Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Pihak SPA dah buat panggilan untuk kemasukan kerja kerajaan tahun 2015 bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27. Adakah nama anda dipanggil untuk mengisi jawatan tersebut? Anda boleh terus membuat semakan di laman web SPA melalui link dibawah ini:

Semakan SPA –> http://e-semakan.spa.gov.my/jadual/

Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 adalah secara online. Ia tidak sama format dengan peperiksaan offline seperti yang diadakan sebelum ini. Peperiksaan kali ini dibahagikan kepada tiga seksyen.

Seksyen A – Pengetahuan AM

Soalan-soalan yang di ajukan adalah soalan yang berkaitan dengan jawatan Penolong Pegawai Penerangan, kerajaan, dan juga isu-isu semasa.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Pada seksyen ini, calon-calon akan di uji dengan soalan-soalan yang berkaitan pengiraan. Kemahiran asas matematik tahap SPM di perlukan. Tajuk soalan berkisarkan :

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterapsikan Data
  • Konsep Matematik

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Calon tidak perlu terkejut dengan seksyen ini, kerana soalan pada seksyen ini lebih berkisar kepada cara anda membuat keputusan dan berfikir, dan juga keperibadian anda.

Persediaan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Apa yang perlu anda sediakan untuk menghadapi peperiksaan online ini ialah sebuah laptop atau komputer dan mesti mempunyai talian internet yang laju semasa peperiksaan online dijalankan.

Persediaan perlu dibuat dengan rapi sekiranya calon mahu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini. Ramai yang menganggap senang je nak jawab exam online ni. Boleh tengok buku atau boleh google je semasa tengah exam. Kami nasihatkan jangan cepat rasa selesa dengan alasan tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul semasa hari exam, anda perlu bersedia dengan lebih awal dari segi ilmu pengetahuan. Ini bagi mengelakkan anda kelam kabut semasa tengah exam online.

Jika bersedia dengan lebih awal maka peluang anda untuk lulus dan berjaya akan lebih cerah. Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 melalui laman web dibawah. Klik pada gambar banner dibawah untuk dapatkan rujukan anda dengan segera sebelum tibanya hari exam.