l

Archive for 'Umum'

Facebook Guna Twitter Perjelas Gangguan

Facebook Guna Twitter Perjelas Gangguan

WASHINGTON: Rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook (FB) terpaksa bergantung kepada Twitter hari ini untuk menjelaskan gangguan yang dihadapi aplikasi itu di seluruh dunia.

Sejumlah pengguna FB dan beberapa platform lain yang dimiliki gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp, berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan itu.

Akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.

Difahamkan gangguan bermula petang semalam dan menjejaskan pengguna di beberapa kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan, serta Eropah, lapor tweet dan laman pengesan gangguan, DownDetector.com yang dipetik CNN.

“Kami sedar sejumlah pengguna sedang berdepan masalah mengakses aplikasi keluarga Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” kata Facebook di twitter.

Facebook turut menafikan khabar angin bahawa gangguan itu disebabkan serangan penggodam yang menggunakan ‘distributed denial-of-service (DDos). – Agensi

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Pembayaran Balik PTPTN Akan Dipotong Mengikut Gaji Bulanan

Pembayaran Balik PTPTN Akan Dipotong Mengikut Gaji Bulanan

Pada 5 Disember 2018, PTPTN telah mengadakan Sidang Media : Pelaksanaan Dasar-Dasar Baharu PTPTN di Dewan Utama, Menara PTPTN.

Dalam sidang media ini, Encik Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena pengumuman belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan pada 2 November lepas.

Berdasarkan sidang media tadi, 5 perkara telah diumumkan ialah seperti berikut:

5 Pelaksanaan Dasar Baharu PTPTN Sempena Belanjawan 2019

1. Potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam;
2. Potongan cukai untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja;
3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40;
4. Baki hutang dilupuskan apabila peminjam berumur 60 tahun; dan
5. Pelepasan taksiran cukai SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019.

Mekanisme pelaksanaan adalah seperti di bawah:

1. MEKANISME BAHARU PEMBAYARAN – POTONGAN GAJI SECARA PROGRESIF (PGB)

PGB adalah bayaran balik mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan.

Peratus potongan adalah di antara 2% hingga 15% seperti jadual di lampiran.

2. INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK MAJIKAN YANG MEMBANTU PEKERJA

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus.

Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.

3. PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Kerajaan juga menghargai usaha para peminjam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian. Maka dengan itu, pelajar daripada golongan isirumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman dengan syarat-syarat berikut:

– Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
– Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
– Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
– Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian

4. MENGHAPUS KIRA HUTANG PEMINJAM WARGA EMAS

Kerajaan prihatin dengan golongan warga emas. Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.

5. MENINGKATKAN INSENTIF UNTUK MENABUNG

Selaras dengan itu, insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 sebelum ini kepada RM8,000 bermula tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

 

Sumber: Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

 

Posted in: Informasi, Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

Wanita Ini Hasilkan RM10,929 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!

Wanita Ini Hasilkan RM10,929 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!

Ok, anda mesti fikir yang Bisnes Affiliate ini untuk yang pakar IT sahaja.

Sebenarnya jika dibuat dengan kaedah yang betul, tidak kiralah apa pun status anda, anda boleh menghasilkan jualan dengan Bisnes Affiliate ini.

Tidak kira walaupun anda berumur 50 tahun atau Suri rumah yang buta IT tetap boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

Sebagai contoh Puan Salena yang telah menghasilkan jualan melebihi RM10k.

Beliau fokus menggunakan FB profile sahaja untuk promosikan produk affiliate.

Apa yang beliau lakukan sebenarnya mudah sahaja:

Akhirnya beliau berjaya capai target jualan 5 angka pertama melalui affiliate!

Selepas konsisten beliau praktikkan strategi yang diajar, Puan Salena telah jana lebih RM7k jualan untuk satu produk affiliate yang beliau promosikan.

Dan yang terkini, beliau berjaya hasilkan jualan mencecah RM10,929.00 melalui promosi 1 produk affiliate sahaja!

Semua jualan yang Puan Salena berjaya hasilkan ini adalah kerana beliau mengikut segala ilmu & panduan yang diajar kepadanya iaitu Affiliate Method.

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Bagaimana Lelaki Ini Buat Jualan 6 Angka Dengan Produk Affiliate Dalam Masa 2 Bulan!

Bagaimana Lelaki Ini Buat Jualan 6 Angka Dengan Produk Affiliate Dalam Masa 2 Bulan!

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah seorang lelaki ini..

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada anda. Harap anda boleh baca hingga habis ya.

Kisah ini adalah pengalaman sebenar bagaimana lelaki ini buat jualan RM121,175 dalam masa 2 bulan dengan online sahaja!

*Cerita ini adalah dimana bagaimana bermulanya kisah lelaki ini di dalam bisnes online yang dikongsikan di fb Mahmud Roslan.

Ceritanya macam ini..

Sebelum ini saya bekerja kilang di Johor Bahru dan saya hanya buat bisnes online secara sambilan untuk menambah pendapatan.

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Bila Tinggalkan Kereta Terlalu Lama, ini 5 Perkara Perlu Anda Buat

Bila Tinggalkan Kereta Terlalu Lama, ini 5 Perkara Perlu Anda Buat

Dapat kerja, sambung belajar di luar negara atau keluar daerah berbulan lamanya. Bagaimanakah cara tinggalkan kereta dalam tempoh lama tanpa membiarkan ia rosak begitu sahaja?

Sering kali kita dengar bahawa kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh lama akan mengalami masalah seperti sukar menghidupkan enjin, brek kurang mencengkam dan peralatan elektronik yang tidak berfungsi.

Bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, beberapa perkara perlu anda pastikan sebelum meninggalkannya.

TUKAR MINYAK ENJIN

Tukar minyak enjin dan penapis minyak terlebih dahulu kerana dikhuatiri minyak enjin lama akan meninggalkan mendapan kotor di bahagian dalam enjin. Lebih baik sekiranya menukar minyak enjin yang berprestasi tinggi kerana ia terjamin mampu menjaga bahagian dalaman enjin.

ISI MINYAK PENUH

Kondensasi adalah perkara yang sering berlaku pada kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh lama. Ia boleh menyebabkan tangki minyak berkarat dan dengan mengisi minyak penuh, proses kondensasi dapat dielakkan kerana ruang tangki yang penuh menghalang daripada ia berlaku.

LEPASKAN BREK TANGAN

Brek tangan yang digunakan dalam tempoh lama akan menyebabkan pad brek tersekat pada brek cakera.  Alternatif lain yang boleh digunakan adalah dengan meletakan pada gear satu bagi mengelakkan kenderaan bergerak.

TINGGIKAN KENDERAAN

Kenderaan yang dibiarkan tanpa bergerak akan menyebabkan tayar terbeban di bahagian bawah lantas menyebabkan tayar itu keras dan leper di bahagian tersebut. ‘Jack’ kenderaan tersebut agar tayar tidak bersentuhan dengan lantai.

CABUT BATERI

Bagi mengelakkan bateri kenderaan kehabisan kuasa, isi penuh air bateri dan cabutkan bateri tersebut daripada kenderaan.

Simpankan di tempat yang kering dan jauhkan dari matahari. Bateri yang dibiarkan lama pada kenderaan akan menyebabkan ia kehabisan kuasa lebih cepat kerana ia tidak dicas sebagaimana ketika enjin dihidupkan.

BALUT KENDERAAN

Cuci terlebih dahulu sebelum membalut dengan pembalut kenderaan agar dapat mengelakkan kerosakan cat.  Untuk prestasi yang terbaik, kilatkan (polish) terlebih dahulu agar kualiti cat kekal terjaga buat tempoh yang lama.

 

Sumber: Maskulin

 

Posted in: Informasi, Umum

Leave a Comment (0) →

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kompleks Seri Perdana yang terletak  di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dibuka kepada orang ramai untuk lawatan.

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet akan dibuka untuk lawatan berkenaan.

Menurut  laman web rasmi kompleks berkenaan waktu lawatan dibuka pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan ditutup pada 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Waktu lawatan akan mula beroperasi seperti biasa pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang.

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Gambar : Laman web Seri Perdana

Tempoh melawat adalah selama 1 jam 30 minit secara datang terus (walk in) dan lawatan  berpandu namun  lawatan berpandu hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis.

Pelawat dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ketika berada di dalam kompleks seperti berpakaian kemas dan sopan serta tidak dibenarkan membawa apa-apa bentuk kamera atau telefon berkamera ke dalam kawasan kompleks.

Justeru, pelawat dari dalam dan luar negara juga perlu membawa kad pengenalan diri atau passport untuk tujuan pendaftaran.

Namun, pihak pengurusan boleh meminda jadual lawatan sekiranya terdapat majlis rasmi semasa waktu lawatan tersebut.

Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.

Mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

Sekiranya terdapat pertanyaan orang ramai boleh melayari laman web www.seriperdana.gov.my atau hubungi 0388888200 untuk maklumat lanjut.

Sumber : Bernama

 

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

PTPTN : Potongan RM40 Bagi Gaji RM2,000 Bermula Januari Ini

PTPTN : Potongan RM40 Bagi Gaji RM2,000 Bermula Januari Ini

Potongan gaji ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan akan berkuat kuasa Januari tahun  hadapan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata turut dilaksana mulai Januari depan adalah pengecualian bayaran balik pinjaman yang diberikan kepada peminjam daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) sekiranya mereka mendapat kelas pertama selepas menamatkan pengajian.

Katanya potongan pada kadar dua peratus atau RM40 bagi peminjam bergaji RM2,000 itu telah diputuskan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri 23 Nov lalu.

“Yang mampu kita lakukan buat masa ini ialah meletakkan RM2,000 sebagai threshold untuk permulaan pembayaran dan kemudiannya akan meningkat berdasarkan pendapatan (peminjam).

“Kabinet juga bersetuju bahawa dikecualikan pembayaran pinjaman bagi mereka yang mendapat first class honour (kepujian kelas pertama) daripada kumpulan M40, cadangan asalnya untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40),” katanya kepada sumber di lobi Parlimen, hari ini.

Mengenai janji manifesto Pakatan Harapan untuk mereka yang bergaji RM4,000 ke atas diwajibkan membayar balik pinjaman, beliau berkata kerajaan akan berusaha untuk cuba menunaikannya selepas kewangan negara menjadi stabil.

Sumber : Bernama

 

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

Pencipta Watak Kartun Popular ‘SpongeBob SquarePants’ Meninggal Dunia

Pencipta Watak Kartun Popular ‘SpongeBob SquarePants’ Meninggal Dunia

Pencipta watak kartun terkenal, SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg, meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Perkara tersebut disahkan oleh Nickelodeon, yang menjadi penyiar siri kartun tersebut sejak tahun 1999 melalui sosial media rasmi mereka pada Selasa.

Menurut satu laporan, punca kematian Hillenburg adalah penyakit saraf motor ALS, di mana beliau sendiri pernah mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah didiagnosis pada Mac tahun lalu.

Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004.

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →
Page 1 of 11 12345...»