Jika anda memasuki mana-mana blog atau laman web, anda akan dapat melihat cara penulisan artikel dari seorang penulis
itu adalah berbeza-beza. Masing-masing mempunyai gaya penulisan mereka yang tersendiri. Topik yang dikongsikan hampir sama dengan penulis-penulis lain, tapi ianya diolah mengikut gaya dan kreativiti sendiri.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca dalam artikel ini adalah mengenai tips dan cara penulisan artikel. Iaitu penulisan artikel yang pendek atau panjang. Kita tidak boleh menganggap penulisan artikel yang pendek itu tidak bagus, artikel panjang pula bagus. Begitulah juga sebaliknya. Ini kerana setiap artikel sama ada pendek atau panjang, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.