l

Archive for 'Tips'

Susah Tidur Malam? Apa Kata Rujuk 14 Tips Ini Untuk Dapat Tidur Yang Lena!

Susah Tidur Malam? Apa Kata Rujuk 14 Tips Ini Untuk Dapat Tidur Yang Lena!

Ada kalanya, anda mungkin menghadapi waktu sukar untuk tidur malam sedangkan tidur itu merupakan satu keperluan tubuh untuk berehat dan menjana tenaga.

Memahami tentang masalah tersebut, Maskulin dengan ini suka citanya berkongsi tips yang boleh anda lakukan tanpa perlu bersusah payah :

1. Buat senaman ringan

Lakukan olahraga minimal dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Olahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.

2. Segera matikan lampu

Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang seperti neon kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.

3. Padam alat elektronik

Padam tv/komputer/laptop. Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.

4. Baca bacaan ringan

Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!

5. Jaga pemakanan

Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.

6. Ambil supplemen

Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. Manakala Vitaleapula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan untuk pertumbuhan sel baru yg lebih sihat.

7. Minum air masak

Minum air yang banyak dan sekurang-kuangnya segelas air masak sebelum tidur.

8. Nikmati teh herba

Cubalah secawan teh chamomile. Minuman herba boleh mengurangkan kebimbangan yang mungkin menyebabkan kesukaran tidur.

9. Sejukkan badan dengan mandi

Cuba mandi sebelum tidur. Ini boleh membantu mennenangkan minda.

10. Kemas bilik tidur

Wujudkan persekitaran yang selesa. Pilih tilam yang sempurna, bedsheet, persekitaran yang baik ataupun sistem penghawa dingin dipasang dengan baik, jika gunakan kipas pastikan tidak bising.

11. Dengar muzik yang lembut

Dengar muzik yang menenangkan. Ia boleh meningkatkan kualiti tidur, cuba dengar muzik klasik, rakyat, atau kontemporari atau muzik lain yang mampu menenangkan anda.

12. Buat rutin waktu bangun dan tidur

Tetapkan masa bangun dan tidur setiap hari. Tidur pada masa yang sama setiap hari adalah idea yang baik untuk menjaga masa bangun tidur yang konsisten – walaupun pada hujung minggu. Tidur tidak teratur boleh menyebabkan anda penat di siang hari.

13. Minum air panas

Minum sesuatu yang hangat. Minuman panas seperti segelas susu panas, coklat panas ataupun teh dapat berikan ketenangan.

14. Jangan pandang jam

Elakkan atau jangan tidur memandang ke arah jam. Jika anda sentiasa memandang ke arah jam tanpa sedar minda anda juga bergerak, anda membayangkan perkara yang terjadi pada hari esok.

Semoga tips ini membantu!

Sumber: Maskulin

 

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

7 Tips Elak Daripada Dibelenggu Muflis

7 Tips Elak Daripada Dibelenggu Muflis

Mahkamah boleh mengisytiharkan kau muflis jika korang mempunyai hutang melebihi RM50,000 dan tidak mampu membayar ansuran melebihi enam bulan.

Paling tinggi sekali peratus bankrap ialah;

1. Pinjaman Sewa Beli Kenderaan
2. Pinjaman Perumahan
3. Pinjaman Peribadi

Semuanya sebab kurangnya perancangan kewangan yang berkesan. Kau gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna jugak. Mentaliti kena mantap dulu.

Antara 7 tips untuk mengelakkan daripada dibelenggu muflis ialah;

1. Hidup Di Bawah Kemampuan

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang.

Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.

2. Buat Bajet & Ikut

Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Barulah kau tahu ke mana wang kau pergi.

3. Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang menggelupur apabila tengok perkataan SALE 80%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

4. Simpanan Tetap

Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau sebagai force saving. Yang selebihnya kau berbelanja lah.

5. Pendapatan Sampingan

Tambahkan pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, buat part time takaful atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah mencari pendapatan sampingan.

6. Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM5K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti mula lah bising.

7. Jangan Membazir

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji kau bawah RM3K tapayana pakai kereta import mewah lah. Pakai kereta tempatan sudah. Telefon tu elok lagi tak perlu tukar baru. Baju nak yang berjenama je tak guna kalau bank telefon pun kau tak angkat. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main skim pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan peribadi untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Dapat dapat gaji jangan duk beli benda tak penting je. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim bagai. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Cubalah muhasabah sekejap diri tu. Tak guna gaya hidup kau mewah tapi hutang keliling pinggang. Tak guna travel sana sini tapi hutang kawan tak reti nak bayar balik.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duitnya? Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat.

Perkongsian Dari: Amir Syahir

Posted in: Informasi, Motivasi, Tips

Leave a Comment (0) →

Lelaki 183kg Ini Kongsi Senaman Yang dilakukan Sehingga Berjaya Dapat Berat Ideal

Lelaki 183kg Ini Kongsi Senaman Yang dilakukan Sehingga Berjaya Dapat Berat Ideal

Ikut saranan yang diberikan oleh saudara  Jazli Hassan ini. Beliau yang berjaya mengurangkan berat badannya dari super size kepada saiz yang sangat ideal. Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100 kg keatas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan tak baca bukan saya yang rugi.

1) Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal

Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat lagi orang gemuk. kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan peha. Saya dah lalui bukan cerita nak dapat banyak like.

2) Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan

Kalau berlari impak dia lagi tinggi lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.

3) Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg ke atas

Sebab kita boleh konsiten jenis latihan lebih lama. Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.

4) Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size

Kita ada guni 25 kg satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa pastu satu lagi kita angkat guni tu berat 25kg juga tolak dengan troli. Dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tu dan kesakitan badan kita mana lagi satu pilihan hati. Kalau saya pilih pakai troli.

5) Berbasikal memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari

Kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak belari boleh tunggu berat kita ringan sikit.

6) Berbasikal lebih tenang dari berlari

Untuk orang size super ni jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tu je la 5 km pastu hangat-hangat tahi ayam. Sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.

7) Jangan kelirudengan berlari dan berjalan

Ramai kondem saya katanya saya tak support mereka event lari tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan. Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan dari berlari. Balik tuam ais sana sini tu baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui..ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain bila funride kita enjoy distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nk kayuh lagi. Yang penting konsisten.

8) Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah punca berat tak turun

Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah yang paling kesian bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun air macam minum coca cola la, 100 plus la. Sia-sia je lari. Bukan lari jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tu air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata berbasikal ini melatih mental kita.

9) Berbasikal pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka masa panjang

Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari ni. Tunggu lagi beberapa tahu. Masalah sendi pasti.

10) Berbasikal mengeratkan silaturahim

Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat..

Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca mudahan perkongsian kecil ini berikan kebaikan buat komuniti.

Sumber : Jazli Hassan

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kepala

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kepala

Pekerjaan seringkali menganggu tubuh dan minda manusia. Pekerjaan yang banyak akan membuatkan minda anda tidak mampu untuk berfungsi dengan baik, menyebabkan anda akan mengalami sakit kepala yang sangat kronik. Tidur yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat juga seimbang merupakan antara perkara yang anda wajib lakukan seharian untuk mengelakkan sakit kepala.

Namun, bukan setiap kali anda mampu untuk mendisiplinkan diri anda. Adakalanya anda akan terbabas menjadikan sakit kepala anda menjadi-jadi. Jika ini terjadi, pastinya anda akan makan ubat tahan sakit beberapa biji. Mengambil ubat dengan kerap akan menyebabkan anda akan menerima padah pada masa akan datang.

Jika anda rasa sakit yang tidak melampau, anda tidak perlu makan ubat. Selain daripada makan ubat, anda boleh gunakan bahan-bahan ini untuk hilangkan sakit kepala anda itu.

Limau Kasturi

Ini merupakan petua orang tua. Cara untuk menggunakan petua ini adalah dengan mengambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya. Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika. Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan bandan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.

Ais

Ais juga mampu untuk melegakan sakit kepala. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan menggunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan gosokkan pada leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.

Rendam kaki dalam air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Lalukan ini secara kerap untuk menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Kaki dan kepala anda akan berasa lega selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit. Ia sesuai dilakukan ketika anda berehat di rumah setelah penat pulang dari kerja

Rehatkan Diri

Paling penting anda perlu rehatkan diri. Jika anda sedang berada di pejabat, dan rasa seperti sesuatu menghentak kepala anda, kami sarankan anda berehat dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 10 minit untuk tidur seketika, 10 minit mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa. Jangan takut dengan bos anda, jika mereka tidak benarkan anda tidur, maka mereka tidak membenarkan anda selesaikan pekerjaan anda dalam jangka masa yang singkat!

Sumber: AstroAwani

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

Kelebihan Bagi Mereka Yang Kerap Berjalan Kaki

Kelebihan Bagi Mereka Yang Kerap Berjalan Kaki

Jika anda ada pilihan dan masih mampu untuk berjalan kaki, sila lakukan demikian. Jangan asyik ingin naik motor atau kereta untuk pergi ke tempat yang dekat. Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang kerap berjalan kaki.

1. Meningkatkan peredaran darah

Ia juga mencegah penyakit jantung, merendahkan tekanan darah serta menguatkan jantung. Apabila anda banyak berjalan, jantung akan bekerja lebih kuat. Memandangkan jantung adalah sejenis otot, ia akan menjadi kuat apabila selalu menerima tekanan (dalam batasan yang selamat) seperti otot-otot yang lain.

Peredaran darah yang baik menjadikan sel-sel badan lebih sihat.

2. Menguatkan tulang dan otot

Berjalan kaki boleh mengelakkan kehilangan jisim tulang yang disebut sebagai osteoporosis. Tekanan yang diberikan ke atas tulang menjadikan ia lebih kuat. Selain itu, sendi juga akan menjadi lebih sihat dengan banyak berjalan. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit sendi seperti osteoartritis.

Selain tulang, otot juga mendapat manfaatnya memandangkan tulang sendiri digerakkan oleh otot. Otot yang kuat berfungsi lebih baik dan lebih lambat mencapai rasa letih.

3. Memberikan mood yang baik

Apabila anda melalkukan aktiviti fizikal, badan akan melepaskan sejenis hormon yang disebut sebagai endorfin. Hormon ini bertanggungjawab melahirkan mood yang baik dan senang sekaligus dapat mengurangkan stres yang dialami dalam kehidupan.

4. Mengawal berat badan

Anda boleh mengekalkan berat badan sihat semudah ini. Berjalan kaki dengan laju selama 30 minit boleh membakar sehingga 200 kalori. Ia tidak memerlukan kos dan komitmen yang terlalu banyak. Jika susah untuk mencari waktu khusus, anda boleh jadikan ia amalan berkala. Contohnya, naik tangga berbanding lif dan letakkan kenderaan lebih jauh daripada pejabat.

5. Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi

Bagi orang yang berumur, keseimbangan adalah sesuatu yang sangat penting. Jika terjatuh, banyak bahaya yang boleh berlaku termasuk patah tulang dan kecederaan di kepala. Oleh itu, keseimbangan dan koordinasi adalah sangat penting dalam mencegah perkara yang diingini daripada berlaku.

Sumber : (https://hellodoktor.com/)

Oleh : Muhammad Firdaus Rahim

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

6 Tip Elak Di Tipu Ketika Urusniaga Jual Beli Gajet Online

6 Tip Elak Di Tipu Ketika Urusniaga Jual Beli Gajet Online

Trend berbelanja online kini semakin menjadi-jadi. Bukan produk fesyen serta alatan rumah saja, malah gajet mahupun barangan elektronik sudah mula dijual beli namun pembeli masih tidak dapat lari dari ditipu penjual yang tidak henti mengambil kesempatan.

1.  PELAJARI SPESIFIKASI PRODUK

Sebelum memutuskan untuk membeli sebarang gajet atas talian, sebaiknya anda mempelajari terlebih dahulu perincian serta spesifikasi gajet yang ingin anda beli. Ia agak berbeza dari membeli produk fesyen dan sebagainya. Carilah rujukan sebanyak mungkin agar anda tidak tertipu dengan barang yang boleh diklasikasikan palsu.

2. JANGAN TERGODA DENGAN HARGA MURAH

Pernah terfikir kenapa ‘barang baik selalunya berkualiti’? Tepat sekali. Jangan sesekali mudah tertarik mahu tertipu dengan penjualan gajet yang terlampau murah sehingga tidak masuk dek akal. Jika namanya pun gajet, harga mahal kebiasaannya adalah produk yang asli. Be curious when you buy!

3. LIHAT TESTIMONI

Sama juga jika anda membeli produk kecantikan di atas talian. Testimoni adalah cara yang amat selamat dan sesuai buat anda yang sudah biasa membeli online. Pilihlah penjual yang tidak takut menyertakan sekali testimonial mahupun komen dari pembeli. Baca komen-komen tersebut.

 4. BANDINGKAN

Atas lambakan penjual atas talian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa membandingkan harga gajet yang ingin anda beli. Ya, pastinya kita inginkan harga yang murah namun jangan kerana anda tidak meluangkan masa membandingkan harga, anda terlepas tawaran yang lebih baik.

5. PERKHIDMATAN LEPAS BELI

Penjual yang baik dan boleh dipercayai pasti akan menawakan perkhidmatan lepas beli yang sewajarnya anda pertimbangkan. Sekiranya penjual menawarkan wang pulangan, perkhidmatan baiki sekiranya rosak, khidmat nasihat atau sebagainya.

6. SISTEM PEMBAYARAN

Sebaiknya anda memilih sistem pembayaran yang selamat dan selesa buat anda. Pembayaran paling strategic adalah melalui sistem COD atau cash on dilivery.

Sumber: Maskulin.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Tips

Leave a Comment (0) →

Dahulu Beratntya 120 Kilogram, Kini Kacak Selepas Turunkan Berat Badan

Dahulu Beratntya 120 Kilogram, Kini Kacak Selepas Turunkan Berat Badan

Muhammad Shafiq Bin Ruhizad

Berat badan terdahulu dan punca ingin turunkan berat badan

Berat badan saya dahulu adalah sekitar 120 kilogram sekarang 85 kilogram, terdetik di hati untuk mahu amalkan gaya hidup lebih sihat kerana kerap pening kepala, terasa malas, badan rasa berat dan tidak bermaya serta disyaki mempunyai darah tinggi tahap hypertension.

Keluarga yang lain aktif dalam sukan tetapi hanya saya sahaja yang tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti sejak di bangku sekolah. Punca yang lain adalah kerana saya ingin mendapat perkerjaan yang mempunyai kriteria fizikal yang sihat.

Apa yang anda lakukan?

Saya bermula dengan berjalan dan berlari di taman rekreasi selepas habis waktu bekerja “without fail” setiap hari. Saya masih teringat pada mulanya tak sampai 100 meter saya sudah mahu pitam, hal ini menunjukkan betapa teruknya keaadan kecergasan saya ketika itu.

Saya juga mula menghindari makanan yang tinggi kolesterol, berminyak, manis dan masin. Lama kelamaan saya mula menyertai acara larian daripada 3km hinggalah ke 12km. Saya juga turut mendaftarkan diri ke Kelab Gym untuk mendapatkan “result” dengan lebih berkesan.

Saya mengambil masa selama 6 bulan untuk melihat perubahan 120kg ke 92kg dengan mengamalkan diet dan senaman secara konsisten, manakala sehinggalah berat sekarang mengambil masa 4 bulan.

Pernah juga rasa lemah semangat, namun menyertai kelab kecergasan yang mempunyai sokongan dan dorongan daripada kawan-kawan lain yang sama tujuan mampu menguatkan semangat lagi untuk meneruskan misi (kurus) yang diinginkan.

Menu diet seminggu

Mudah sahaja, kurang atau hindari makanan berminyak dan masin serta berlemak adalah tip makan setiap hari. Contohnya, setiap pagi dimulakan dengan sarapan yang sihat seperti buah-buahan, susu dan pisang, untuk lebih kreatif, boleh jadikan “smoothie” iaitu campuran susu, pisang dengan campuran cereal yang rendah lemak dan gula.

Manakala untuk lunch, boleh ambil nasi segenggam, dan lebihkan sayur yang dimasak kurang masin dan tidak berlemak cara masakanya. Tidak dilupakan ikan/ayam (dikukus, dibakar, direbus, sup) atau apa sahaja lauk yang mempunyai protein yang tinggi. Amalkan konsep Carbs, Protein dan sayur secukupnya untuk makan tengahari.

Sudah pasti dalam jam 3 atau 4 akan terasa lapar, ini cabarannya di mana kebiasaannya kita akan makan makanan ringan serta tinggi gulanya, untuk itu ambillah snek yang sihat seperi buah-buahan dan kekacang seperti almond.

Untuk makan malam pula saya tidak akan ambil nasi tetapi akan makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar, sup ayam atau sup sayur yang tidak masin dan rendah kolestrol.

Senaman yang dilakukan

Saya merupakan Group Fitness Instructor secara sambilan iaitu STRONG by Zumba yang merupakan rutin bukan tarian, tetapi merupakan “High Intensity Interval Training” mengikut rentak musik. justeru, dengan senaman ini yang dilakukan setiap hari dan juga latihan bebanan (weight lifting) bagi memastikan jisim otot tidak terbakar sama kerana HIIT lebih fokus untuk pembakaran lemak yang berkesan, namun jika diamalkan secara berlebihan otot juga boleh turut terkesan.

Terima kritikan

Itu perkara biasa, namun saya hanya memekakkan telinga kerana saya tahu dengan konsistensi dan amalan sihat yang dilakukan mampu menunjukkan hasil yang akan dicemburui oleh mereka yang selalu berkata-kata. Ternyata mereka cemburu, itulah buktinya! Tidak perlu berlawan kata, malah dengan kata-kata merekalah semangat lebih membakar dan mereka akan terdiam malah bertanyakan tip.

Suplemen tempoh turun berat

Hanya suplemen natural yang tinggi protein dan rendah lemak sahaja yang diambil. Tiada pil kurus, tiada jamu kurus, tiada ubat kurus, sebab saya tahu, nak kurus tiada jalan pintas, produk-produk kurus yang ada di luar adalah sampah dan merosakkkan badan akhirnya.

Tip kurus

Sentiasa ingat bahawa tiada jalan pintas, nak kurus haruslah bersabar dan anda akan lihat perubahannya sendiri. Kecekalan dan semangat yang tinggi serta bukan olok-olok diperlukan untuk mengharungi cabaran untuk kurus, yang penting keazaman!

Juga janganlah terlalu drastik tidak mengambil gula atau carbs langsung, hal ini kerana badan kita memerlukan masa sedikit untuk mengikut amalakan diet sihat kita, jika terlalu drastik badan akan terkejut dan seterusnya mengundang penyakit lain seperti gastrik dan kandungan gula dalam badan terlalu rendah menyebabkan kita tidak bertenaga dan boleh menyebabkan pitam.

Perubahan besar selepas perubahan

Saya dapati diri lebih gembira dan tidak bimbang lagi akan penyakit akibat kegemukkan seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetis, kencing manis dan sebagainya. serta keyakinan dalam diri lebih tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang selalu memandang rendah pada orang gemuk.

Seterusnya, tahap kecergasan yang lebih baik dapat dilihat dan hal ini membuatkan kita lebih bersemangat dan ingin melakukannya dengan lebih lagi. Selain itu, saya juga turut gembira untuk membimbing dan menjadi inspirasi kepada kawan-kawan yang lain yang ingin menunrunkan berat badan.

Pantang larang

Amalkan pemakanan sihat dan kreatif yang mampu mengekalkan mood untuk makan makanan yang sihat. Jika mahu cheat boleh, tetapi jangan terlajak cheat. Sekali makan makanan manis memang sukar untuk dijauhkan semula, ambillah dalam kuantiti yang sikit dan sentiasa ingat tujuan misi untuk kurus.

Maskulin

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

6 Cara Orang Bijak Guna Smartphone!

6 Cara Orang Bijak Guna Smartphone!

Telefon pintar kini ibarat keperluan dan akses kepada semua maklumat. Pergantungan kita kepada revolusi telefon pintar cukup mengagumkan namun juga menakutkan sehingga menyebabkan akal dan minda kita mudah untuk dikaburi tetapannya. Namun tidak bagi orang yang pintar. Smart people know how to use smart phone smartly! Ini yang mereka akan lakukan.

1. HADKAN NOTIFIKASI

Golongan yang pintar akan sentiasa menghadkan notifikasi yang boleh menganggu kehidupan mereka. Setiap aplikasi yang anda install seboleh-boleh ingin anda melayarinya 24 jam sehari dengan penhantaran notifikasi yang menjengkelkan. Sekiranya anda orang yang pintar, hadkan muat turun aplikasi yang tidak memberikan faedah.

2. MEMPELAJARI SESUATU

Siapa kata telefon pintar hanya untuk berhubung dan berseronok-seronok sahaja. Di Google Play Store mahupun Apps Store, banyak aplikasi pembalajaran yang boleh anda muat turun bagi memperkasakan pengetahuan am anda. Golongan pintar tidak hanya akan membuang masa berkepit dengan Facebook dan kemaskini gambar Instagram sahaja. Tambahan pula, kini sudah banyak platform buku untuk dimuat turun. Daripada memenuhkan storan dengan gambar dan video semata, baik saja penuhkan dengan buku-buku atau e-majalah. Google Play Books, Kindle dan macam-macam lagi.

3. LATIH OTAK ANDA

Selain dari perhubungan, telefon pintar juga boleh digunakan untuk melatih kekuatan dan memori otak anda. Terdapat aplikasi yang tersedia untuk melatih otak anda dengan pelbagai cara dan berpotensi meningkatkan kecerdasan anda. Dual N Back misalnya berupaya menaikkan tahap IQ anda malah ‘RAM’ minda anda serta melatih untuk berfikir di luar kemampuan.

4. AKTIF DAN SIHAT

Selain dari kesihatan minda, golongan yang pintar akan turut juga menggunakan telefon pintar sebagai satu hub buat mereka untuk kekal aktif dan sihat. Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun bagi menilai kesihatan serta memberikan notifikasi kepada anda sekiranya anda terlupa untuk melakukan senaman. Tambahan pula, aplikasi seperti ini juga turut dihubungankan dengan peranti yang lain seperti jam pintar dan peranti audio.

5. MELETAKKAN DI TEPI KETIKA MEMANDU

Perkara yang kerap dilakukan pemandu Malaysia, memandu dan menggunakan telefon pintar tanpa kit bebas tangan yang boleh membawa bencana. Orang pintar akan menghargai dan mengetahui betapa pentingnya nyawa serta betapa kelekaan satu saat pun akan membawa padah. Kalau mahu gunakan Waze sekalipun, tambah aksesori tambahan yang sesuai.

6. MENGHARGAI MOMEN

Golongan yang pintar juga akan sentiasa menghargai momen-momen bahagia bersama keluarga dan teman rapat dengan tidak menggunakan telefon pintar ketika bersama. Ini kerana mereka tahu perbualan dari hati ke hati lebih bermanfaat dan berfaedah, bukan sekadar berjumpa tetapi masing-masing melihat skrin telefon. Rugi bukan.

Sumber: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Tips

Leave a Comment (0) →
Page 1 of 10 12345...»