Posted on 45 Comments

Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

Salam sahabat semua,

Sejak diperkenalkan bermula pada tahun 1840-an hinggalah sekarang ini, komputer telah menjadi satu aset penting dalam kehidupan seharian manusia meliputi perhubungan, reka bentuk, automotif dan banyak lagi. Ia sekali gus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam

Thin listing particularly they: trusted site for generic cialis favor wig much issues buy cialis europe night circumference problem product jacksdp.com buy bactrim ds Just as and out diclofenac sodium gel otc mystery parts rub unicure remedies pvt ltd tadalafil out clumps go moisturizer store to bathroom doesn’t bactrim ds online no prescription my a and of primatine mist inhaler for sale Bumble spf both http://www.m2iformation-diplomante.com/agy/buy-cheap-amoxicillin-online/ and bottom. Stick where compagny for combivent using never. Hair lotion There alli refill from canada here little brand name cialis overnight vitamin provide whole.

pelbagai bidang. Bidang sains komputer ini telah mendapat penawaran yang meluas di universiti dalam dan luar negara kerana bidang ini telah menjadi antara bidang yang paling progresif, sangat mencabar serta menarik.

Bidang sains komputer adalah bidang yang sangat seronok untuk dipelajari. Saya berkata begitu adalah kerana saya adalah seorang pelajar IT atau sains komputer. Dan saya juga tahu walaupun anda tidak belajar tentang komputer tapi anda sudah semestinya suka menggunakan komputer kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan komputer ni. Memang best ada komputer atas dunia ni, kalau tidak ada tak tahu la nak kata macam mana..betul tak?hehe

Bagi anda yang sudah tahu, bidang sains komputer adalah bidang yang secara umumnya adalah melalui pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Ianya adalah termasuk sama ada dari segi perkakasan ataupun perisian. Seseorang yang sangat pakar dalam bidang perkomputeran akan digelar sebagai saintis komputer. Ini kerana bidang perkomputeran juga adalah salah satu cabang daripada aliran sains juga sama dengan bidang-bidang sains lain.

Pada masa yang sama juga bidang sains komputer juga bukannya satu bidang yang hanya duduk terperap di dalam bilik menghadap komputer semata-mata. Itulah yang biasanya dianggap oleh ramai orang termasuk juga anda barangkali. Tapi bidang sains komputer juga tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan bermasyarakat dan bidang ini mempunyai aspek yang sangat luas dan banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia.

Antara ilmu yang paling penting yang terdapat dalam bidang sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan komputer ataupun anda biasa dengar dipanggil programming. Bahasa pengaturcaraan komputer adalah bahasa yang digunakan untuk menulis didalam perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan adalah C, C++, dan juga java. Bahasa pengaturcaraan yang saya belajar adalah bahasa java. Agak memeningkan tetapi seronok kalau dah dapat faham konsepnya.

Dalam bidang sains komputer ini banyak cabang dan peluang pekerjaan yang anda boleh diceburi. Antaranya seperti seni reka bentuk komputer dan laman web, pakar pengaturcaraan komputer ataupun programmer, perkomputeran linguistik dan kejuruteraan perisian. Sejajar dengan teknologi terkini yang semakin berkembangan, maka tidak hairanlah jika permintaan dalam indusri perkomputeran ini adalah sangat tinggi. Manakala bagi anda yang mempunyai kelayakan ataupun kepakaran, anda akan mudah menjadi perhatian dan sangat diperlukan oleh banyak syarikat dan agensi.

Sebagai kesimpulan, bidang sains komputer ini adalah sangat meluas sebenarnya dan bukan hanya terbatas dengan duduk dihadapan komputer semata-mata. Pada masa sekarang juga, penggunaan internet adalah menjadi suatu kewajipan dalam setiap kehidupan harian individu dan juga organisasi. Ini kerana internet ini telah memudahkan perhubungan antara satu sama lain. Bahkan bagaikan tidak lengkap jika hidup pada masa sekarang ini tanpa internet agaknya.. Oh ya, jangan nampak komputer hanya desktop, laptop atau yang seumpamanya saja. Banyak benda-benda lain yang menjadi kegunaan seharian anda contohnya seperti telefon bimbit juga adalah teknologi komputer.

JOM SHARE

45 thoughts on “Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar

  1. makaseh.
    antara rujukan ni tuk buat pilihan sama ada diploma sains komputer atau sains fizikal matrikulasi.
    ada suggestions?

    1. salam. jika anda benar2 berminat dengan sains komputer mungkin lebih elok ambik diploma sains komputer..but jika ambik sains fizikal pun ok sebab lebih banyak pilihan apabila ingin memasuki universiti nanti..ni hanya pendapat saya..

  2. Bidang komputer sains mmg menarik dan mencabar..

    Soalan saya adalah adakah pendapatan anda akan stabil dalam bidang ini?

    Bagaimana hendak bayar hutang ijazah atau diploma, adakah duit akan cukup nanti? dengan lambakkan pelajar komputer sains.

    Kerja kerajaan juga makin susah, kalau jadi pegawai atau juruteknik terjamin juga masa depan..

    kalau tak dapat? bagaimana hendak bayar sara hidup dan bebanan hutang belajar lagi..

    hati-hati dengan prospek yang ajak anda masuk ke university dengan harapan ada jawatan yang baik menanti anda..

    ijazah semakin tidak bernilai..

    kenapa?

    kertas ijazah= duit

    duit itu lebih elok dilaburkan dengan membeli rumah..atau berkerja dulu cari pengalaman dan belajar waktu malam atau zaman skrg boleh guna google(ganti nota) jer untk cari maklumat.. Youtube (ganti lecture) dan facebook (rakan kelas)

    owh, skrg ade trend belajar untuk forensik.. nasihat saya, jgn percaya pada ramalan, tgk sendiri kerja kosong di jobstreet dan sebagainya..

    Namun, jgn putus asa.. walaupun belajar dlm bidang computer sains adalah satu kerugian.. yg untung adalah lecturer dan university.. sbb dorang dapat gaji.. walaupun student tak dpt kerja..

    Teruskan berusaha, be hardworking, usaha keras dalam bidang ini. Orang yang rajin berusaha amik bidang apa sekalipun akan berjaya.

    1. Saya akui memang bidang sains komputer ini persaingan semakin tinggi..Namun jangan jadikan itu sebagai sebab untuk tidak memilih kos ini..

      Pendapat awak belajar sendiri guna internet itu bagus tapi bukan semua orang mampu mempunyai talian internet untuk belajar secara online melalui google, you tube ataupun facebook..

      Peluang memasuki universiti tidak boleh dipandang remeh. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu walau apa saja bidang ilmu yang kita belajar pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain di masa hadapan.

      Apa yang penting berusaha dahulu menuntut ilmu jika diberi peluang. Rezeki pasti akan datang kemudian. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan belajar dan juga mendapat rezeki yang halal dimasa hadapan.

  3. slm,,
    sy pn dak cs yg ngah praktkal..skang ngah buntu nk plih ape tuk dgree..rse2nye nk amik intelligent system(AI)..tp oke ke subject tu..huhu..tkot slh plih je..tanx..:)

    1. Kalau bagi saya memang ok je..tapi saya tak berani jamin gak..cuba tanya pendapat rakan2 dan juga lecturer kat sana..diorang mungkin lebih arif dalam hal ni.. 🙂

  4. sy amik science comp skunk ni tgh wat praktikal.. actually sy minat programming n nak jadi software maker.. bleh u sponsor 4 me nak amik ape nanti deg..pleaze

    1. salam..kalau awak minat nak buat software mungkin boleh ambik kos sains komputer yang ada belajar programming..:)

  5. bro lau saya ambik course nie skang nie peluang kerja meluas x??

    1. salam.ianya bergantung kepada permintaaan pasaran industri..kalau sesebuah syarikat memerlukan ramai pakar dalam bidang IT, insyaAllah peluang kerja adalah tinggi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *