Posted on 12 Comments

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam pada tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya rasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang wajib untuk kita berpuasa. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Posted on 18 Comments

Puasa Mendidik Nafsu Yang Degil

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan mendidik kembali nafsu manusia yang sering bermaharajalela dalam diri manusia sepanjang tahun. Puasa akan mendidik kembali nafsu manusia kerana nafsu sangat degil dan susah untuk tunduk kepada perintah Allah sejak ia mula-mula diciptakan lagi. Sebagai orang yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang diperintahkan untuk berpuasa dan mendidik nafsu supaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.