Posted on Leave a comment

Hebatnya Pesawat Milik Presiden Rusia Vladimir Putin, Siap Ada Mini Gym & Bilik Tidur Hotel 5 Bintang

Presiden Rusia Vladimir Putin juga mempunyai pesawat khas yang luar biasa mewah. Khabarnya harga pesawat itu mencapai 390 juta Poundsterling atau setara RM 2.1 Billion. Menurut laman sesawang berita Australia, news.com.au, menyebut pesawat itu dinamakan sebagai IL-96-300PU.

Hebatnya pesawat ni….

1. Ibarat Seperti Istana Terbang

Rupa pesawat itu dari luar sememangnya nampak biasa sahaja, mirip pesawat penumpang yang lain. Tapi jika masuk ke dalam, sseolah-olah seperti masuk ke istana.

Tertanya-tanya bagaimana rupa “istana terbang” terbaru milik Putin ini? Jom kita intai ke dalam pesawat itu.

Jangan tak tahu, Putin boleh membuat perintah serangan dari pesawat ini. Ini bermakna, pesawat ini sama sahaja seperti istana presiden atau Kremlin. Perintah atau arahan seperti itu boleh dilaksanakan di dalam pesawat kerana ada sistem komunikasi yang super canggih. Dalam pesawat ini, ada ruang khusus yang sememangnya boleh digunakan membuat arahan kepada angkatan bersenjata Negeri Beruang Merah itu.

Pesawat ini juga dilengkapi dengan 87 telefon dan sistem video conference. Sewaktu Putin mahu adakan mesyuarat, dia boleh melakukannya terus, tanpa menunggu pesawat mendart dulu.

2. Ukiran Emas

Sekilas pandang, kabin pesawat ini mengenakan konsep rekaan interior neo-klasik. Seperti yang disebut di atas, interior pesawat ini mirip seperti dalam istana. Kabinnya benar-benar mewah, dengan dominasi warna beige. Ada juga panel kayu di beberapa sudut. Lebih mengagumkan, di setiap perabot-perabotnya disematkan dengan ukiran emas.

3. Dilengkapi Dengan Mini Gym

Bukan setakat itu sahaja, Putin masih boleh ada masa untuk workout dalam pesawat. Buktinya, ia dilengkapi dengan adanya mini gym!

Sememangnya Putin sangat menitikberatkan soal kecergasan dan kesihatan. Anda boleh lihat gambar dirinya yang aktif berkuda sambil tak berbaju yang menjadi tular di media sosial. Buat seseorang yang usianya sudah melebihi 60 tahun, Putin masih mempunyai postur badan yang bagus.

4. Bilik Tidur Hotel 5 Bintang

Interior bilik tidur dan bilik mandi di pesawat seluas 370 meter persegi itu juga mewah bak hotel 5 bintang. Warnanya pun senada dengan warna kabin. Bilik tidurnya terlihat sangat selesa. Lebih uniknya di bahagian bilik mandi, almarinya berwarna emas. Namun tidak dipastikan samaada emas asli atau tidak.

5. Ruang Isitirehat

Terdapat ruang isitirehat yang digunakan olehnya dan para kakitangan, atau menteri kalau mereka sama-sama menyertai kunjungan kenegaraan bersama presiden.

Seperti itulah isi pesawat Presiden Rusia yang khabarnya boleh mencapai kelajuan maksimum 901 km per jam.

Selain lima ruangan mewah tersebut, khabarnya dalamnya juga ada dua dapur yangtak kalah mewah dari restoran di hotel-hotel.

Namun pesawat ini bukanlah yang paling mahal setalat ini. Pesawat milik Presiden Mexico dinobatkan sebagai pesawat presiden termahal di dunia. Harganya mencapai RM2.4 Billion.

Sumber : Hangat.com

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *