l

Archive for 'Umum'

”Kami Tidak Gerun Dengan Bukit Jalil,” – Jurulatih Thailand

”Kami Tidak Gerun Dengan Bukit Jalil,” – Jurulatih Thailand

Pemain Thailand tidak gentar dengan kemungkinan perlu berdepan dengan 80,000 penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil apabila mereka beraksi pada perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Suzuki AFF Sabtu ini.

Jurulatih pasukan Thailand Milovan Rajevac berkata suasana penuh tekanan di Stadium Bukit Jalil tidak membimbangkan para pemainnya.

“Ia tidak langsung menimbulkan kebimbangan kerana pemain profesional perlu mampu mempamerkan  prestasi baik tidak kira sama ada mereka bermain di hadapan 100,000 orang atau sekadar beberapa ratus orang sahaja. Kami perlu melalui dua perlawanan dan sekiranya kami membuat persiapan dengan baik dan bermain seperti dirancang, kami tidak akan menghadapi sebarang masalah,” katanya seperti yang dipetik media tempatan di sini hari ini.​​​​​​​

Anak didik beliau akan ke Kuala Lumpur untuk berdepan dengan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dalam perlawanan pertama separuh akhir yang amat dinanti-nantikan Sabtu ini.​​​​​​​

Skuad “Gajah Perang” itu, yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan mereka setelah mencapai kemenangan selesa 3-0 terhadap Singapura pada perlawanan akhir kumpulan Sabtu lepas, akan menjadi tuan rumah kepada “Harimau Malaya” dalam perlawanan kedua separuh akhir pada 5 Dis di Stadium Rajamangala di sini.

“Harimau Malaya” pula mara ke peringkat separuh apabila menduduki tangga kedua di belakang Vietnam setelah mempamerkan permainan jauh lebih mantap ketika mengalahkan Myanmar 3-0 pada perlawanan akhir kumpulan mereka di Bukit Jalil Sabtu lepas.​​​​​​​

Sementara itu Supachai Chaided, 19, yang menjaringkan satu gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan Thailand-Singapura, berkata keadaan bising di Stadium Bukit Jalil yang penuh sesak semasa perlawanan separuh akhir Sabtu itu, tidak merisaukannya.

“Saya tidak rasa gementar kerananya. Kami pernah bemain di Malaysia. Kami tahu mereka ada ramai peminat apabila kami bertandang ke sana dan penyokong tempatan tentu akan memberi sokongan kepada pasukan mereka. Kami hanya beri fokus kepada permainan kami dan tidak perlu berasa wujudnya  tekanan tambahan berikutan sorakan bergemuruh oleh penonton tempatan,” kata pemain Buriram United itu.

Pemain pertahanan Thailand berasal dari Wales, Mika Chunuonsee juga menjangka perlawanan  pasukannya dengan Malaysia adalah sengit, tetapi tetap yakin dia dan rakan sepasukan akan meraih kejayaan pada akhir pertemuan separuh akhir dua pusingan itu.

“Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah. Mereka (Malaysia) memang pasukan yang bagus. Mereka telah beraksi dengan amat baik hingga layak mara ke pusingan seterusnya. Saya berpendapat, sekiranya kami pergi ke sana bersama-sama rancangan permainan yang disusun rapi dan taktik yang betul, kami akan dapat membawa pulang kemenangan,” katanya.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, skuad Filipina bimbingan Sven-Goran Eriksson, yang menduduki tempat kedua di belakang Thailand, akan bertemu Vietnam untuk merebut satu lagi tempat ke perlawanan akhir.

Sumber : Bernama

 

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

Sambutan Hangat Piala AFF, 40,000 Tiket Online Aksi Malaysia Thailand Habis Dijual

Sambutan Hangat Piala AFF, 40,000 Tiket Online Aksi Malaysia Thailand Habis Dijual

Kuala Lumpur : Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini, dijual bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila kesemua 40,000 tiket secara dalam talian habis dijual.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di akaun Facebooknya berkata, penjualan tiket hari kedua yang bermula pagi tadi, telah ditutup apabila penjualan secara online di www.tickethotline.com.my, telah mencecah 20,000 keping.

Pada hari pertama penjualan tiket semalam, sebanyak 20,000 telah habis dijual.

FAM berkata, baki 40,000 keping tiket akan dijual secara fizikal bermula Khamis ini (29 Nov), iaitu sebanyak 30,000 akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional dan 10,000 di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports, sehingga ia habis dijual.

“Waktu sebenar penjualan tiket secara fizikal di Stadium Nasional dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports akan dimaklumkan kemudian kerana ia bergantung jika tiada kelewatan untuk tiket-tiket berkenaan tiba dari Bangkok, Thailand yang dijangka pada malam esok.

“FAM tidak dapat menjual terus kesemua 80,000 keping tiket menerusi sistem online kerana untuk memberi peluang juga kepada para penyokong yang tidak dapat membuat pembelian secara online supaya mereka boleh membeli tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan juga di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports,” menurut kenyataan itu.

FAM juga menjelaskan bahawa tiada kaunter khas dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya kerana faktor jangkaan kesesakan di kawasan berkenaan yang terletak berdekatan kawasan perumahan.

Separuh akhir pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional pada Sabtu ini, manakala aksi timbal balik dijadualkan di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Dis.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Filipina akan mencabar Vietnam di Bacolod (Filipina) pada 2 Dis, sebelum aksi timbal balik di Hanoi pada 6 Dis.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata penyokong boleh membeli tiket bagi aksi di Stadium Rajamangala bermula hari ini sehingga Jumaat (30 Nov), dengan harga ditetapkan RM80 bagi tempat duduk teres bawah (level 1) dan RM67 bagi tempat duduk teres atas (level 2 dan 3).

Beliau berkata penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket perlawanan yang akan bermula pada 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), perlu membuat bayaran ke akaun Bank Islam – ‘FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA’ dengan nombor akaun 12131010006121 mengikut bilangan tiket yang diperlukan.

Penyokong kemudian dikehendaki e-mel butiran peribadi, iaitu nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, kategori tiket (RM80 atau RM67), jumlah tiket dan lampirkan bersama slip pembayaran bank ke tiket@fam.org.my.

“Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Bangkok dari Selasa, (4 Dis) hingga Rabu (5 Dis).  Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.

“Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Jumaat (30 Nov) tidak akan diproses dan pembayaran yang telah dibuat juga tidak akan dikembalikan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook FAM.

Beliau berkata, bagi penyokong Malaysia yang membeli sendiri tiket di laman web Thai Ticket Major, mereka perlu menebusnya di lokasi yang telah ditetapkan syarikat berkenaan.

Sumber : Bernama

 

 

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

Pasar Raya Besar Tak Dibenar Beroperasi Di Pinggir Bandar Dan Pedalaman

Pasar Raya Besar Tak Dibenar Beroperasi Di Pinggir Bandar Dan Pedalaman

Kerajaan tidak akan membenarkan pasar raya besar beroperasi di kawasan pinggir bandar dan pedalaman, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata ia bagi membantu kelangsungan perniagaan kedai runcit kecil yang beroperasi di kawasan-kawasan tersebut.

Pada masa ini, beliau berkata pasar raya besar menguasai 65 peratus daripada pasaran runcit dalam negara manakala 35 peratus lagi dipunyai kedai-kedai runcit kecil.

“Pasar raya besar sangat mengharapkan kerajaan membuka halangan supaya mereka juga boleh beroperasi di kawasan pedalaman. Itu kita tidak benarkan kerana ia akan menyebabkan industri runcit kecil terjejas,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi KPDNHEP di Dewan Rakyat malam ini.

Beliau berkata kerajaan terpaksa mengimbangi keadaan tersebut walaupun menyedari kewujudan pasar raya besar di pinggir bandar akan menawarkan barangan runcit pada harga lebih murah kepada pengguna.

“Kelebihan pasar raya besar ialah dia boleh beli barangan dengan harga murah, dia beli banyak, jadi dia boleh jual murah, jual murah baik untuk pengguna.

“Di sisi lain, jika kita benarkan mereka sampai ke pinggir bandar ia akan menguntungkan pengguna tapi kesannya pula kedai runcit tak hidup, jadi kita terpaksa mengimbangkan keadaan ini,” katanya.

 

Sumber :  Bernama

Posted in: Semasa, Umum

Leave a Comment (0) →

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Kaya Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!

Baru-baru ini facebook dipenuhi dengan berita tenteng Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.  Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.

Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Pergaduhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.

Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.

Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu?

Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya. Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta. Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.

Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Kaya Kerana MMA

Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.

Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.

Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.

Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah

Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.

Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Atlet Paling Popular di Rusia

Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya. Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding.

Sumber : Hangat.com

Posted in: Santai, Umum

Leave a Comment (0) →

Pengacara Tersohor Negara, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia Di Hari Jumaat

Pengacara tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada usia 61 tahun. Pengacara berwibawa itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 6 pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman yang memberitahu mereka sekeluarga terkejut dengan kematian abangnya.

“Beliau meninggal dunia pagi tadi selepas waktu subuh. Buat masa sekarang, keluarga sedang menguruskan urusan jenazah.

“Maaf, saya tiada perincian tentang sebab kematian buat masa sekarang,” jelasnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada September tahun lalu, pengacara yang mesra disapa Dale atau DD itu  pernah koma selepas mengalami komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya dan dimasukkan kan  di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Sepanjang kariernya, Dale yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali dan Perancis kerap diberi kepercayaan untuk mengacarakan pelbagai majlis berprestij di dalam atau luar negara.

Al fatihah dan takziah kami ucapkan buat arwahyarham Datuk Mahadzir Lokman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber : Utusan

 

 

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay

Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay?

Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

Ini antara soalan yang sering ditanya:

Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi.

Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula.

Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:

  1. Kaedah membuat Kajian Produk

Posted in: Umum

Leave a Comment (0) →

Kaya Dengan Kesederhanaan, 8 Perkara Perlu Tentang Presiden ‘Termiskin’ Di Dunia Ni

Mungkin kita jarang dihidangkan dengan kehidupan Presiden ‘Termiskin’ di dunia ni. Beliau ini terkenal dengan gelaran ‘Presiden Termiskin Di Dunia’ kerana gaya hidup sederhana yang sangat jarang dilihat di kalangan pemimpin.

Cara hidupnya yang seperti orang kebiasaan serta sifat pemurahnya menjadikan beliau lebih mudah didekati oleh rakyat. Di bawah merupakan beberapa fakta yang pasti membuat anda ‘tabik spring’ dengan sifat beliau semasa menjadi Presiden Uruguay.

Cara hidup mereka yang berjawatan korporat memang sinonim dengan kemewahan, begitu juga dengan seorang presiden atau Perdana Menteri. Semua keperluan terjaga dan sentiasa mendapat kawalan ketat sepanjang masa. Namun lain pula ceritanya dengan bekas Presiden ke-40 Uruguay, Jose Mujica yang memerintah pada tahun 2010 hingga 2015.

1. TOLAK TAWARAN TINGGAL DI RUMAH MEWAH

Siapa yang tak suka tinggal di dalam kediaman selesa dan serba mewah, kan? Bukankan Perdana Menteri atau Presiden saja, mereka yang bertaraf ‘menteri cabuk’ atau penjawat awam pun kalau boleh nak demand kuarters yang cantik dan selesa.

Namun, presiden ini menolak tawaran rumah mewah milik kerajaan Uruguay dan memilih untuk tinggal di rumah satu bilik dengan ladang bunga kekwa bersama isterinya di pinggir bandar Montevideo. Jose Mujica di hadapan rumah ladang yang diduduki oleh beliau walaupun setelah menjadi Presiden Uruguay.

2. MENDERMAKAN 90% GAJI KEPADA RAKYAT

Bayangkan, betapa murahnya hati Presiden Jose Mujica yang mendermakan 90% daripada jumlah gaji bulanannya secara konsisten iaitu USD12,000 ( RM47,382) khasnya kepada golongan miskin dan peniaga kecil-kecilan.

Gaji yang hanya berbaki USD 775 (RM3060) sebulan digunakan untuk kegunaan peribadi. Baki gajinya dilaporkan hampir sama dengan pendapatan rakyat Uruguay secara purata. Presiden Jose Mujica yang memandu sendiri kereta Volkswagen birunya yang merupakan satu-satunya aset beliau.

3. KERETA VOLKSWAGEN LAMA SATU-SATUNYA ASET

Jika selalunya kita dengar orang kenamaan pasti mempunyai kereta import mewah berjenama serta hartanah yang banyak. Dalam sebuah laporan El Mundo, beliau yang mengisytiharkan aset hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle model lama (1987), manakala ladang yang diduduki adalah milik iserinya, Senator Lucia Topolansky yang juga mendermakan sebahagian daripada gajinya.

Difahamkan bahawa seorang jutawan dari negara Arab pernah menawarkan sebanyak 1 milion dolar untuk membeli kereta tersebut tetapi ia ditolak oleh beliau!

Jose Mujica bersama isteri, Senator Lucia Topolansky

4. IKUT SAMA BERATUR DI KLINIK

Presiden yang merendah ini juga mesra rakyat. Hasil tanaman bunga di ladangnya sering dijual kepada penduduk-penduduk sekeliling. Malah, kalau ke klinik atau pejabat-pejabat, beliau juga akan beratur seperti orang awam!

Sebagai presiden, ia merupakan cara untuknya mengenali rakyat dengan lebih dekat tanpa jurang sosial. Beliau juga dapat menghayati gaya hidup rakyat serta menyelami kesukaran yang dialami saban hari.

Presiden Jose Mujica dilihat sedang beratur semasa mendapatkan rawatan di hospital awam

5. BERPAKAIAN SEPERTI ORANG KEBANYAKAN

Cara hidupnya yang sederhana bukan sahaja dapat dilihat dengan gaya hidup serta kemesraannya dengan penduduk sekeliling, malah beliau juga sering mendapat perhatian apabila hadir ke majilis-majlis rasmi para pemimpin. Diiringi dengan kereta model lama Volkswagennya, beliau sering didapati berpakaian kemeja biasa dengan sandal dan jarang mengenakan sepersalinan pakaian kot dan tali leher yang formal seperti pemimpin lain.

6. TIDAK DIKAWAL KETAT

Tidak seperti pemimpin kebiasaannya, presiden ini memilih untuk tidak dikawal ketat oleh pengawal. Rumahnya tiada tembok tinggi atau kamera litar tertutup di setiap penjuru. Hanya dua pengawal yang bertugas yang setia di luar rumahnya.

7. BERJAYA MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA

Semasa penggal pemerintahannya antara 2010 hingga 2015, beliau berjaya memulihkan ekonomi negara dengan mengurangkan kadar pengangguran warga Uruguay di samping purata kenaikan gaji yang tinggi. Kesan ini amat signifikan memandangkan negara jiran Argentina dan Brazil pada ketika itu mengalami kemerosotan ekonomi.

8. MEMPERJUANGKAN KEAMANAN SEJAK DULU LAGI

Sebelum melibatkan diri dalam dunia politik, beliau terkenal kerana menganggotai kumpulan pejuang gerila Tupamaros pada awal 1970an. Kumpulan ini terkenal dengan tindakan berani mereka merompak bank dan syarikat yang menyeleweng kemudian menyedekahkan hasil rompakan kepada rakyat.

Kumpulan ini juga biasa dengan jolokan “The Robin Hood” kerana tindakan mereka. Akibat kegiatan kumpulan ini, beliau juga pernah dipenjarakan selama 14 tahun sehinggalah dibebaskan pada 1985 apabila Uruguay mencapai demokrasi.

KAYA DENGAN KESEDERHANAAN

Walaupun mendapat jolokan sebagai ‘Presiden Termiskin Di Dunia’, beliau percaya bahawa orang paling miskin di dunia sebenarnya ialah orang yang terlalu mengejar kebendaan dan sentiasa rasa tak cukup. Benarlah bak kata pepatah, orang yang paling banyak memberi sebenarnya adalah orang yang paling kaya! Cara hidupnya merupakan refleksi masa lalunya dan beliau amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Walaupun status beliau telah diangkat sebagai Presiden, ia langsung tidak menghalang beliau daripada melalui kehidupan seperti seorang rakyat biasa.

Wah, memang banyak yang kita boleh pelajari daripada Presiden Jose Mujica ini, kan?

Sumber: Maskulin

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Informasi, Umum

Leave a Comment (0) →

Imam Muda Asyraf Jelaskan Isu Kenapa Perlu Bersyukur & Ucap “Alhamdulillah” Selepas Bersin, Tapi Mesti Ramai Yang Tak Tahu.

Selama ini mesti ada terdetik di hati kita kenapa eh kena ucapkan syukur sebaik selepas bersin betul tak? Dalam Islam kita dimestikan menyebut “Alhamdulillah” selepas bersin manakala bagi yang kafir pula mereka akan mengucap “God bless you”. Jadi, apakah persamaannya?

Baru-baru ini Imam Muda Asyraf menerusi segmen “Kawan Tanya, Ustaz Jawab” di Radio Sinar menjelaskan hal ini.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda,
”Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Jika ada di antara kalian yang bersin lalu ‎mengucap “Alhamdulillah”, maka setiap Muslim yang mendengarnya wajib menjawabnya. Sedangkan menguap ‎sesungguhnya berasal dari syaitan, maka tahanlah ia semampunya. Apabila seseorang anak adam mengatakan ‘haaahh’ (kerana menguap), maka syaitan ‎akan tertawa.” (HR. Bukhari No. 6223).

Mengapa Allah Menyukai Bersin & Membenci Menguap?

Allah s.w.t menyukai bersin kerana ia dapat membersihkan rongga dalaman seperti rongga antara hidung, mulut dan lain-lain. Bersin juga menurut sains mampu mengejutkan otak untuk kembali aktif serta meringankan tubuh.

Allah s.w.t membenci perbuatan menguap pula kerana ia dianggap mampu mendatangkan mudarat yang menjejas kesihatan manusia. Jika difikir secara logik, mulut adalah lawan kepada hidung. Apabila kita menguap, kita akan menghela segala kotoran, debu dan udara tercemar menerusi mulut sedangkan mulut tidak mempunyai sebarang penyaring udara. Hasilnya, segala kotoran yang dihela menerusi perbuatan menguap itu akan tersimpan di dalam tubuh.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w meminta kita untuk menahan menguap semampunya atau paling tidak menutup mulut dengan tangan.

Adab Bersin

Meskipun bersin itu disukai Allah s.w.t… untuk kebaikan bersama, sila tutup hidung dan mulut dengan kain, tisu dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelak orang lain terkena virus anda sekaligus menyebar penyakit. Menurut hadis sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari, selain mengucap “Alhamdulillah”… orang lain yang mendengarnya hendaklah menjawab “Yarhamukallaah” (semoga Allah merahmatimu) dan orang yang bersin itu tadi pula perlu membalas “Yahdiikumullaah wa ‎yushlihu baalakum” (semoga Allah memberimu hidayah dan memperbaiki keadaanmu).

Risiko Tahan Bersin

Nasihat pakar, jangan sesekali menahan bersin kerana ia akan membawa padah. Kadang kala kita hendak bersin tetapi sewaktu di khalayak, dalam mesyuarat atau dalam dewan peperiksaan umumnya, ramai di antara kita menahan diri dengan menekan hidung untuk mengelakkan diri mengeluarkan sebarang suara bukan? Jika dilakukan selalu ia akan undang bahaya!

Kelajuan bersin manusia adalah 161km/jam. Bersin berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan apabila kita memaksa diri untuk menahan kelajuan tiba-tiba tersebut, ia akan mengganggu fungsi tubuh seterusnya menyebabkan kuman yang sepatutya keluar masuk semula ke dalam rongga-rongga berkenaan.

Menurut Dr. Michael Roizen, antara keburukan lain menahan bersin adalah pecah gendang telinga, gangguan pendengaran, tulang rawan hidung patah, kecederaan retina, pendarahan hidung serta vertigo.

Sesungguhnya, kita hendaklah mengelak diri daripada melakukan kebencian Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat beramal!

Maskulin

Posted in: Kesihatan, Umum

Leave a Comment (0) →
Page 2 of 11 12345...»