Jan
28
2012

Kelebihan Menjadi Seorang Penulis

Assalamualaikum.

Menjadi seorang penulis mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dalam artikel ini saya lebih fokus kepada kelebihan menjadi seorang penulis blog. Apa yang saya akan kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menulis di blog ini. Saya juga mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis buku. Cuma buat masa ini impian tersebut belum lagi terlaksana. Diharapkan suatu hari nanti saya akan dapat merealisasikan impian saya untuk menulis buku sendiri.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh menjadi seorang penulis. Yang perlu ada hanyalah minat dan usaha. Kebolehan untuk menjadi penulis tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha dilakukan. Tidak perlu menunggu menjadi  benar-benar hebat dalam bidang penulisan baru nak mula menulis. Menulislah mengikut kemampuan diri kita. Setiap orang mempunyai kelemahan dan tidak sempurna. Yang mana terdapat kekurangan dan kelemahan itu kita cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik.

Jan
26
2012

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Assalamualaikum.

Bila di imbas kembali pengalaman di sekolah dahulu memang banyak. Tapi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman kena denda di sekolah. Ada banyak pengalaman kena denda di sekolah dahulu. Tapi saya cuma akan kongsikan setakat mana yang saya ingat saja. Bila difikirkan balik kelakar pun ada sebab ia adalah pengalaman hidup saya sendiri semasa belajar disekolah. Kalau cerita kat orang lain mungkin tak kelakar bagi mereka. Setiap orang ada pengalaman masing-masing semasa belajar disekolah dahulu.

Tak sangka cepat betul masa telah berlalu. Zaman persekolahan telah meninggalkan saya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan. Ada kenangan manis dan ada juga kenangan yang pahit seperti pengalaman kena denda di sekolah. Semuanya menjadi memori yang paling indah dalam hidup ini. Ianya mengenai kehidupan diri saya sendiri. Bagaimana saya belajar semasa sekolah dahulu.

Jan
25
2012

Guna Facebook Untuk Kebaikan

Assalamualaikum.

Banyak perkara yang telah berlaku kat facebook pada hari ini. Kita mungkin selalu mendengar orang kata yang facebook ini boleh membawa banyak keburukan kepada seseorang. Saya tidak nafikan, betul juga facebook ni boleh membawa banyak keburukan. Tapi facebook juga boleh membawa banyak kebaikan. Dalam hal ini kita boleh lihat facebook tidak bersalah atas alasan boleh membawa keburukan. Tapi orang yang menggunakan facebook itu sebenarnya yang telah menyalahgunakan facebook.

Banyak orang menyalahgunakan facebook untuk tujuan tidak baik. Kita yang menggunakan facebook perlu sentiasa berhati-hati kerana banyak juga perkara buruk boleh berlaku di facebook. Terutamanya jika anda seorang wanita. Anda perlu lebih berhati-hati. Bukan semua perkara anda perlu kongsikan di facebook.

Jan
23
2012

Teruskan Berusaha, Jangan Berputus Asa

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ianya adalah merupakan proses kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.

Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di masa hadapan nanti.

Dec
31
2011

Tips Untuk Mendapat Kejayaan

Assalamualaikum.

Tahun baru 2012 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012. Kita mengharapkan lebih banyak kejayaan dalam hidup kita pada tahun baru 2012 nanti.

Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Untuk penulisan yang ringkas pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini.