l

Archive for 'Santai'

10 Idea ‘Bento’ Dari Si Ibu Ini Dapat Perhatian Kerana Kekalkan Konsep Makanan Ala Melayu

Bento box merupakan antara konsep atau set makanan yang berasal dari Jepun. Di dalam bento box ini anda akan mendapat satu set makanan yang lengkap yang terdiri dari nasi dan lauk-pauk. Konsep ini amat sesuai diamalkan oleh ibu yang ingin menyediakan bekal untuk anak ke sekolah. Memandangkan cuti sekolah telah tiba, amalan bento box ini masih boleh diteruskan dan boleh dibawa ketika travel. Tak perlu lagi beratur panjang di kawasan rehat dan rawat( RnR) kan?

‘BENTOBOX’ ALA MELAYU

Cuti sekolah dah mula…Ummi boleh tarik nafas panjang dari bulan Jan hingga Nov 2018..hari-hari fikir nak masak apa..esok nak bawak bekal apa…menu apa…Ummi kerja..suami ummi pilot darat…anak ummi sekolah SJKC…memang kena bawa bento..dari sarapan ke makan tengahari menu tu Ummi ulang-ulang, masak simple-simple…malam sebelum tidur ummi dah ready barang. Ni ummi share beberapa bentobox ummi masak. Jom budayakan masakan dari rumah.

1.Bento nasi goreng & ayam masak cili

2. Bento nasi, kuih dan nuggets

3. Bento mi segera goreng & nasi ikan masak kicap

4. Bento bihun goreng & nasi lauk kampung

5. Bento nasi goreng ayam & nasi lauk ayam masak kicap

6. Bento nasi ayam & burger

7. Bento nasi asam pedas ikan & mi segera goreng

8.Bento bihun goreng Singapore & nasi sambal ikan

9.Bento nasi impit rendang daging & roti

10.Bento nasi kari ikan & bihun goreng

*Kesemuanya nampak menyelerakan bukan? Memang sesuai kalau nak jadikan bekal ketika berjalan-jalan.

Sumber : Noor Faezah Zaini / Sirap Limau

 

Posted in: Santai

Leave a Comment (0) →

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Baru-baru ini facebook dipenuhi dengan berita tenteng Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.  Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.

Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Pergaduhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.

Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.

Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu?

Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya. Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta. Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.

Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Kaya Kerana MMA

Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.

Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.

Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.

Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah

Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.

Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Atlet Paling Popular di Rusia

Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya. Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding.

Sumber : Hangat.com

Posted in: Santai, Umum

Leave a Comment (0) →

Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap Dan Senang Nak Buat Sendiri

Nampak sedap kan nasi goreng tomyam ni? Apa kata jom kita masak sendiri di rumah, asyik beli je kan sekali sekala apa salahnya rasa air tangan sendiri.

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan2

Udang / sotong
Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih)
Satu sudu cili blend (untuk nampak merah)
Daun limau purut
Serai dihiris
Cili padi ( ikut citarasa masing-masing)
Kiub pati tomyam
Kubis bunga dan carrot

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar sekejap
Agak-agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai.. kacau sebati.. masukkan sedikit air kalau pekat.. masukkan udang ..
Agak-agak dah nak dekat kering, masukkan nasi .. kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur ..
Masukkn perasa.. garam letak sikit je sebab kiub tu da rasa masin juga..
Dah siap boleh dimakan bersama kepok keping

Lepas ni tak perlu la pergi kedai kalau teringin nak makan nasi goreng tomyam ni, boleh dah buat sendiri di rumah kan. Selamat mencuba!

Sumber : ‎Noorhafizah Ismail‎ via #MAHN

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Santai

Leave a Comment (0) →

Hebatnya Pesawat Milik Presiden Rusia Vladimir Putin, Siap Ada Mini Gym & Bilik Tidur Hotel 5 Bintang

Presiden Rusia Vladimir Putin juga mempunyai pesawat khas yang luar biasa mewah. Khabarnya harga pesawat itu mencapai 390 juta Poundsterling atau setara RM 2.1 Billion. Menurut laman sesawang berita Australia, news.com.au, menyebut pesawat itu dinamakan sebagai IL-96-300PU.

Hebatnya pesawat ni….

1. Ibarat Seperti Istana Terbang

Rupa pesawat itu dari luar sememangnya nampak biasa sahaja, mirip pesawat penumpang yang lain. Tapi jika masuk ke dalam, sseolah-olah seperti masuk ke istana.

Tertanya-tanya bagaimana rupa “istana terbang” terbaru milik Putin ini? Jom kita intai ke dalam pesawat itu.

Jangan tak tahu, Putin boleh membuat perintah serangan dari pesawat ini. Ini bermakna, pesawat ini sama sahaja seperti istana presiden atau Kremlin. Perintah atau arahan seperti itu boleh dilaksanakan di dalam pesawat kerana ada sistem komunikasi yang super canggih. Dalam pesawat ini, ada ruang khusus yang sememangnya boleh digunakan membuat arahan kepada angkatan bersenjata Negeri Beruang Merah itu.

Pesawat ini juga dilengkapi dengan 87 telefon dan sistem video conference. Sewaktu Putin mahu adakan mesyuarat, dia boleh melakukannya terus, tanpa menunggu pesawat mendart dulu.

2. Ukiran Emas

Sekilas pandang, kabin pesawat ini mengenakan konsep rekaan interior neo-klasik. Seperti yang disebut di atas, interior pesawat ini mirip seperti dalam istana. Kabinnya benar-benar mewah, dengan dominasi warna beige. Ada juga panel kayu di beberapa sudut. Lebih mengagumkan, di setiap perabot-perabotnya disematkan dengan ukiran emas.

3. Dilengkapi Dengan Mini Gym

Bukan setakat itu sahaja, Putin masih boleh ada masa untuk workout dalam pesawat. Buktinya, ia dilengkapi dengan adanya mini gym!

Sememangnya Putin sangat menitikberatkan soal kecergasan dan kesihatan. Anda boleh lihat gambar dirinya yang aktif berkuda sambil tak berbaju yang menjadi tular di media sosial. Buat seseorang yang usianya sudah melebihi 60 tahun, Putin masih mempunyai postur badan yang bagus.

4. Bilik Tidur Hotel 5 Bintang

Interior bilik tidur dan bilik mandi di pesawat seluas 370 meter persegi itu juga mewah bak hotel 5 bintang. Warnanya pun senada dengan warna kabin. Bilik tidurnya terlihat sangat selesa. Lebih uniknya di bahagian bilik mandi, almarinya berwarna emas. Namun tidak dipastikan samaada emas asli atau tidak.

5. Ruang Isitirehat

Terdapat ruang isitirehat yang digunakan olehnya dan para kakitangan, atau menteri kalau mereka sama-sama menyertai kunjungan kenegaraan bersama presiden.

Seperti itulah isi pesawat Presiden Rusia yang khabarnya boleh mencapai kelajuan maksimum 901 km per jam.

Selain lima ruangan mewah tersebut, khabarnya dalamnya juga ada dua dapur yangtak kalah mewah dari restoran di hotel-hotel.

Namun pesawat ini bukanlah yang paling mahal setalat ini. Pesawat milik Presiden Mexico dinobatkan sebagai pesawat presiden termahal di dunia. Harganya mencapai RM2.4 Billion.

Sumber : Hangat.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Santai

Leave a Comment (0) →

5 Sebab Utama Orang Follow Instagram Cristiano Ronaldo

5 Sebab Utama Orang Follow Instagram Cristiano Ronaldo

Siapa tak kenal dengan pemain bola sepak paling disegani masa kini CRISTIANO RONALDO.Yang menariknya pemain selain baru pindah ke kelab baru Juventus FC, ada satu lagi perkara menarik tentang lelaki berimej maskulin ini, beliau merupakan individu kedua miliki pengikut teramai di Instagram dengan 139 juta selepas penyanyi Selena Gomez 141 juta.

Beliau bukan penyanyi dan pelakon, yang kita sedia maklum miliki pengikut dan peminat masing-masing tetapi kenapa agaknya beliau ramai follower? Apa keistimewaan Cristiano? Apa isi yang Cristiano kongsikan sampai ramai orang menekan butang ‘follow’ di Instagramnya?

1. Family Man

Cristiano Ronaldo selalu sibuk dengan latihan dan permainan tetapi bila beliau tidak berada di atas padang, beliau banyak menghabiskan masa dengan orang tersayang. Keluarga sangat penting baginya, dan beliau menunjukkan ini dengan cara meraikan dan menghargai masa dengan kawan dan keluarga.

Bintang Portugal ini mempunyai 4 orang anak. Masa lapangnya akan dihabiskan bersama anak-anak, menjaga keperluan mereka dan mungkin disebabkan itu ramai orang mengagumi sikapnya.

2. Seorang Yang Pemurah

Cristiano Ronaldo antara pemain bola sepak terkaya di dunia, terima kasih kepada setiap endorsement yang diperolehnya. Untuk setiap kekayaan yang datang, lelaki 30-an ini tidak lupa untuk melakukan kerja amal supaya apa yang diperolehinya dapat dikongsi bersama orang memerlukan. Ronaldo banyak terlibat dan sering membantu ramai orang miskin dan menyumbang wang kepada NGO.

Sebagai contoh, beliau pernah membayar $83,000 untuk pembedahan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Selepas memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2016, Ronaldo menyumbangkan bonusnya kepada amal kebajikan.

3. Bekerja Keras Dalam Setiap Kejayaan

Memulakan kerjayanya di Sporting seterusnya ke Manchester United, Real Madrid dan sekarang di Juventus FC telah mengubah dirinya sebagai seorang profesional dalam sukan bola sepak. Ronaldo memenangi gelaran pertama FIFA Ballon d’Or pada 2008. Ronny tidak pernah berputus malah terusan menjadi yang terbaik di dunia. Kini, beliau mempunyai 5 Ballon d’Ors.

Ballon d’Or “Bola Emas” atau selalu disebut Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah ialah sebuah anugerah tahunan untuk bola sepak. Anugerah ini diberikan kepada pemain yang telah terpilih kerana telah melakukan aksi terbaik selama musim sebelumnya. Pada tahun 2010, anugerah ini telah digabungkan dengan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

4. Sangat Disiplin Menjaga Kesihatan

Cristiano Ronaldo dikenali kerana obsesi dengan rutin latihannya. Boleh dikatakan badannya yang ringan membantu beliau membolosi pemain pertahanan setiap kali beraksi. Beliau telah berubah dari seorang lelaki kurus ke bintang yang berotot. Ronaldo mengikuti diet yang ketat untuk mengekalkan badannya yang berotot. Tidur awal, mengelakkan parti leat malam dan tidak minum alkohol untuk mengekalkan stamina tubuhnya.

5. Semangat Berpasukan

Beliau tidak bermain seorang tetapi sepasukan. Ronaldo memastikan pasukannya menerima kredit yang sewajarnya apabila mereka menang. Ronaldo sentiasa memotivasi rakan pasukan dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Semasa Euro 2016, beliau dilihat menggalakkan Joao Moutinho untuk mengambil penalti semasa saat penting. Pada perlawanan akhir menentang Perancis, dia juga menggalakkan Eder untuk menjaringkan gol dan merebut gelaran.

Sumber : sportskeeda

 

 

Posted in: Informasi, Santai

Leave a Comment (0) →

Orang Kidal Ramai Yang Pandai

Mitos dan Fakta Mengenai Orang Kidal

Mitos: Orang kidal lebih bijak

Idea bahawa orang kidal yang lebih pintar berbanding seseorang yang dominan menggunakan tangan kanan adalah mitos.

Pada 2015, penyelidik Belanda menggabungkan hasil daripada lebih daripada 30 kajian terdahulu yang melibatkan lebih dari setengah juta orang dan tidak menemui hubungan antara kidal dan kemampuan lisan, dan kelebihan kecil untuk pengendali kanan dari segi kemampuan spatial.

