Posted on 17 Comments

Bidang Sains Komputer Satu Peluang Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuba bayangkan sekejap jika dunia hari ini tanpa ‘komputer’. Tidak akan ada PC atau laptop, tidak ada komunikasi yang menggunakan laman web yang memerlukan talian internet, tidak boleh melihat gambar di internet dan sebagainya. Malah tidak akan ada telefon bimbit atau kamera digital, kerana kedua-dua ini juga adalah satu sistem komputer. Wah, tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya jika keadaan sekeliling kita tanpa komputer yang sememangnya menjadi teman dalam hidup kita setiap hari.

Setiap hari teknologi komputer semakin terus berkembang pesat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang teknologi maklumat(IT) atau sains komputer adalah satu bidang yang memfokuskan kepada pelbagai aspek kejuruteraan komputer, sama ada membina sistem komputer baru, mereka bentuk laman web, membaiki sistem komputer, membangunkan satu program baru atau perisian terkini yang boleh digunakan dalam komputer. Memang terlalu luas bidang ini jika hendak diceritakan semuanya.

Posted on 62 Comments

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Posted on 8 Comments

Valentine Day Bukan Hari Berkasih Sayang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,:)

Adakah sambutan Valentine Day hari berkasih sayang? Sambutan hari kekasih ataupun Valentine Day pada tarikh 14 Februari setiap tahun dianggap sebagai hari yang ditunggu-tunggu oleh oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia.  Pada hari tersebutlah setiap pasangan kekasih akan meluahkan kasih sayang dan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai tanda hubungan cinta mereka.

Malah ada segelintir orang islam sendiri yang terikut-ikut dengan budaya  agama lain ini tanpa memikirkan sejarah disebalik hari tersebut. Pada hari sambutan Valentine Day ini sudah biasa dengan simbolik warna merah, bunga ros, bentuk love dan banyak lagi.