Posted on 3 Comments

Tarikh Dan Lokasi PC Fair 2011

Salam sejahtera.

Pada hari sabtu di hujung minggu ini saya telah berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa bersama kawan-kawan berkunjung ke PC Fair 2011 yang sedang berlangsung di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu pada 10-12 Mac 2011. Saya pun ada juga beli beberapa barang semasa berkunjung ke PC Fair ni. Memang meriah sambutan dari orang ramai di sini. Tapi setiap kali berlangsungnya PC Fair dimana-mana sahaja tempat sekalipun boleh dikatakan akan meriah sambutannya.

Bagi peminat-peminat barangan komputer inilah masanya untuk mereka mendapatkan apa saja barangan komputer yang mereka inginkan pada harga yang boleh dikatakan lebih murah berbanding dengan harga biasa. Anda boleh memilih apa saja barangan komputer yang anda inginkan pada harga yang lebih murah. Ianya bergantung kepada anda untuk memilih yang mana harga terbaik dari mana-mana kedai sebelum anda melakukan sebarang pembelian.

Disini saya juga ingin berkongsikan dengan anda tarikh dan lokasi PIKOM PC Fair 2011. Jika anda mempunyai masa bolehlah mengunjungi PC Fair 2011 di mana-mana lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

TARIKH & LOKASI PIKOM PC Fair 2011:

25-27 Februari 2011:
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.

4-6 Mac 2011:
Persada Johor Intโ€™l Convention Centre, Johor Bharu.
Sultan Ahmad Shah Intโ€™l Convention Centre, Kuantan.
Dewan Jubli Intan, Muar.

10-12 Mac 2011:
Kompleks Balai Islam, Kota Bharu.
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu.

11-13 Mac 2011:
1Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu.
Dewan Tunku, KOMTAR Dome, Penang.

15-17 April 2011:
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.
Batu Pahat Mall, Batu Pahat.
Village Mall, Sungai Petani.
Permata Car Park, Kuching.
Dewan Masyarakat, Tawau.

22-24 April 2011:
Dewan Masyarakat, Sandakan.
Miri Indoor Stadium, Miri.
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu.
Dewan Merdeka, Seri Manjung.

6-8 May 2011:
Penang Internetional Sports Arena (PISA), Penang.

19-21 May 2011:
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

20-22 May 2011:
Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Jika terdapat sebarang perubahan tarikh dan tempat adalah bergantung kepada pihak pengurusan PIKOM PC Fair 2011. Anda juga boleh terus merujuk ke laman web rasmi mereka http://www.pikom.my untuk mendapatkan apa saja informasi terkini mengenai PIKOM PC Fair 2011.

Kepada peminat-peminat dan kaki-kaki PC Fair jangan lupa untuk berkunjung ke mana-mana lokasi PC Fair yang berhampiran dengan tempat anda ya..Rugi kalau tak pergi PC Fair ni. ๐Ÿ™‚ Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

JOM SHARE

3 thoughts on “Tarikh Dan Lokasi PC Fair 2011

  1. tak pernah pergi pc pair , tringin juga nak pegi..

  2. salam sahabat..
    apa khabar?

    20-22 May 2011:
    Stadium Indera Mulia, Ipoh.

    pasni kesana mau cari speker heee ๐Ÿ™‚ mouse yang lebih mengancam ๐Ÿ™‚

  3. penat berjalan kat pc fair nie… rambang mata… tapi kalau duitnya pun takda… macam berbaloi pulak berjalan-jalan nih… apepun part paling akan cepat2… blah ialah, tempat internet, streamyx, celcom bb, p wimax dan sewaktu dengannya… huhhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *