Posted on Leave a comment

Pengacara Tersohor Negara, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia Di Hari Jumaat

Pengacara tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada usia 61 tahun. Pengacara berwibawa itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 6 pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman yang memberitahu mereka sekeluarga terkejut dengan kematian abangnya.

“Beliau meninggal dunia pagi tadi selepas waktu subuh. Buat masa sekarang, keluarga sedang menguruskan urusan jenazah.

“Maaf, saya tiada perincian tentang sebab kematian buat masa sekarang,” jelasnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada September tahun lalu, pengacara yang mesra disapa Dale atau DD itu  pernah koma selepas mengalami komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya dan dimasukkan kan  di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Sepanjang kariernya, Dale yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali dan Perancis kerap diberi kepercayaan untuk mengacarakan pelbagai majlis berprestij di dalam atau luar negara.

Al fatihah dan takziah kami ucapkan buat arwahyarham Datuk Mahadzir Lokman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber : Utusan

 

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *