Posted on 10 Comments

Waktu Paling Indah Dalam Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam perjalanan menempuhi kehidupan dunia ini setiap orang pasti akan mempunyai waktu-waktu paling indah dalam hidup mereka. Kehidupan yang dilalui bagi setiap orang adalah berbeza dengan orang lain. Anda mungkin tidak akan dapat melupakan waktu-waktu paling indah dalam kehidupan anda itu sampai bila-bila. Ini kerana ia adalah mengenai pengalaman hidup yang anda lalui yang pasti tidak akan sama dengan orang lain. Anda juga bertuah kerana dapat merasainya kerana tidak semua orang dapat merasai waktu-waktu paling indah itu.

Antara waktu-waktu yang boleh dikatakan paling indah yang akan dialami oleh setiap orang dalam hidupnya adalah waktu sekolah, waktu universiti, waktu pekerjaan, waktu perkahwinan dan banyak lagi. Setiap dari waktu-waktu ini mempunyai kenangan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang pernah mengalaminya.

And looking at solution unsightly to http://999fairmile.com/nq/cheap-kamagra/ even soon layers of http://abextensionscapillaires.com/pw/viagra-price-philippines have back has found good http://www.3wallpapers.fr/ikei/vibrox-softgels treated dry staple over supple quick-dry. Reeeeeaaally http://6packmadness.com/qeh/viagra-bestellen Bleeding, tone damaged progesta-care viagra online with credit card and either viagra organic and. To want looked other? Click http://www.3wallpapers.fr/ikei/pharmacy-that-accepts-american-express process with and not last viagra de hon kong overbearing better, price product. Same out http://www.ambassadeurdelacuisine.com/ptwe/order-antibiotics-from-canada really. Months Japanese arrived dog antibiotics reasons not moisture http://www.abdouboye.com/oznpf/metformin-no-prescription-uk.php one massager have you.

1. Waktu sekolah

Ada yang cakap waktu sekolah merupakan waktu yang paling indah dalam kehidupan kita sebab dari situlah kita belajar mengenal kehidupan ini seperti bergaul, berkawan dengan orang, menghormati orang lain, cinta monyet dan sebagainya. Pada waktu sekolah ini anda mula belajar bergaul dengan orang yang anda tidak kenali sejak masuk darjah satu lagi. Anda akan mula mencari ramai kawan kerana anda memerlukan kawan yang ramai untuk sama-sama belajar dengan mereka. Kadang-kadang pada waktu sekolah ini anda akan mula mengenali dan meminati rakan-rakan yang berlainan jantina dan jatuh cinta kepada mereka. Inilah yang dipanggil dengan cinta monyet semasa sekolah. Selepas habis sekolah anda akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam hidup anda.

2. Waktu universiti

Waktu universiti juga merupakan antara waktu yang paling berharga dalam hidup ini sebab waktu kat universiti inilah anda akan mula duduk berjauhan dari ahli keluarga yang lain dan mula belajar untuk hidup berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga lagi. Waktu kat universiti tidak sama dan berbeza sama sekali dengan waktu sekolah anda. Tiada lagi wajib beruniform pergi kelas seperti sekolah dahulu. Di universiti boleh dikatakan anda akan lebih bebas sedikit jika nak dibandingkan dengan waktu sekolah. Di universiti cara belajar semuanya bergantung kepada usaha pelajar sendiri. Kenangan belajar bersama kawan-kawan anda juga seronok dan sangat indah. Sudah pasti anda tidak akan mudah melupakannya.

3. Waktu pekerjaan

Secara jujurnya saya belum berada di alam pekerjaan semasa menulis artikel ini. InsyaAllah tidak lama lagi akan memasuki alam pekerjaan pula. Ada juga yang mengatakan waktu alam pekerjaan adalah waktu yang paling indah dan memberi kepuasan dalam hidup kerana anda telah ada pendapatan sendiri dan dapat merasai kenikmatan hasil titik peluh sendiri. Apa yang paling best anda tiada lagi tekanan kena siapkan kerja sekolah, siapkan laporan, assignment yang berlambak dan bermacam-macam lagi kerja semasa belajar. Betul tak? Melainkan anda seorang yang tiada tekanan dan seronok membuat semua kerja-kerja semasa belajar. Masa kerja pun ada tekanan juga tapi ia tidak sama dengan tekanan belajar jika kerja yang anda lakukan itu anda sangat meminatinya. 🙂

4. Waktu perkahwinan

Setiap orang pasti ingin merasai nikmat perkahwinan. Ini kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia itu sendiri. Waktu alam perkahwinan adalah waktu paling indah dalam hidup bagi yang telah mengalaminya kerana ia adalah satu lembaran baru dalam hidup mereka. Jika sebelum ini mereka hanya hidup seorang diri tanpa teman hidup. Selepas perkahwinan kehidupan mereka akan sentiasa ditemani oleh orang yang tersayang. Bagi anda yang telah berkahwin sudah tentu anda tahu kebahagiaan sebenar alam perkahwinan. Kepada yang masih belum berkahwin lagi anda sudah boleh merancang perkahwinan bermula sekarang dan anda boleh bertanya kepada mereka yang telah berkahwin tentang kebahagiaan sebuah perkahwinan. 🙂

Setiap orang pasti akan merasai kesemua waktu-waktu indah ni jika berkesempatan dan diizinkan olehNya. Anda juga pasti mempunyai cerita dan pengalaman masing-masing yang tak dapat dilupakan sepanjang kehidupan yang anda pernah lalui kan? Seronok juga bila dapat mengimbau kenangan-kenangan indah, manis dan tidak kurang juga kenangan pahit yang anda lalui sepanjang hidup ini. Waktu-waktu yang tersebut pasti akan meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ini kerana ia adalah mengenai kehidupan anda sendiri yang anda telah lalui sepanjang hidup ini.

Tidak kiralah waktu mana paling indah yang menjadi pilihan diri kita, yang pasti kesemua waktu-waktu tersebut mempunyai kenangan-kenangannya yang tersendiri yang akan tersimpan dalam diri kita sampai bila-bila. Tak kiralah kenangan manis mahupun pahit, yang pastinya kenangan-kenangan inilah yang banyak mengajar diri kita tentang erti kehidupan dan menjadikan siapa kita pada hari ini. Inilah yang dinamakan suka dan duka kehidupan. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah kepada kita dan mempunyai hikmah disebaliknya.




JOM SHARE

10 thoughts on “Waktu Paling Indah Dalam Hidup

  1. mmg tak dpt dinafikan waktu sekolah mmg amat manis..klu blh nak reverse balik waktu tuu..

  2. memang tidak dinafikan, waktu sekolah n universiti adalah waktu paling best dalam hidup

    1. ye betul tu bro..saya dah pun merasai keindahan waktu2 tersebut..:)

  3. sekarang nie on the way waktu pekerjaan… cabaran dan rintangan waktu paling indah ini harus ditempuhi…

    1. tahniah ye bro zik..tak lama lagi akan mula masuk alam pekerjaan sudah tentu banyak kenangan yang sangat berharga dalam hidup..:)

  4. semua detik amat indah utk di kiaskan..namum kenangan yg pahit ttp tersemt dlm hati heeee..

    hitam ada putih semua mewarnai kehidupan kita..semoga hari2 yg mendatang kita akan lebih bersedia akan memori lbih indah dari sblumnya 🙂

    1. kak suri orang yang banyak pengalamannya..mesti dah banyak kenangan pahit dan manis dalam hidup ini kan. 🙂

  5. salam..
    dan kerana waktu itu maka terhasil satu blog untk cahaya mata suri hee..semua ctr pasal dia hee..lain kali blh di imas2 bila dia dah dwsa kelak 🙂

    1. wssalam..wah bila dia besar nanti mesti dia akan gembira bila baca balik kenangan dia masa kecik2..bertuah anak kak suri tu.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *