Sedar tidak sedar begitu cepatnya masa berlalu. Ni pun baru nak sedar. Sebabnya mungkin saya sedikit sibuk dengan bermulanya semester 4 di universiti yang baru masuk awal tahun ini. Seseorang itu mampu untuk melakukan apa saja perkara yang mereka inginkan jika mereka mempunyai matlamat dan yakin mereka boleh untuk melakukannya.
Sebagai manusia kita telah dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Sebagai seorang manusia juga kita sudah tentu sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan tidak lupa juga di akhirat. Untuk menjadi orang yang berjaya anda perlulah mempunyai matlamat yang jelas yang akan dapat memberikan dorongan kepada anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya di masa hadapan.
Bina Matlamat
Disini saya akan mengambil contoh dalam konteks seorang pelajar kerana saya masih lagi belajar semasa sedang menulis artikel ini. Sebagai seorang pelajar anda perlu membina matlamat anda pada masa sekarang apa anda ingin jadi pada masa hadapan. Ini kerana ianya akan memberikan motivasi kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Dengan ada matlamat sendiri anda tidak akan terikut-ikut dengan orang lain. Anda akan lakukan apa yang anda mahukan.
Persiapan Matlamat
Untuk mencapai matlamat itu sudah tentu anda perlu lakukan persiapan untuk berjaya mengecapinya. Bukan hanya dengan berdiam diri tanpa melakukan sebarang usaha. Sebagai seorang pelajar, anda perlu belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana orang lain tidak akan mengubah nasib anda jika anda sendiri yang tidak melakukannya. Persiapkanlah diri anda untuk mencapai matlamat anda pada masa hadapan.
Jangka Masa matlamat
Untuk mencapai matlamat yang diimpikan bergantung kepada masa. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat. Bagi seorang pelajar, matlamat masa hadapan sudah tentu ingin mendapat pekerjaan terbaik yang sesuai dengan minat mereka. Walaupun masa untuk untuk berada pada masa tersebut adalah sekejap saja atau lama, ianya tidak boleh disia-siakan kerana setiap masa yang ada itu adalah sangat berharga.
Usaha ke arah matlamat
Inilah perkara utama yang mesti dilakukan untuk mengecapi matlamat yang anda impikan iaitu dengan berusaha. Kerana dengan usaha barulah anda akan mendapat hasil seperti yang anda harapkan. Sejak kecil lagi anda telah diasuh untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita apabila dewasa kelak. Cita-cita itulah matlamat yang selalu anda letakkan dalam diri untuk berjaya. Ianya memberi dorongan kepada anda untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.
Sebagai seorang pelajar, saya mempunyai matlamat hidup saya sendiri apa yang saya ingin lakukan pada masa hadapan. Saya yakin anda juga mempunyai matlamat hidup anda sendiri juga pada masa hadapan. Jadi, sama-samalah kita berusaha supaya matlamat yang kita impikan akan menjadi kenyataan pada masa hadapan. Selepas berusaha kita hanya mampu bertawakal kerana Allah yang akan menentukan segalanya.
Suka sangat penulisan cik.
Perkongsian yang bermanfaat
Terima kasih ya