuk masa hadapan kita juga. Apa kerjaya yang kita akan lakukan dimasa hadapan bagi mencari rezeki yang halal. Itu untuk kehidupan di dunia. Ilmu yang kita belajar adalah untuk mendapatkanĀ  keberkatan dan memperolehi ganjaran pahala dari Allah. Selain ilmu keduniaan, kita juga perlu mendalami lebih banyak ilmu agama sebagai persediaan untuk masa hadapan yang kekal iaitu hari akhirat.

Posted on 6 Comments

Adab Dalam Menuntut Ilmu

Salam..

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam. Namun begitu menuntut ilmu bukan hanya sekadar menuntut ilmu semata-mata. Ianya perlu mempunyai adab-adab tertentu juga. Ada banyak adab-adab dalam menuntut ilmu supaya ilmu yang kita pelajari dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain yang berada disekeliling kita. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

Posted on 22 Comments

Hikmat Seseorang Berdiam Diri

Assalamualaikum sahabat semua,

Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Lidah kita juga hendaklah selalu menyebut nama Allah setiap masa. Janganlah lidah itu digunakan untuk menghina, mencaci atau memfitnah orang lain. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak boleh digunakan