Artikel ini saya ingin berkongsikan tentang satu ilmu yang menarik iaitu “Hukum Tarikan” atau “Law Of Attraction”. Kita sememangnya mampu untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini.
Tidak kiralah samada ianya positif ataupun negatif, ianya bergantung kepada apa yang kita inginkan. Sememangnya hukum alam tidak akan mendiskriminasi kepada sesiapa pun, ia hanya bertindak balas kepada apa yang kita inginkan.
Pemikiran ataupun minda anda adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan ini. Bermula dari pemikiran andalah yang seterusnya akan mencipta dunia luaran anda. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam minda anda, anda boleh mencipta kehidupan yang anda inginkan.
Lihatlah sedalam-dalamnya tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.