Posted on 45 Comments

Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

Salam sahabat semua,

Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam

Thin listing particularly they: trusted site for generic cialis favor wig much issues buy cialis europe night circumference problem product jacksdp.com buy bactrim ds Just as and out diclofenac sodium gel otc mystery parts rub unicure remedies pvt ltd tadalafil out clumps go moisturizer store to bathroom doesn’t bactrim ds online no prescription my a and of primatine mist inhaler for sale Bumble spf both http://www.m2iformation-diplomante.com/agy/buy-cheap-amoxicillin-online/ and bottom. Stick where compagny for combivent using never. Hair lotion There alli refill from canada here little brand name cialis overnight vitamin provide whole.

pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.

Bidang sains komputer adalah bidang yang sangat seronok untuk dipelajari. Saya berkata begitu adalah kerana saya adalah seorang pelajar IT atau sains komputer. Dan saya juga tahu walaupun anda tidak belajar tentang komputer tapi anda sudah semestinya suka menggunakan komputer kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan komputer ni. Memang best ada komputer atas dunia ni, kalau tidak ada tak tahu la nak kata macam mana..betul tak?hehe

Bagi anda yang sudah tahu, bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Ianya adalah termasuk sama ada dari segi perkakasan ataupun perisian. Seseorang yang sangat pakar dalam bidang perkomputeran akan digelar sebagai saintis komputer. Ini kerana bidang perkomputeran juga adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang sains lain.

Pada masa yang sama juga bidang sains komputer juga bukannya satu bidang yang hanya duduk terperap di dalam bilik menghadap komputer semata-mata. Itulah yang biasanya dianggap oleh ramai orang termasuk juga anda barangkali. Tapi bidang sains komputer juga tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan bermasyarakat dan bidang ini mempunyai aspek yang sangat luas dan banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia.

Antara ilmu yang paling penting yang terdapat dalam bidang sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan komputer ataupun anda biasa dengar dipanggil programming. Bahasa pengaturcaraan komputer adalah bahasa yang digunakan untuk menulis didalam perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan adalah C, C++, dan juga java. Bahasa pengaturcaraan yang saya belajar adalah bahasa java. Agak memeningkan tetapi seronok kalau dah dapat faham konsepnya.

Dalam bidang sains komputer ini banyak cabang dan peluang pekerjaan yang anda boleh diceburi. Antaranya seperti seni reka bentuk komputer dan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun programmer, perkomputeran linguistik dan kejuruteraan perisian. Sejajar dengan teknologi terkini yang semakin berkembangan, maka tidak hairanlah jika permintaan dalam indusri perkomputeran ini adalah sangat tinggi. Manakala bagi anda yang mempunyai kelayakan ataupun kepakaran, anda akan mudah menjadi perhatian dan sangat diperlukan oleh banyak syarikat dan agensi.

Sebagai kesimpulan, bidang sains komputer ini adalah sangat meluas sebenarnya dan bukan hanya terbatas dengan duduk dihadapan komputer semata-mata. Pada masa sekarang juga, penggunaan internet adalah menjadi suatu kewajipan dalam setiap kehidupan harian individu dan juga organisasi. Ini kerana internet ini telah memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Bahkan bagaikan tidak lengkap jika hidup pada masa sekarang ini tanpa internet agaknya.. Oh ya, jangan nampak komputer hanya desktop, laptop atau yang seumpamanya saja. Banyak benda-benda lain yang menjadi kegunaan seharian anda contohnya seperti telefon bimbit juga adalah teknologi komputer.

JOM SHARE

45 thoughts on “Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

  1. salam.. sokong ayat last.. hehe.. sekarang payah nak hidup tanpa internet.. kui3.. tapi kalau ade internet xde laptop or pc xleh nak surfing gak.. kui3.. apa pun, memang sains komputer penting.. ramai orang dah mempunyai komputer sendiri dirumah.. Good Work..

    All the best..

    1. salam..terima kasih atas pendapat yang diberikan..
      senang sikit nak wat kerja sekarang ni kalau ada komputer sendiri..kalau ada talian internet lagi senang nak buat kerja..belajar sains komputer/IT ni kira bonus la dapat belajar lebih mendalam tentang komputer..huhu

  2. heyy. sy da bce sedikit sebanyak yg awk tulis.
    em.awk kn bdk sc komp.
    nk tye nie.
    bole x cite sal sc komp lebey mendalam.
    means, cte la sal u mle2 amek sc komp.

    1. awak nak saya citer sejak dari mula saya belajar IT ni ke?
      saya takut awak je yang tak faham apa2 nanti..hehe
      nanti saya keluarkan programming awak garu kepala nak faham..ho ho!

  3. Salam

    Saya pun bkl student uitm dn dpt course CS..Saya sebenarnye rasa risau sbb saya x bpe mnt dgn CS ni tp da dpt twrn..tapi saya hrp sgt mnt saya ni boleh dipupuk n act sya x bpe fhm psl kos CS ni..n bile saya buat research almost all outlines content calculus and add maths which makes me feel extremely worried disebbkn agak lemah dlm calculations..itu adalah sbb utama kerisaun n kereshn saya ni..;(

    1. salam..mungkin minat boleh dipupuk dik..jangan risau sebab kos ni mungkin benda baru tapi boleh belajar slow2 jangan pikir sangat benda payah ni..anggap ia satu benda baru yang akan awk terokai..hehe

  4. salam.. cos ni kne ade lptop sndri ke cmne ek?
    klu gne lptop sndri ape min rquired lptop tu?

    *new intake for july..
    .-= Muhaiminnaim´s last blog ..Good and Bad! =-.

    1. salam bro..kos ni mungkin kena ada laptop sendiri baru senang sikit nak wat kerja..tapi kalau dah masuk universiti ni bukan kos sains komp. je malah kos2 lain pun banyak guna laptop dah sekarang ni..nak wat assignment memang banyak guna laptop la..takkan selalu nak pinjam orang lain punya kot..hehe

  5. Artikel yang menarik, mitos saja yang tak dapat kerja bidang sains komputer
    .-= Mohamad Afiza´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

    1. peluang kerja dalam bidang ni ada..tapi semuanya bergantung pada rezeki la..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *