l

Archive for 'Kerjaya'

Ramai Graduan Kejuruteraan Bakal Menganggur

Ramai Graduan Kejuruteraan Bakal Menganggur

BERKONGSI cerita tentang graduan sukar mendapat pekerjaan dalam industri bukan lagi suatu perkara baharu. Masalah ini dilihat sukar untuk diselesaikan.

Apakah jumlah pekerjaan tidak mencukupi iaitu pihak berwajib gagal menyediakan peluang pekerjaan atau graduan muda kekurangan kemahiran untuk memenuhi kehendak pasaran kerja. Atau juga graduan terlalu memilih pekerjaan.

Laporan oleh syarikat penilaian kebolehpasaran di beberapa negara di Asia mendapati lebih 80 % graduan bidang kejuruteraan tidak mempunyai kemahiran teknologi baharu diperlukan oleh majikan.

Hal ini turut sama berlaku di Malaysia. Tidak kira apa bidang kemahiran, graduan sukar mendapatkan pekerjaan.

Statistik yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyatakan lebih 50,000 graduan gagal dalam persaingan kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan.

Lepasan-lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang profesional seperti kejuruteraan ‘terpaksa’ membuat kerja selain bidang mereka untuk menyara hidup.

Ada pihak menyifatkan negara ini sudah membazirkan sejumlah jurutera dan lepasan IPT yang sukar mendapat pekerjaan sesuai.

Peluang kerjaya ternyata tidak menunggu mereka.Beberapa perkara utama dikenalpasti daripada laporan pekerjaan sebagai jurutera:

1. Laporan menyatakan bahawa hanya 3.84 % jurutera mempunyai kemahiran teknikal, kognitif dan linguistik yang diperlukan untuk pekerjaan berkaitan perisian pada peringkat permulaan.

2. Hanya 3 % daripada jurutera mempunyai kemahiran teknologi baharu di kawasan yang kini berkembang pesat seperti artificial intelligence, machine learning, data science dan mobile development.

3. Oleh itu, hanya 1.7 % daripada jurutera mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan baharu.

4. Laporan ini turut memberi sebab utama untuk kebolehpasaran menurun kerana hanya 40 % siswazah kejuruteraan melakukan latihan industri, sementara terdapat hanya 7 % yang melakukan pelbagai latihan.

5. Selain kekurangan latihan, jurutera juga mempunyai kebolehpasaran yang rendah kerana hanya 36 % melakukan projek di luar kurikulum mereka.

Oleh itu, mereka tidak selalu membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi.

6. Satu lagi masalah yang menambah rendahnya kebolehpasaran jurutera adalah bahawa subjek diajar dengan cara yang sangat teori sahaja – 60 % fakulti tidak memberi penekanan tentang penerapan konsep dalam industri dan hanya 47 % daripada jurutera mengikuti seminar berkaitan dalam industri.

Oleh itu, graduan perlu bijak mengambil segala peluang yang ada sebagai langkah awal untuk masa depan.

Sebagai contoh, graduan dalam bidang kejuruteraan tidak semestinya menjadi jurutera.

Kesediaan graduan dalam mengatasi ketidakbolehpasaran antaranya mereka perlu bersedia untuk mentransformasi diri dengan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang ada sepenuhnya untuk majikan.

PROF. EMERITUS TAN SRI SAHOL HAMID ABU BAKAR ialah Naib Canselor Crescent University, Chennai, India dan profesor pakar tebatan banjir di University of Stuttgart, Jerman.

Sumber: Utusan Online

Posted in: Kerjaya

Leave a Comment (0) →

Sila Baca 7 Panduan Menguruskan Kewangan Ini Jika Anda Baru Mula Bekerja

Sila Baca 7 Panduan Menguruskan Kewangan Ini Jika Anda Baru Mula Bekerja

Tahniah diucapkan kepada anak muda yang baru menghadapi scene baling topi konvokesyen ke udara secara berjemaah.

Sekarang sudah masanya korang memulakan hidup sebagai pekerja. Mulakan dengan membuat pelan dan menguruskan kewangan sendiri.

Antaranya;

1. Mulakan Dengan Menyimpan Pendapatan 

Apabila dah dapat gaji sendiri terus mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Janganlah nak tunggu gaji tinggi baru nak belajar menyimpan. Simpan RM100 sebulan pun okay. Kalau tak mampu sangat, simpan la sebulan RM50 sebagai permulaan.

2. Merangka Bajet

Belajarlah merangka bajet untuk mengetahui kemana duit korang akan pergi.

Pandai-pandai koranglah merangka perbelanjaan bila dah dapat gaji. Tapi ingat, bila buat bajet tu kena ikut kemampuan sendiri, bukan ikut kemampuan orang lain ye.

3. Monitor Perbelanjaan 

Dah ada bajet kewangan, korang kenalah pantau dan pastikan tidak terlalu lari daripada bajet. Kalau bulan ni kantoi, bulan depan korang kena bagi mantap balik. Ini tidak, setiap bulan rabak, susah jugek. Tambah-tambah lagi bila nak pujuk makwe merajuk. Korang terpaksa beli barang yang mahal.

Jangan pandai buat bajet je tapi tak guna. Jangan jadikan bajet korang hanya sebagai hiasan.

4. Mulakan Melabur

Mulakan melabur di instrument pelaburan yang diyakini. Duit korang boleh cepat bertambah. Boleh mula di TH ataupun ASB. Nak melabur guna ASBF boleh juga. Kumpul duit deposit rumah dengan tool ASBF. Korang boleh disiplin menyimpan. Jangan masuk skim cepat kaya dah la ye.

5. Rancang Matlamat 

Rancanglah matlamat masa hadapan. Sediakan pelan untuk 3, 5, 10 tahun akan datang dan pelan jangka panjang. Kalau takde perancangan susah korang nak nampak apa yang korang nak capai pada tahun-tahun mendatang.

If you fail to plan, you plan to fail. Jadi, fikir-fikirkanlah.

6. Tangguhkan Kehendak

Siapa yang tak nak naik kereta mewah, pakai baju berjenama, ber-selfie depan cermin tandas sambil pegang IPhone X ataupun lepak dekat pondok teduh di Pulau Bora-Bora kan?

Tapi ingatlah, tak rugi kalau korang tangguhkan seketika segala impian tu. Gaji korang mungkin rendah lagi sebab baru je bekerja. Lagi 5-10 tahun bila gaji korang dah kencang beli lah apa yang korang nak beli pun.

7. Perlindungan Takaful Dan Tabung Kecemasan

Peruntukkan sedikit kewangan korang untuk membuat dana perlindungan diri sendiri. Kalau korang dah buat takaful di usia muda, bayaran bulanan lagi murah dan rendah. Korang juga buatlah tabung kecemasan untuk menghadapi saat-saat yang getir serta berliku. Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Tuhan.

*

Di samping itu, korang kena ELAKKAN;

1. Beli Kereta Mewah Sebagai Kereta Pertama 

Kalau korang gaji RM2000 lebih, tapi dah nak pakai Honda Civic susah lah. Takkan beli sekadar nak pakai bawa makwe jalan-jalan je. Tapi pergi kerja naik bas. Punya tak de bajet nak isi minyak kereta. Korang beli kereta biasa pun okay. Beli kereta terpakai dulu. Kalau korang anak lelaki naik motosikal pun best. Masa hujan boleh merapatkan ukhuwah bersama brader-brader motor di bawah jambatan sambil berkongsi makan biskut Chipsmore.

2. Guna Kad Kredit 

Kalau asyik guna kad kredit tapi tak pernah bayar penuh setiap bulan, baik berhenti daripada guna kad kredit. Kad kredit boleh dikatakan pembunuh senyap pengurusan kewangan korang.

3. Jadi Penjamin Pinjaman

Kalau pak sedara sebelah awek korang nak jadikan korang penjamin pembiayaan peribadi dia, korang tolak lah mentah-mentah tanpa perlu berfikir panjang. Bukan apa, banyak kes orang jadi penjamin ni selalu tersempit dan terhimpit.

4. Pinjam Duit Bank Untuk Kahwin

Bila korang dah rancang nak kahwin lepas habis universiti tu, kalau boleh tak payah lah pinjam duit bank. Pandai-pandai korang lah. Nak buat ASB ke, simpan dekat Tabung Haji ke. Kumpul sendiri ataupun pinjam duit adik-beradik sendiri.

***

Jangan lupa nak bayar balik PTPTN tu. Karang korang nak pergi travel dekat Maldives ke, Bandung ke akan tersekat. Masa tu mulalah nak benci ke PTPTN. Masa nak sain borang PTPTN tunggu lama pun takpe, janji dapat duit PTPTN.

Perjalanan kerjaya dan liku-liku kehidupan korang masih panjang. Jangan mudah putus asa dan mudah berpuas hati dengan prestasi semasa. Keluar daripada zon selesa dan belajarlah ilmu baru setiap hari.

Perangai nak emo bila tengok pakwe bluetick mesej WhatsApp tapi tak balas tu korang dah boleh kena kikis dah. Kena mula berfikir di luar kotak. Kah!

SHARE jika bermanfaat. TAG adik-adik, kawan-kawan, yang baru konvo. ?

Sumber : Amir Syahir

Posted in: Kerjaya, Tips

Leave a Comment (0) →

Rahsia Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

berjaya dalam peperiksaan ptd

Salam sejahtera.

Ramai calon yang akan mengambil Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada setiap tahun. Mengikut statistik pada tahun-tahun yang lepas, ramai calon yang gagal kerana mereka tidak bersedia dengan baik untuk mengambil peperiksaan PTD ini. Diantara beberapa sebab kenapa mereka gagal adalah kerana:

1) Mereka tidak berusaha untuk peperiksaan ini. Anda mungkin pernah jumpa orang yang tak nak buat apa-apa kerana mereka ingat peperiksaan ini sangat mudah kacang goreng sahaja. Mereka tak buat persediaan secukupnya sebab mereka ingat pengetahuan mereka sebagai graduan universiti sudah pun mencukupi.

Posted in: Ebook, Kerjaya, Panduan

Leave a Comment (2) →

Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Pihak SPA dah buat panggilan untuk kemasukan kerja kerajaan tahun 2015 bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27. Adakah nama anda dipanggil untuk mengisi jawatan tersebut? Anda boleh terus membuat semakan di laman web SPA melalui link dibawah ini:

Semakan SPA –> http://e-semakan.spa.gov.my/jadual/

Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 adalah secara online. Ia tidak sama format dengan peperiksaan offline seperti yang diadakan sebelum ini. Peperiksaan kali ini dibahagikan kepada tiga seksyen.

Posted in: Kerjaya, Panduan

Leave a Comment (0) →

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

ads-001

Bagi anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut. Sebagai langkah persediaan, kami akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon yang pernah hadir temuduga Separa Perubatan baru-baru ini.

Perlu anda ingat bahasa tips menghadapi temuduga Separa Perubatan ini hanya boleh dijadikan panduan asas sahaja. Maklumat sebenar bergantung kepada panel yang bakal menyoal anda. Oleh itu jadikan maklumat ini sebagai asas persediaan temuduga Separa Perubatan yang bakal anda hadapi.

Posted in: Kerjaya

Leave a Comment (0) →

Tips Untuk Menghadapi Temuduga

Salam sejahtera.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga, ia bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.

Posted in: Informasi, Kerjaya, Panduan

Leave a Comment (0) →

Destinasi Kerjaya Bagi Lepasan SPM

Assalamualaikum.

Artikel ini ditulis khas untuk bacaan pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan informasi ke mana destinasi dan hala tuju pemilihan kerjaya mereka selepas SPM. Saya tahu ramai mereka diluar sana juga pasti mempunyai kenalan atau saudara yang lepasan spm. Jadi jika anda seorang pelajar lepasan spm, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang saya kongsikan dalam artikel ini. Baca sehingga habis ya.. 🙂

Ramai di antara rakan-rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya yang terkini.

Posted in: Kerjaya, Panduan, Tips

Leave a Comment (0) →

Kerjaya Yang Ditawarkan Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Posted in: Informasi, IT, Kerjaya

Leave a Comment (62) →