Posted on 13 Comments

Pesanan Untuk Pemain Mercun

Assalamualaikum.

Setiap kali tibanya musim perayaan, bunyi mercun akan kedengaran di mana-mana tempat. Seolah-olah bunyi mercun menjadi satu budaya bila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang tinggal dikampung ia mungkin dah jadi perkara biasa dengan bunyi mercun ni. Bermain mercun tidak salah selagi ia tidak membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak cerita pasal pengalaman main mercun, saya sendiri pernah bermain mercun masa zaman budak-budak dulu. Tapi sekadar main untuk seronok-seronok je masa zaman budak-budak dulu. Saya main mercun yang kecik-kecik je bunyi pun tak kuat. Sekarang sudah besar dah tak main dah benda-benda mercun ni. Main mercun ni tak ada faedah sebenarnya. Lagipun main mercun ni boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.

Posted on 13 Comments

Pengalaman Berpuasa Tahun 2011

Assalamualaikum.

Pengalaman berpuasa juga adalah satu pengalaman yang indah dalam hidup ni. Setiap orang akan mempunyai pengalaman masing-masing semasa berpuasa di bulan Ramadhan ini. Pengalaman bagi setiap orang juga sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Kehidupan saya sekarang adalah sebagai seorang remaja yang masih lagi sedang belajar. Cuma sekarang saya sedang menikmati cuti panjang di kampung. Bila dah lepas hari raya nanti akan mula masuk belajar balik.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan rakan-rakan di kampus tapi tahun ni tidak lagi kerana bulan puasa tahun ni jatuh pada musim bercuti.

Posted on 6 Comments

Komuniti LayarSukses.com Di Facebook

Salam sejahtera.

Laman web sosial facebook telah menjadi pilihan bagi pihak LayarSukses.com untuk membina komuniti dan berinteraksi dengan rakan-rakan di facebook. Facebook sememangnya mempunyai banyak kelebihannya jika ia dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Jadi pihak LayarSukses.com ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput pembaca-pembaca blog ini yang mempunyai akaun facebook bolehlah menyertai komuniti kami di facebook. Semoga kita semua beroleh manfaat untuk kebaikan bersama.

Posted on 10 Comments

Waktu Paling Indah Dalam Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam perjalanan menempuhi kehidupan dunia ini setiap orang pasti akan mempunyai waktu-waktu paling indah dalam hidup mereka. Kehidupan yang dilalui bagi setiap orang adalah berbeza dengan orang lain. Anda mungkin tidak akan dapat melupakan waktu-waktu paling indah dalam kehidupan anda itu sampai bila-bila. Ini kerana ia adalah mengenai pengalaman hidup yang anda lalui yang pasti tidak akan sama dengan orang lain. Anda juga bertuah kerana dapat merasainya kerana tidak semua orang dapat merasai waktu-waktu paling indah itu.

Antara waktu-waktu yang boleh dikatakan paling indah yang akan dialami oleh setiap orang dalam hidupnya adalah waktu sekolah, waktu universiti, waktu pekerjaan, waktu perkahwinan dan banyak lagi. Setiap dari waktu-waktu ini mempunyai kenangan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang pernah mengalaminya.

Posted on 3 Comments

Tarikh Dan Lokasi PC Fair 2011

Salam sejahtera.

Pada hari sabtu di hujung minggu ini saya telah berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa bersama kawan-kawan berkunjung ke PC Fair 2011 yang sedang berlangsung di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu pada 10-12 Mac 2011. Saya pun ada juga beli beberapa barang semasa berkunjung ke PC Fair ni. Memang meriah sambutan dari orang ramai di sini. Tapi setiap kali berlangsungnya PC Fair dimana-mana sahaja tempat sekalipun boleh dikatakan akan meriah sambutannya.

Bagi peminat-peminat barangan komputer inilah masanya untuk mereka mendapatkan apa saja barangan komputer yang mereka inginkan pada harga yang boleh dikatakan lebih murah berbanding dengan harga biasa.

Posted on 11 Comments

Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera

Fasa untuk tahun 2010 telah pun menutup tirainya semalam. Kini kita semua telah memasuki fasa tahun baru 2011 pula. Selamat tahun baru 2011 saya ucapkan kepada anda semua. Dengan masuknya tahun baru 2011 ini bermakna kita pun telah meningkat setahun lagi usia. Bersyukurlah kita kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini.

Setiap kali memasuki tahun baru ramai yang bercakap mengenai azam tahun baru. Saya melihat ramai rakan-rakan facebook yang menulis tentang azam baru mereka untuk tahun baru 2011 ni. Biasa la tu bila memasuki tahun baru ni ramai yang telah menetapkan azam untuk tahun baru. Malah ramai juga yang menulis tidak dapat melaksanakan azam tahun 2010 lalu. Ianya hanya azam tinggal azam dek kerana ianya tidak dapat dilaksanakan.

Posted on 11 Comments

Tahun Baru Hosting & Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup iniĀ  semoga kita akan dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ni sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana disebabkan oleh kesibukan pada penghujung semester 3 yang lalu kerana banyaknya assignment dan juga sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3. Dan baru-baru ini juga saya terpaksa format laptop kesayangan saya ni atas beberapa masalah yang dihadapi. Sekarang ini selepas format dah bertukar kepada Window 7 rasa ok sikit guna laptop ni. šŸ™‚

Posted on 10 Comments

Ketupat Makanan Popular Di Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada sahabat semua. Hari Raya Aidilfitri sudah pun beberapa hari berlalu nampaknya, namun begitu bahang suasana sambutanĀ  hari raya masih lagi dapat dirasai. Ini kerana masih ramai orang yang sedang membuat rumah-rumah terbuka sambutan hari raya ni. Ada sesetengah tempat sampai sebulan syawal pun masih ada lagi rumah terbuka hari raya ni. Memang begitu meriah sekali.

Kalau cakap pasal suasana rumah terbuka ni mesti terfikirkan tentang pelbagai jenis juadah makanan yang terhidang. Ada pelbagai jenis makanan tradisi dan moden bagi memberikan pilihan kepada tetamu yang datang ke rumah terbuka yang diadakan. Memang banyaklah pilihan juadah makanan yang disediakan kalau tidak takkan nak buat rumah terbuka kan.