Salam sahabat semua,
Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam
pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.
Bidang sains komputer adalah bidang yang sangat seronok untuk dipelajari. Saya berkata begitu adalah kerana saya adalah seorang pelajar IT atau sains komputer. Dan saya juga tahu walaupun anda tidak belajar tentang komputer tapi anda sudah semestinya suka menggunakan komputer kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan komputer ni. Memang best ada komputer atas dunia ni, kalau tidak ada tak tahu la nak kata macam mana..betul tak?hehe
Bagi anda yang sudah tahu, bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Ianya adalah termasuk sama ada dari segi perkakasan ataupun perisian. Seseorang yang sangat pakar dalam bidang perkomputeran akan digelar sebagai saintis komputer. Ini kerana bidang perkomputeran juga adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang sains lain.
Pada masa yang sama juga bidang sains komputer juga bukannya satu bidang yang hanya duduk terperap di dalam bilik menghadap komputer semata-mata. Itulah yang biasanya dianggap oleh ramai orang termasuk juga anda barangkali. Tapi bidang sains komputer juga tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan bermasyarakat dan bidang ini mempunyai aspek yang sangat luas dan banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia.
Antara ilmu yang paling penting yang terdapat dalam bidang sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan komputer ataupun anda biasa dengar dipanggil programming. Bahasa pengaturcaraan komputer adalah bahasa yang digunakan untuk menulis didalam perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan adalah C, C++, dan juga java. Bahasa pengaturcaraan yang saya belajar adalah bahasa java. Agak memeningkan tetapi seronok kalau dah dapat faham konsepnya.
Dalam bidang sains komputer ini banyak cabang dan peluang pekerjaan yang anda boleh diceburi. Antaranya seperti seni reka bentuk komputer dan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun programmer, perkomputeran linguistik dan kejuruteraan perisian. Sejajar dengan teknologi terkini yang semakin berkembangan, maka tidak hairanlah jika permintaan dalam indusri perkomputeran ini adalah sangat tinggi. Manakala bagi anda yang mempunyai kelayakan ataupun kepakaran, anda akan mudah menjadi perhatian dan sangat diperlukan oleh banyak syarikat dan agensi.
Sebagai kesimpulan, bidang sains komputer ini adalah sangat meluas sebenarnya dan bukan hanya terbatas dengan duduk dihadapan komputer semata-mata. Pada masa sekarang juga, penggunaan internet adalah menjadi suatu kewajipan dalam setiap kehidupan harian individu dan juga organisasi. Ini kerana internet ini telah memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Bahkan bagaikan tidak lengkap jika hidup pada masa sekarang ini tanpa internet agaknya.. Oh ya, jangan nampak komputer hanya desktop, laptop atau yang seumpamanya saja. Banyak benda-benda lain yang menjadi kegunaan seharian anda contohnya seperti telefon bimbit juga adalah teknologi komputer.
Thank you. Saya dah apply course sc comp kat one of the ipta. And still ragu2 dgn course ni. And after i read this blog. It help me gain more trust and encourage me to know further abt comp. Thank you senior ?
salam.nice info !!! tp stil ragu2 dgn kos ni.mgkin disebabkan termakan kata2 org yg sc o it dh blambak penganggur.tp bla pkir blek rzki dri Allah.cmne ea?sy buntu nk trima kos sofware engineering atw buat rayuan untuk kos lain.sbb ad yg perlekeh tntg kos yg sy dpt sbb kta mreka result matrik sy lyak untuk mohon kos yg lain yg lg hbat.ntahlah.mohon encik blog bri pndpt ye.sy mnat dgn kos ni cuma risau akn kesusahn dn peluang pkrjaan nti.kos ni mmg susah tp suma bnda susah actually klo hati kta mgatakan ia susah.bdw encik blog blajar mne?mgkin ap2 tntg kos ini sy bleh rjuk encik blog…
salam. nak tanya sikit laa.
sekarang mcm dok pening2 lagi dalam usaha nak pilih kos utk degree.
mase kat matrik dulu ade org utm penah dtg promot kos SC ni.
minat mungkin ade sikit tp xtau laa dpt ke x kos ni nnt.
juz nk tny kalau dari zero laa pasal bende ni agak2 bole survive x ?
sbb programming tu mcm susah je ?
plus dulu penah belaja pasal animasi tapi mcm susah nak tngkap. tu yg mcm agak dlm dilema nak pilih kos neh.. >.<
emm sy bkal mlnjutkn pljrn dlm kos sains kmputer nie…
ad owg ckp kos nie xmnjmin mse dpn…
susa nk dpt keje ble da abz nt…
skg sy jd trtkan ble dga ckp owg..
sy agk brminat tp mslahny skg sy tkot tidak mndpt twrn keje mmndgkn rmai graduate dari kos nie msih mengangur tnpa sbrg pkrjaan….