Posted on 11 Comments

Tahun Baru Hosting & Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini  semoga kita akan dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ni sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana disebabkan oleh kesibukan pada penghujung semester 3 yang lalu kerana banyaknya assignment dan juga sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3. Dan baru-baru ini juga saya terpaksa format laptop kesayangan saya ni atas beberapa masalah yang dihadapi. Sekarang ini selepas format dah bertukar kepada Window 7 rasa ok sikit guna laptop ni. 🙂

Sedar tak sedar dah dekat setahun saya telah membeli domain www.layarsukses.com bagi blog ini. Selamat tahun baru juga bagi domain layarsukses.com. Baru-baru ni juga saya telah melakukan pembayaran tahunan bagi hosting dan domain yang dibeli dari syarikat hosting Netkl Network. Bagi anda yang masih tercari-cari hosting terbaik untuk blog atau laman web anda saya amat menyarankan anda untuk menggunakan perkhidmatan hosting dari syarikat hosting Netkl Network.

Ada banyak lagi sebenarnya syarikat hosting diluar sana yang menawarkan pakej hosting dan domain yang boleh dipilih sendiri oleh anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan hosting untuk blog atau laman web anda sendiri. Cuma  kalau nak cari yang benar-benar menawarkan perkhidmatan terbaik ni yang mungkin susah sikit. Sebab anda juga mungkin tidak mahu sebarang masalah timbul di kemudian hari kan.

Anda boleh dapatkan perkhidmatan hosting dari mana-mana syarikat hosting yang anda suka sama ada dari dalam atau luar negara kerana anda mempunyai banyak pilihan. Cuma disini saya menyarankan anda menggunakan perkhidmatan hosting dari Netkl Network kerana saya sendiri telah lama menggunakan perkhidmatan hosting dari mereka dan saya amat berpuas hati sepanjang menggunakan perkhidmatan hosting dari mereka.

Khidmat bantuan dan sokongan dari pihak Netkl Network juga sangat memuaskan hati saya. Ini kerana jika saya mempunyai apa-apa masalah saya akan terus menghantar email kepada pihak mereka. Dan jawapan yang mereka berikan kepada saya adalah tidak mengambil masa yang lama dan jawapan yang diberikan juga amat memuaskan hati saya. Segala proses yang saya lakukan dengan pihak mereka juga tidak mempunyai banyak kesulitan. Segala urusan dengan pihak mereka adalah sangat memuaskan hati saya.

Diharapkan dengan ketibaan tahun baru Hijrah ini akan dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada diri kita semua. Saya juga berharap yang dengan tahun baru ini akan dapat membawa lebih banyak kebaikan sepanjang saya menulis di blog  Layar Sukses ini. Bermula dengan tahun baru Hijrah inilah masanya untuk kita berhijrah supaya menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.




JOM SHARE

11 thoughts on “Tahun Baru Hosting & Domain

  1. selamat menyambut tahun baru islam..
    walau terlambat nak wish juga heee..

    maaf bayk sebab suri jarang kesini..kerja pejabat byk blog pun kekdang dpt free tgok..nak2 si kecik dah pandai nak menguis sana sini heee.

  2. ramai yg kata netkl ni pun antara hosting provider terbaik.. semoga semangat tahun baru memberi semangat baru dalam dunia blogging

    1. terima kasih bro..setakat saya pun banyak dengar netkl antara yg terbaik..semoga ia akan kekal sampai bila2..lepas renew hosting ni rasa ada semangat baru sikit nk terus blogging..hehe

  3. semoga hijrah kali ini lebih bermakna buat tahun yang baru ini… net kl memang terbaik… 🙂

    1. terima kasih bro..harap2 macam tu la tahun ni lebih baik dr tahun yang sebelumnya..betol tu netkl terbaik..

  4. jika windows 7 elok.
    guna lahdulu.

    1. setakat ni ok je saya guna window 7..

  5. salam singgah.. selamat berhijrah kearah yang lebih baik… wah nampak pantas je loading page ni…

    1. salam. sama2 kita berhijrah kearah yang lebih baik sempena tahun baru hijrah ini..kalo line ok pantas je loading page ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *