l

Archive for 'Kesihatan'

Susah Tidur Malam? Apa Kata Rujuk 14 Tips Ini Untuk Dapat Tidur Yang Lena!

Susah Tidur Malam? Apa Kata Rujuk 14 Tips Ini Untuk Dapat Tidur Yang Lena!

Ada kalanya, anda mungkin menghadapi waktu sukar untuk tidur malam sedangkan tidur itu merupakan satu keperluan tubuh untuk berehat dan menjana tenaga.

Memahami tentang masalah tersebut, Maskulin dengan ini suka citanya berkongsi tips yang boleh anda lakukan tanpa perlu bersusah payah :

1. Buat senaman ringan

Lakukan olahraga minimal dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Olahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.

2. Segera matikan lampu

Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang seperti neon kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.

3. Padam alat elektronik

Padam tv/komputer/laptop. Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.

4. Baca bacaan ringan

Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!

5. Jaga pemakanan

Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.

6. Ambil supplemen

Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. Manakala Vitaleapula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan untuk pertumbuhan sel baru yg lebih sihat.

7. Minum air masak

Minum air yang banyak dan sekurang-kuangnya segelas air masak sebelum tidur.

8. Nikmati teh herba

Cubalah secawan teh chamomile. Minuman herba boleh mengurangkan kebimbangan yang mungkin menyebabkan kesukaran tidur.

9. Sejukkan badan dengan mandi

Cuba mandi sebelum tidur. Ini boleh membantu mennenangkan minda.

10. Kemas bilik tidur

Wujudkan persekitaran yang selesa. Pilih tilam yang sempurna, bedsheet, persekitaran yang baik ataupun sistem penghawa dingin dipasang dengan baik, jika gunakan kipas pastikan tidak bising.

11. Dengar muzik yang lembut

Dengar muzik yang menenangkan. Ia boleh meningkatkan kualiti tidur, cuba dengar muzik klasik, rakyat, atau kontemporari atau muzik lain yang mampu menenangkan anda.

12. Buat rutin waktu bangun dan tidur

Tetapkan masa bangun dan tidur setiap hari. Tidur pada masa yang sama setiap hari adalah idea yang baik untuk menjaga masa bangun tidur yang konsisten – walaupun pada hujung minggu. Tidur tidak teratur boleh menyebabkan anda penat di siang hari.

13. Minum air panas

Minum sesuatu yang hangat. Minuman panas seperti segelas susu panas, coklat panas ataupun teh dapat berikan ketenangan.

14. Jangan pandang jam

Elakkan atau jangan tidur memandang ke arah jam. Jika anda sentiasa memandang ke arah jam tanpa sedar minda anda juga bergerak, anda membayangkan perkara yang terjadi pada hari esok.

Semoga tips ini membantu!

Sumber: Maskulin

 

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

Swafoto Adalah Terapi Untuk Turunkan Berat Badan

Badan

BERTUBUH gempal dengan berat badan melebihi 100 kilogram (kg), sedangkan saiz ketinggian 152 sentimeter (sm) dianggap tidak seimbang dari segi penampilan sehingga sebilangan individu kurang yakin dengan dirinya.

Dalam keadaan itu mereka malu untuk menunjukkan tubuh, apatah lagi berswafoto dan dikongsi dalam Facebook atau Instagram. Jika teringin berswafoto selalunya akan berdiri di belakang subjek lain.

Situasi sama dilalui pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Pulau Pinang, Zulaikha Zulkifli, 28, yang sebelum ini mempunyai berat badan 104 kg dengan ketinggian 152 sm rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Bagaimanapun, beliau yang sentiasa berselera makan sehingga menjadi obes sehingga pergerakan sukar dan sudah memilih pakaian sesuai, kemudiannya mengubah persepsi negatif itu dengan menggunakan swafoto sebagai terapi, selain mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk mendapatkan saiz badan ideal.

Dalam tempoh setahun dua bulan, beliau melihat banyak perubahan diri secara ketara dan semakin kerap merakam gambar menyerlah sisi tubuh.

“Sebelum ini, setiap kali bergambar saya menyorok ke belakang kerana malu keadaan tubuh gemuk sehingga 104 kg. Ada kalanya saya langsung tidak mahu mengambil gambar sehingga mempunyai keyakinan selepas mendapati diri semakin ringan selepas melihat cermin badan sudah makin mengecil,” katanya.

Gembira saksikan perubahan

Beliau juga berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan berat badan dan semakin hari dirinya semakin positif dengan melihat perkembangan tubuhnya.

“Ini memberi motivasi dan menjadikan aktiviti swafoto sebagai pembakar semangat mencabar diri mendapatkan bentuk badan idaman.

“Menatap gambar sendiri dan menyaksikan perubahan adalah sebahagian terapi yang menggembirakan setiap hari. Kegembiraan itu menghilangkan segala kerisauan.

“Niat bukan menunjuk-nunjuk sebaliknya, sekadar mendapat kekuatan menatap perubahan diri yang melihat apa sahaja perubahan,” katanya.

Zulaikha berkata, ada pihak mendakwa berswafoto tanda individu itu obses dengan diri, bagaimanapun, beliau tidak berfikiran begitu.

Kira-kira 20 tahun hidupnya sebagai individu gemuk dan ada yang mentertawakan menyebabkan rasa cukup menyeksakan.

Selama itu beliau yang graduan sarjana seorang pelajar Sarjana Pengurusan Hotel dan Pelancongan IMI Universiti Centre Switzerland tidak pernah mengambil pusing mengenai berat badannya.

Berat

Bimbang risiko penyakit

Malah, beliau mula merasa tidak selesa apabila berat berlebihan secara keterlaluan hingga menghantui diri bimbang berisiko mendapat penyakit berbahaya, selain enggan menyusahkan keluarga jika ditimpa masalah.

“Saya bertekad menurunkan berat badan sehingga 62 kg. Saya mula memikirkan untuk mencari kerja selepas tamat belajar. Ketika terfikir mahu menyertai tetapi berpendapat dengan penampilan tak sempurna sukar mendapat pekerjaan itu.

“Sejak itu saya mula berusaha menurunkan berat sehingga 70 kilogram dan terus berazam untuk turunkan lebih lagi,” katanya.

Berkongsi mengenai kisahnya, beliau selalu tidak selesa, sakit kaki selain sukar memandu disebabkan keadaan perut besar dan terlalu rapat dengan stereng hingga menyukarkan pemanduan.

“Ada ketika saya menjadi malu memanggil pelayan untuk memesan makanan. Kulit menjadi kusam kesan pengambilan makanan tidak sihat, sebaliknya lebih gemar kepada pilihan makanan manis,” katanya.

Dulu ketika di sekolah beliau tidak aktif bersukan dan menyertai aktiviti riadah termasuk merentas desa dan perkhemahan.

“Sejak berusia lapan tahun saya sudah gemuk kerana sentiasa berselera menikmati sajian. Saya berharap individu yang bertubuh besar jangan salahkan faktor genetik jika berat badan berlebihan. Ini kerana faktor itu hanya menyumbang empat peratus untuk potensi gemuk.

“Gemuk berpunca dari anda sendiri, pemilihan sajian tidak seimbang dan kurang bersenam antara faktor utama,” katanya.

Zulaikha tidak pernah mengambil ubat atau makanan kesihatan tambahan kerana khuatir kesan sampingan.

“Cuma keluarga pernah hantar saya ke pusat kecantikan untuk sesi balut tubuh dan urutan, selain.

“Tetapi tidak berkesan dan tubuh tetap tidak langsing,” katanya.

Entertainment Culture

Panduan kurus sihat

* Kuatkan disiplin untuk dapatkan berat badan ideal

* Yakin penurunan berat penting untuk kesihatan lebih baik hindari penyakit bahaya.

* Mulakan dengan diri, jangan menunggu rakan yang akhirnya usaha anda untuk mendapat berat badan sihat tidak tercapai.

* Lakukan rujukan mengenai amalan gaya hidup sihat dan pemilihan sajian seimbang.

* Perbanyak ilmu kaedah pemakanan sihat, maklumat membantu anda merancang menu sajian sesuai

Sumber: BH Online

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Yang Ramai Tidak Tahu

Jika anda gemar ponteng sarapan pagi, kami ingin berkongsi beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya mengubah cara anda itu.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga dan sarapan adalah penting untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari seperti biasa.

1. Sarapan boleh menurunkan berat badan

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

2. Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak

Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur.

Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

3. Membantu menunjukkan teladan yang baik

Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka dan dengan adanya sarapan, anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.

4. Landasan yang betul untuk menurunkan berat badan

Bersarapan pagi adalah landasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan.

Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekal dan mengurangkan berat badan.

Walaupun orang skip sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari akan menyebabkan berat badan akan bertambah.

5. Tingkatkan metabolisme badan

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur.

Semoga memberi manfaat.

 

Sumber: wanista

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

9 Tip Mudah Untuk Kurangkan Masalah Resdung Di Rumah

9 Tip Mudah Untuk Kurangkan Masalah Resdung Di Rumah

Masalah resdung memang sinonim kalau anda sering mengalami bersin, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung.

Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria.

Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.

Nak tahu macam mana untuk kurangkan masalah resdung di rumah?

1. Persekitaran baik

Create suasana nyaman dan kondusif di dalam rumah. Jika cuaca tidak elok di luar rumah, berdebu contohnya, berada di dalam rumah adalah langkah paling baik. Merokok tak boleh!

2. ‘Warm compression’

Anda boleh buat sendiri di rumah. Basahkan kain bersih, perah dan letak di dahi dan kawasan muka anda. Ia akan mengurangkan kesakitan pada muka dan membuka rongga-rongga bukaan sinus ke hidung.

3. Cuci hidung ‘nasal douching’

Teknik ni biasanya akan diajar oleh doktor ENT apabila anda mendapat follow up bersama kami. Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau air yang telah dimasak. Masukkan air ke hidung, biar ia keluar melalui mulut.

4. Air yang cukup

‘Stay hydrated’. Air yang cukup di dalam tubuh penting untuk sistem tubuh kita. Minum air panas dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pada hidung. Boleh cuba di rumah!

5. Don’t fly!

Sekiranya anda sedang mengalami jangkitan sinusitis, seeloknya cuba elakkan penerbangan. Kalau boleh. Kalau memang tugas tak mengapa. Kenapa? Jangkitan sinusitis akan menyebabkan anda mengalami sakit telinga ketika kapal terbang sedang berlepas. Jika terpaksa apa perlu buat? Sediakan apa-apa makanan untuk dikunyah atau dimakan, minuman pun boleh. Ini akan membantu anda di dalam kapal terbang.

6. Ubat semestinya

Apabila anda jumpa doktor, setelah menerima nasihat daripada doktor, anda akan diberi ubat. Ini sudah semestinya akan membantu anda mengurangkan simptom yang dialami seperti sakit pada muka, dan juga masalah lain pada hidung.

7. Jangan tergesa-gesa ke kolam

Bagi anda yang gemar aktiviti air. Berenang dan berkelah contohnya. Cuba seboleh-bolehnya pastikan jangkitan sinusitis anda benar-benar sembuh baru lakukan aktiviti tersebut. Ini bagi mengelakkan jangkitan sinus lewat sembuh, bahkan menjadi bertambah teruk.

8. Senaman riadah dan aktiviti luar

Perkara terakhir ini khusus untuk anda yang kerap melakukan aktiviti luar. Anda perlu berhati-hati juga kerana serangan sinusitis selalunya akan menyebabkan gejala sakit muka dan kepala. Elakkan aktiviti yang berat. Cukuplah sekadar berjalan, bersiar-siar dan aktiviti ringan.

9. Kurangkan debu dalam rumah

Dalam rumah sendiri, kalau boleh elakkan penggunaan karpet yang berbulu. Haiwan peliharaan seperti kucing juga menyebabkan alahan hidung bertambah teruk.

Nak tip lagi? Jumpa doktor ya, lakukan pemeriksaan. Kami akan cerita satu persatu lebih detail setelah pemeriksaan dilakukan.

Siapa ada pengalaman alami resdung atau sinusitis kat sini?

Sumber : Dr. Ezairy M.Sallih

 

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

Kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh nyata menjadi punca utama kepada masalah kegemukkan. Selain daripada rutin senaman dan kardio yang diamalkan untuk membakar lemak ia harus seiring dengan rutin diet seimbang dengan penjadualan beberapa jenis makanan yang boleh menyahkan lemak dari dalam tubuh.

1. Oat

Tidak hanya mengenyangkan, oat juga nyata punya khasiat dan kebaikan tersendiri dalam membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Kandungan zat yang tinggi di dalam oat juga ternyata cukup efektif dalam rutin diet seharian. Pengambilan oat pada waktu pagi dan malam berkesan untuk membantu rutin diet anda.

2. Telur

Sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 7 gram protein serta beberapa nutrisi lain yang terkandung di dalamnya. Tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna telur jika dibandingan dengan makanan yang lain terutama daripada sumber karbohidrat. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, sebaiknya hanya mengambil telur putih yang bebas daripada kolestrol. Kandungan protein yang tinggi membantu dalam proses pembentukan otot.

3. Teh hijau

Menstimulasikan tubuh dengan pembakaran lemak dalam kadar yang cepat, teh hijau nyata paling efektif dalam menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi sejumlah katekin iaitu sejenis fitokimia yang nyata cukup efektif dalam merangsang metablisme dan merangsang kadarnya. Minum teh hijau beberapa kali sehari untuk memperlihatkan kesannya terhadap tubuh.

4. Epal

Diperkayakan sebagai sumber antioksida, ia juga mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan buah epal yang sarat dengan air nyata memberi impak kekenyangan yang lebih lama. Makan buah epal dengan mengunyah kerana aktiviti mengunyah akan meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding dengan meminum jus epal. Kandungan serat yang tinggi mampu untuk mempermudahkan percernaan selain mengelakkan masalah sembelit.

5. Cili

Mengandungi Capsaicin yang nyata membantu membakar kalori dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Pengambilan cili di dalam makanan mampu mempertingkatkan kadar metabolisme dalam jagka masa yang singkat.

6. Coklat hitam

Flavonoid merupakan kandungan yang terdapat di dalam coklat hitam ternyata mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh selain dapat membakar lemak degil. Kandungan kafein dan antioksidan yang turut terdapat di dalam coklat hitam ternyata berperanan utama di dalam proses pembakaran lemak di dalam tubuh. Ia juga mampu untuk memberikan rasa kekenyangan jika diambil sebelum waktu makan.

7. Almond

Selain rasanya yang lazat, menikmati segengam kacang almond juga mampu untuk membakar lemak sebanyak 18% berbanding mereka yang mengurangkan kuantiti makanan dalam menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang Brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.

Sumber: Maskulin

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Rasa Telinga Macam Kena ‘Block’ Ketika Selesema Teruk? Doktor Ini Kongsi Cara Untuk Mengatasinya

Rasa Telinga Macam Kena ‘Block’ Ketika Selesema Teruk? Doktor Ini Kongsi Cara Untuk Mengatasinya

Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan ‘block’ ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk?

Sudah cuba macam-macam cara untuk atasi, tapi masih tidak berkurang. Saya kongsi 5 tip berguna ini :

1. Guna nasal spray

Doktor akan beri ubat spray pada hidung bersesuaian dengan pesakit. Ia dapat mengawal masalah hidung dan juga masalah telinga.

2. Ubat mengawal selesema

Ada beberapa jenis ubat. Biasanya jenis antihistamin, bertujuan mengurangkan gejala pada hidung. Anda akan dapati pendengaran anda akan pulih beberapa hari selepas itu.

3. Nasal douching

Ini seperti ubat garam. Alkaline atau sodium bicarbonate nasal douching akan diberi oleh doktor untuk membersihkan rongga hidung sehingga ke bahagian nasofarinks. Cecair lendir dan mukus yang berkurang dapat juga membantu atasi masalah pendengaran anda.

4. Wap suam/ panas

Di hospital, doktor akan memberi ubat seperti menthol inhalation bertujuan membantu masalah selesema dan resdung pada hidung. Sebaik masalah hidung selesai, masalah telinga juga akan berkurang.

5. Nasihat doktor

Pemeriksaan di klinik dan hospital adalah perlu. Kami perlu mencari punca sebenar masalah anda alami. Ujian seperti nasoendoscope mungkin perlu dilakukan bagi memeriksa struktur di dalam hidung selain melakukan pemeriksaan pada telinga.

.

Semoga perkongsian saya kali ini banyak membantu anda. Sila KONGSI kepada orang yang anda sayangi.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Posted in: Kesihatan

Leave a Comment (0) →

Lelaki 183kg Ini Kongsi Senaman Yang dilakukan Sehingga Berjaya Dapat Berat Ideal

Lelaki 183kg Ini Kongsi Senaman Yang dilakukan Sehingga Berjaya Dapat Berat Ideal

Ikut saranan yang diberikan oleh saudara  Jazli Hassan ini. Beliau yang berjaya mengurangkan berat badannya dari super size kepada saiz yang sangat ideal. Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100 kg keatas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan tak baca bukan saya yang rugi.

1) Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal

Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat lagi orang gemuk. kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan peha. Saya dah lalui bukan cerita nak dapat banyak like.

2) Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan

Kalau berlari impak dia lagi tinggi lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.

3) Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg ke atas

Sebab kita boleh konsiten jenis latihan lebih lama. Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.

4) Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size

Kita ada guni 25 kg satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa pastu satu lagi kita angkat guni tu berat 25kg juga tolak dengan troli. Dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tu dan kesakitan badan kita mana lagi satu pilihan hati. Kalau saya pilih pakai troli.

5) Berbasikal memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari

Kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak belari boleh tunggu berat kita ringan sikit.

6) Berbasikal lebih tenang dari berlari

Untuk orang size super ni jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tu je la 5 km pastu hangat-hangat tahi ayam. Sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.

7) Jangan kelirudengan berlari dan berjalan

Ramai kondem saya katanya saya tak support mereka event lari tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan. Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan dari berlari. Balik tuam ais sana sini tu baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui..ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain bila funride kita enjoy distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nk kayuh lagi. Yang penting konsisten.

8) Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah punca berat tak turun

Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah yang paling kesian bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun air macam minum coca cola la, 100 plus la. Sia-sia je lari. Bukan lari jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tu air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata berbasikal ini melatih mental kita.

9) Berbasikal pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka masa panjang

Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari ni. Tunggu lagi beberapa tahu. Masalah sendi pasti.

10) Berbasikal mengeratkan silaturahim

Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat..

Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca mudahan perkongsian kecil ini berikan kebaikan buat komuniti.

Sumber : Jazli Hassan

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kepala

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kepala

Pekerjaan seringkali menganggu tubuh dan minda manusia. Pekerjaan yang banyak akan membuatkan minda anda tidak mampu untuk berfungsi dengan baik, menyebabkan anda akan mengalami sakit kepala yang sangat kronik. Tidur yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat juga seimbang merupakan antara perkara yang anda wajib lakukan seharian untuk mengelakkan sakit kepala.

Namun, bukan setiap kali anda mampu untuk mendisiplinkan diri anda. Adakalanya anda akan terbabas menjadikan sakit kepala anda menjadi-jadi. Jika ini terjadi, pastinya anda akan makan ubat tahan sakit beberapa biji. Mengambil ubat dengan kerap akan menyebabkan anda akan menerima padah pada masa akan datang.

Jika anda rasa sakit yang tidak melampau, anda tidak perlu makan ubat. Selain daripada makan ubat, anda boleh gunakan bahan-bahan ini untuk hilangkan sakit kepala anda itu.

Limau Kasturi

Ini merupakan petua orang tua. Cara untuk menggunakan petua ini adalah dengan mengambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya. Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika. Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan bandan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.

Ais

Ais juga mampu untuk melegakan sakit kepala. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan menggunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan gosokkan pada leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.

Rendam kaki dalam air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Lalukan ini secara kerap untuk menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Kaki dan kepala anda akan berasa lega selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit. Ia sesuai dilakukan ketika anda berehat di rumah setelah penat pulang dari kerja

Rehatkan Diri

Paling penting anda perlu rehatkan diri. Jika anda sedang berada di pejabat, dan rasa seperti sesuatu menghentak kepala anda, kami sarankan anda berehat dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 10 minit untuk tidur seketika, 10 minit mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa. Jangan takut dengan bos anda, jika mereka tidak benarkan anda tidur, maka mereka tidak membenarkan anda selesaikan pekerjaan anda dalam jangka masa yang singkat!

Sumber: AstroAwani

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 1 of 6 12345...»