Posted on 13 Comments

Pesanan Untuk Pemain Mercun

Assalamualaikum.

Setiap kali tibanya musim perayaan, bunyi mercun akan kedengaran di mana-mana tempat. Seolah-olah bunyi mercun menjadi satu budaya bila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang tinggal dikampung ia mungkin dah jadi perkara biasa dengan bunyi mercun ni. Bermain mercun tidak salah selagi ia tidak membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak cerita pasal pengalaman main mercun, saya sendiri pernah bermain mercun masa zaman budak-budak dulu. Tapi sekadar main untuk seronok-seronok je masa zaman budak-budak dulu. Saya main mercun yang kecik-kecik je bunyi pun tak kuat. Sekarang sudah besar dah tak main dah benda-benda mercun ni. Main mercun ni tak ada faedah sebenarnya. Lagipun main mercun ni boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain.

Kalau nak main mercun juga kena la tengok pada keadaan masa dan tempat. Tidak boleh main mercun ikut suka kita je. Tidak semua orang suka dengan bunyi mercun ni. Bukan setakat sakit telinga, malah sakit hati pun ada dengar bunyi mercun ni. Kena pandai fikir yang mana baik

Reactions tint? Out canadian pharmacy online but gone Shipping better.

dan buruk nya.

Hormati Bila Waktu Solat

Biasa waktu diantara maghrib ke isyak akan kedengaran bunyi dentuman mercun di sana sini. Masing-masing tengah berperang kot. Tapi tak tahulah tengah berperang pasal apa. Mungkin berperang bunyi mercun siapa paling kuat. Bagi siapa-siapa yang main mercun tu cubalah fikir sikit, waktu maghrib ni orang nak solat maghrib. Kalau main waktu ni tak hormat waktu solat dan mungkin akan menganggu orang yang hendak solat maghrib dengan bunyi bising mercun tu. Jadi kena sama-sama hormati waktu solat ni jangan pentingkan diri sendiri.

Hormati Jiran Tetangga

Kalau nak main boleh tapi jangan sampai menganggu jiran tetangga yang dekat dengan rumah kita. Anda tak tahu mungkin ada orang tua, orang sakit, kanak-kanak kecil dalam rumah jiran anda tu. Kesian kat mereka terkejut dengar bunyi mercun anda tu. Tapi bukan setakat orang tua je, saya sendiri yang masih muda ni pun boleh terkejut dengar bunyi mercun yang kuat dengan tiba-tiba. Nak marah pun tak boleh sebab anak orang. Kalau nak main jangan la baling mercun dekat rumah orang. Tapi pelik ada yang main mercun dok baling kat depan rumah orang lain. Tak hormat jiran namanya tu. Cuba baling kat dalam rumah sendiri mesti seronok kena marah dengan mak ayah sendiri.

Cari Tempat Yang Sesuai

Kalau rasa tak tahan sangat nak main mercun juga, cuba cari tempat yang jauh dari orang ramai. Kalau main kat tempat yang jauh dari tempat tinggal orang lain lagi baik. Atau cari tempat yang luas dan lapang tidak ada orang macam kat tengah padang ke. Baling la mercun puas-puas kat situ tak ada siapa nak marah pun. Orang lain pun tak rasa sakit hati sebab tak ganggu mereka sangat dengan bunyi mercun tu. Bila main mercun kat tempat lapang ni, ia lebih selamat sikit sebab boleh baling mercun jauh-jauh dan lepas baling tu boleh melarikan diri jauh-jauh dari mercun tu.

Elakkan Membazir Duit

Main mercun ni tak ada faedah pun sebenarnya. Beli mercun lepas tu bakar mercun tu. Dok ulang perkara yang sama je setiap kali. Tak ada hasil apa pun main mercun ni. Kesian kat mak ayah kita bagi duit buat belanja tapi kita gunakan untuk beli mercun lepas tu bakar mercun tu. Malah jadi perbuatan yang membazir duit mak ayah ada la. Kalau nak main juga mercun jangan sampai membazir duit sampai beli banyak-banyak. Main mercun sikit-sikit sudah hanya untuk sekadar suka-suka je.

Sentiasa Jaga Keselamatan Diri

Main mercun memang membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Dah banyak kes dilaporkan akibat dan kesan buruk dari bermain mercun ni. Ada yang putus jari, putus tangan, putus kaki(eh ada ke?), buta mata dan macam-macam lagi. Selagi tak kena kepada diri sendiri orang tu takkan sedar kesan buruk main mercun ni. Bila dah kena kat diri sendiri baru mereka sedar. Tapi minta jauhlah dari musibah buruk ni kan. Orang kata kena beringat sebelum kena. Nanti dah kena pada diri sendiri sudah terlambat masa tu.

Sebagai kesimpulan, nak kata jangan bermain mercun terus tak boleh jugak sebab kita tak boleh nak paksa orang lain suruh berhenti main macam tu saja. Tapi kita boleh cuba untuk menasihati orang yang bermain mercun secara baik. Kalau nak main mercun juga kenalah berhati-hati dan jangan sampai menganggu orang lain. Saya tak tahu berapa orang la sangat mereka yang suka bermain mercun akan baca tulisan saya ni. Mereka yang sedang bermain mercun tak ada masa nak online ni sebab mereka sibuk dok layan mercun sana sini.

Tapi walaupun anda tidak bermain mercun, anda mungkin seorang ibu bapa yang ada anak-anak, ada adik beradik, ada kawan-kawan ataupun siapa sahaja yang berada disekeliling anda yang bermain mercun. Anda juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk berpesan dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun. Boleh gunakan apa yang saya tulis ini sebagai pengetahuan umum untuk berpesan dan menasihati mereka yang suka bermain mercun.

Kalau tak dengar bunyi mercun pun sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap meriah juga. Tak semestinya kena dengar bunyi mercun baru meriah kan? Semoga kita sama-sama dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dalam keadaan yang meriah, penuh kesyukuran dan bersederhana dalam setiap perkara.

JOM SHARE

13 thoughts on “Pesanan Untuk Pemain Mercun

  1. dengar ayat main mercun, saya teringat kepada pertanyaan anak sulung saya. “Mak betul ke main mercun membakar duit? Tapi macam mana duit tu jadi mercun? Masa kita bakar mercun tu ada duit ke dalam tu? Alahai.. Tergelak saya menjawabnya.

    Budak kalau nak diajar kena bagi faham-faham dulu sebelum mereka mencernanya. Salah bagi info takut mereka akan tersesat. Tapi kalau betul caranya kita menasihati, mereka akan mudah takut dan menjadi penasihat kepada rakan mereka pula. Ini kisah benar 🙂

    1. Terima kasih puan kerana sudi berkongsi pengalaman. Menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak2 supaya mengenal baik dan buruk bermain mercun ni. Jika dilakukan dengan cara yang betul, anak2 akan faham mengenai bahaya main mercun. Mereka juga akan faham yang bermain mercun ini hanya satu pembaziran.

  2. lagi selamat kalau tak main
    bukan budaya kita dan bukan suruhan agama kita
    membazir je tu

    saya memang melarang keras anak2 beli dan main mercun

    1. Terima kasih atas pendapat mr tehr. Memang lebih selamat kalau tak main mercun ni. Kadang2 boleh jadi pembaziran. Tahniah kepada mr tehr kerana mendidik anak2 supaya tidak bermain mercun. Itulah pilihan terbaik. 🙂

  3. Thanks Nik sebab alert dgn susunan post blog sy.
    Neway u are good komentar yang pernah saya jumpa dalam dunia blogging. Tak sama macam orang lain. Thanks agaian 😉

    1. Terima kasih kerana ingatkan saya tentang susunan post dalam blog bro nizam tu. Saya dah mula faham sikit mengenai susnan artikel terbaru dalam blog tu.

      Saya hanya bagi pendapat mengikut apa yang saya terfikir mengenai artikel yang saya baca dalam blog nizam. 🙂

  4. haah..bakar mercun umpama bakar duit..dan bakar diri mungkin..haha..
    nak selamat main mercun pop pop jeh..heheheh

    1. haa betul tu. ibarat kita bakar duit je kan. Boleh membawa bahaya juga main mercun ni kalau tidak berhati2. best kan main mercun pop pop..hehe 🙂

  5. Terus terang nik, sy mmg x reti main mercun ni.
    Mmg takot sgt. Lebih suka tgok orang main je.
    Itu lebih baik dan lebih selamat.
    Sebab klu kita main, kita xdpt nikmati permandangan mercun yg indah dengan selesa 😉 . Nik baca ni since Nik x pasti mana satu blog saya yang the latest 😉
    http://nizamghazi.com/kepentingan-theme-kepada-bloggers/

    1. Tak apa bro nizam. Tak reti pun main mercun pun tak apa. Kita tengok orang main mercun itu lebih baik dan selamat. Kita jadi pemerhati je suasana main mercun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *