Posted on 14 Comments

Panduan Buat 3D Guna 3D Google Sketchup

Salam sejahtera.

Kalau sebut saja mengenai Google, siapa la yang tak kenal kan? Sebuah syarikat gergasi dalam bidang IT yang sangat Berjaya pada masa kini. Kita kenal Google melalui enjin cariannya yang sangat popular iaitu google.com. Kita juga tahu Google mempunyai beberapa produk-produk lain yang terkenal di internet seperti Youtube, Blogspot, Gmail, Google Adsense dan banyak lagi.

Tetapi apabila sebut saja tentang 3D Google Sketchup, mesti masih ramai yang tak tahu kan. Mungkin ada yang sudah tahu mengenainya dan telah pun menggunakannya. Tapi bagi mereka yang tak tahu guna 3D Google Sketchup mesti semua mula berfikir untuk apa ya menggunakan program tersebut? Boleh buat duit ke dengan benda ni? Ada manfaat ke untuk diri saya jika saya menggunakannya?