Menurut Science Fokus, satu lagi kajian baru-baru ini berdasarkan data daripada puluhan ribu orang sebenarnya mendapati bahawa tangan kiri adalah lebih biasa dalam kalangan orang dengan IQ yang sangat rendah berbanding kalangan orang yang mempunyai IQ biasa.

Mitos: Orang kidal lebih kreatif

Terdapat beberapa perkara yang semua orang yang kreatif mempunyai persamaan, orang kidal bukan salah satu daripadanya. Hubungan antara tangan kiri dan kreativiti adalah mitos lama yang mungkin hanya sekadar mitos.

Satu kajian pada 1995 mendapati lelaki kidal cenderung berfikir lebih kreatif apabila menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan dalam pemikiran antara wanita menggunakan tangan kanan dan kiri.

Mitos: Orang kidal cenderung menjadi pemimpin

Enam dari 12 presiden Amerika Syarikat yang terakhir adalah orang kidal, tetapi itu hanya dianggap sebagai trivia presiden, bukan kelayakan untuk pekerjaan itu. Tiada bukti ilmiah yang kukuh bahawa tangan mempunyai kaitan dengan kemahiran kepimpinan mereka.

Menurut Ketua Psikologi di Mount Sinai-Beth Israel, Dr Elizabeth Ochoa berkata, sesetengah asas bagi pemerhatian antara kepimpinan dan kidal datang daripada pemerhatian angka sejarah. Ekstrapolasi (proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan) adalah sesuatu yang biasa antara individu-individu yang dipilih dan berjaya, salah satunya tangan kidal mereka.

Fakta: Orang kidal lebih ramai mempunyai masalah tidur

Tidak setiap rehat malam adalah suatu yang aman. Ini adalah cara tidur yang pelik yang  mempengaruhi tubuh anda. Kajian kecil dalam jurnal Chest memantau pergerakan anggota berirama dari tangan kanan dan tangan kiri semasa mereka tidur. Penyelidik mendapati bahawa 94 peratus tidur orang kidal mempunyai pergerakan anggota badan yang boleh menjadi petunjuk gangguan pergerakan anggota berkala berbanding hanya 69 peratus pergerakan orang tangan kanan.

Fakta: Orang kidal cenderung mengalami gangguan kesihatan mental yang serius

Menurut kajian dari Universiti Yale, antara orang yang mengalami penyakit mental adalah mereka yang mengalami gangguan psikotik seperti skizofrenia lebih cenderung berlaku pada orang kidal berbanding mereka yang mengalami gangguan mood seperti depresi atau gangguan bipolar. Ini adalah tanda-tanda gangguan bipolar yang paling mungkin anda abaikan.

Penyelidik mengkaji sekumpulan kecil individu pesakit luar dari klinik psikiatri dan mendapati 40 peratus daripada mereka yang mengalami skizofrenia atau gangguan schizoaffective adalah kidal. Penyelidik sangat berminat untuk meneroka hubungan antara ciri-ciri psikosis (seperti halusinasi atau khayalan) dan kidal, mereka percaya jawapannya mungkin terletak pada bahagian kiri otak yang cenderung menggunakannya lebih banyak.

Penulis Jadon Webb berkata, penemuan biomarker seperti ini sememangnya membolehkan kita mengenal pasti dan membezakan gangguan mental lebih awal, dan mungkin satu hari ada rawatan khusus dalam cara yang lebih berkesan.

OLEH : FARAH AZIZ

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)

 

 

Posted in: Informasi, Santai

Leave a Comment (0) →

5 Alatan Elektrik Ini Punca Bil ‘Melambung’ Tinggi Walaupun Jarang Di Rumah, Sila Ambil Perhatian!

Mungkin kadang-kadang korang pasti pelik dan merungut, korang jarang di rumah dan menggunakan peralatan elektrik secara minimum tapi bil elektrik masih melambung tinggi juga.

Tapi pikir balik, ada tak anda membiarkan peralatan eletrik dengan yang masih bersambung dengan soket?

Elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plug masih bersambung dengan soket. Lepas ini, anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug peralatan tersebut jika tidak digunakan, tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.

1. Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa

108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.

2. Komputer

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.

Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.

3. Televisyen


Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.

4. Dekorder Televisyen (TV) Digital

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.

5. Pengecas Telefon

Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.

Jadilah Pengguna Yang Bijak.

Sumber : Bright Side

Perkongsian Dari: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Santai

Leave a Comment (0) →

5 Pemain Yang Bakal Merampas Zaman Kegemilangan Messi Dan Ronaldo

Pada tahun 2006, Lionel Messi yang berusia 17 tahun dan pemain berusia 21 tahun Cristiano Ronaldo membuat debut Piala Dunia mereka. Setelah sedekat kemunculan mereka, kedua-dua pemain akan menguasai permainan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Bermula pada tahun 2008, Messi atau Ronaldo telah memenangi setiap Ballon d’Or (dipersembahkan kepada pemain lelaki terbaik di dunia). Selama 9 tahun, mereka mengungguli carta undian sebagai pemain bola sepak terhebat dunia.

Walaubagaimanapun, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Mungkin ini merupakan kali terakhir Messi dan Ronaldo beraksi di atas padang. Sudah tiba masanya anda mencari pengganti kan? Ini antara 5 pemain bola Piala Dunia yang sedang diperhati bakatnya, mungkin mereka akan menggantikan dua lagenda ini?

Marco Asensio

Umur: 22
Negara: Sepanyol
Kedudukan: Pemain tengah
Kelab kelab: Real Madrid
Asensio telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA dengan Real Madrid. Mungkin beliau boleh mendapat gelaran pada Piala Dunia kali ini, siapa tahu kan? Beliau ini dianggap sebagai salah seorang yang menjadi kegemaran umum.

Ousmane Dembele

Umur: 21
Negara: Perancis
Kedudukan: Penyerang
Kelab kelab: Barcelona
Seorang bekas rakan sepasukan Christian Pulisic di Borussia Dortmund, Dembele pergi ke Barcelona dengan bayaran perpindahan yang tinggi dan telah diberi jersi No. 11 yang sebelum ini dimiliki oleh Neymar.

Goncalo Guedes

Umur: 21
Negara: Portugal
Kedudukan: Midfield kanan/kiri
Pasukan kelab: Valencia
Jika Ronaldo ingin mendapat gelaran Piala Dunia Pertama dia mungkin perlu berusaha dengan gigih. Namun bagi Guedes, dia yang telah dipinjamkan ke Valencia dari Paris Saint-Germain musim lalu, boleh menjadi pemain utama dan merangkul juara Eropah.

Harry Kane

Umur: 24
Negara: England
Kedudukan: Penyerang
Pasukan kelab: Tottenham
Sebelum Mo Salah datang dan mencatatkan rekod, Kane merupakan ancaman menjaring gol utama Liga Perdana. Kane mengetuai liga dalam gol yang menjaringkan gol pada musim 2015-16 dan 2016-17 (dia menduduki tempat kedua pada 2014-15). Kane juga merupakan peminat yang gemar NFL dan New England Patriots, yang mungkin dapat mencuit hati penonton Amerika yang lebih teruja jika tahu asal usul seseorang.

Mohamed Salah


Umur: 25
Negara: Mesir
Kedudukan: Penyerang
Kelab kelab: Liverpool
Salah mempunyai musim kegemilangan untuk Liverpool, mendapat rekod Liga Perdana dengan menjaringkan gol (32 dalam 38 perlawanan) sementara juga membantu memimpin pasukan ke final Liga Juara-Juara. Walaupun cedera dalam final yang lalu, Salah dijangka bermain di Piala Dunia. Beliau merupakan harapan besar bagi Mesir.

Sumber: usatoday.com

Perkongsian Dari: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Santai

Leave a Comment (0) →