7 Cara Bagaimana Insta Story Boleh Dijadikan Content Marketing!
Apabila Instagram melancarkan Insta Story pada bulan Ogos 2016, platform ini meletup seperti api. Sehingga November 2017, Insta Story ini digunakan oleh 300 juta pengguna setiap hari.
Instagram melaporkan bahawa Insta Story ini telah menggalakkan pengguna untuk kekal di platform lebih lama dan melawatnya lebih kerap.
Pengguna di bawah umur 25 tahun menghabiskan lebih daripada 32 minit sehari di Instagram, sementara mereka yang berusia lebih tua menghabiskan lebih dari 24 minit sehari di rangkaian foto dan video perkongsian Facebook.
Anda mempunyai 10 hingga 15 saat untuk menunjukkan kepada 300 juta orang produk atau perkhidmatan anda. Apa yang anda boleh lakukan di Insta Story bagi meningkatkan penjualan?
#1-Promosikan Content Anda

Macam mana cara anda nak promosikan content anda dengan menggunakan platform lain bagi menarik prospek untuk melihat Insta Story anda? Jawapannya anda kenalah rajin promote dalam Facebook atau Twitter tentang apa yang bakal terjadi dalam Insta Story anda hari ini.
Anda boleh bermain dengan hint-hint yang menarik. Anda perlu kreatif supaya prospek tidak sabar menanti Insta Story anda. Gunakan daya tarikan yang paling atas, tetapi jangan pula apabila buat Insta Story biasa-biasa pula! Biarkan kedua-duanya seimbang untuk anda pancing prospek dengan mudah dan senang.
#2- Suntik Kreativiti

Jika anda tidak sihat pasti Doktor akan suntik anda dengan ubat paling mujarab untuk hilangkan kesakitan. Tetapi untuk prospek yang dahagakan produk-produk yang didambakan mereka, anda mestilah kena pandai suntik mereka dengan kreativiti dalam Insta Story supaya apabila prospek melihatnya, prospek rasa di tarik-tarik untuk segera buat belian.
Macam mana anda nak wujudkan elemen kreatif dalam Insta Story? Setelah anda ambil video Insta, anda editlah video tersebut dari segi icon, tulisan, warna, atau apa sahaja yang anda rasakan perlu bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dan terang.
#3- Buat Behind The Scene

Behind the scene sangat berguna bagi memberi maklumat kepada prospek bagaimana proses sesuatu produk itu dihasilkan. Lihat bagaimana ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim pengasas kepada Sendayu Tinggi yang menggunakan platform Insta Story bagi mendedahkan bagaimana beliau sendiri masuk ke dalam hutan untuk mencari akar kayu terbaik bagi ramuan produk-produk baru yang hendak dihasilkan.
Prospek akan teruja dengan ‘disebalik takbir’ ini kerana prospek didedahkan dengan proses-proses yang ‘susah’ untuk menghasilkan produk hebat. Pasti ianya memberi impak kepada minda dan hati prospek untuk lebih menghargai dan percaya untuk membuat belian.
#4- Gunakan Call To Action

Jika yang anda jadikan content adalah barang, ada baiknya menggunakan call-to-action yang tidak langsung. Namun, jika bukan barang, gunakan teknik langsung.
Anda perlu tahu gambar atau situasi yang manakah yang memerlukan call – to – action secara langsung dan tidak langsung supaya prospek lebih faham apa yang cuba disampaikan melalui Insta Story anda.
Teknik ini mempunyai rahsia di mana, prospek akan rasa membuak-buak untuk mengetahu apakah barangan atau produk yang dijual anda. Mereka akan rasa ‘ tergantung’ dengan teknik sebegini. Menarik juga apabila buat prospek rasa tertanya-tanya kan?
#5-Trivia

Insta Story sebegini banyak yang dibuat. Kerana apa? Kerana ianya mendapat permintaan tinggi daripada pengikut Instagram. Lihat bagaimana Mua Bella, bertungkus lumus menggunakan Insta Story bagi menunjukkan tata cara menatas rias wajah dan ianya menjadi kegilaan pengikutnya. Tidak perlu kos yang banyak untuk buat marketing. Apa yang dapat dipelajari dari kandungan ini adalah memberikan nilai kepada pengikut anda.
Sebagai contoh, anda adalah perniagaan yang menjual pakaian kepada mereka yang bersaiz XXXL. Apakah masalah terbesar yang dimiliki oleh pemilik badan XXXL? Adakah mereka mempunyai masalah dengan kasut yang mereka pakai? Atau dengan keselesaan pakaian? Tugas anda adalah berikan jawapan kepada kebimbangan mereka.
Buat perkara penting tentang ciri-ciri jenis pakaian yang serap peluh, dan kesesuaian mereka supaya mereka kekal bergaya dan cantik seperti orang lain juga. Berikan penjelasan mengenai perbezaan antara setiap bahan dan kelebihannya. Berikan mereka peluang untuk memilih yang terbaik.
#6- Teknik Ambil Video

Sebelum anda mahu buat Insta Story, anda kena pastikan bahawa seolah-olah anda adalah prospek yang melihatnya. Secara alaminya, Insta story yang hendak di ambil mestilah secara menegak. Kerana apa? Kerana handphone kita adalah secara menegak.
Teknik Insta Story secara vertikal ini akan memudahkan prospek untuk melihat tanpa perlu melakukan pergerakan kepala yang banyak. Mudah dan senang kan? Jika anda mengambil Insta Story secara horizontal pastinya ia akan memberi impak kerana menyukarkan prospek untuk hadam Insta Story tersebut sehingga habis! Jaga-jaga ya dengan teknik Insta Story anda!
#7-Dapatkan Feedback
Feedback dengan menggunakan Insta story. Gunakan kaedah ini untuk dapatkan feedback daripada prospek anda, mengapa mereka memerlukan produk bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apakah yang mereka perlukan.
Berikan satu situasi dan anda mintalah pengikut anda berikan feedback kepada situasi tersebut. Perlu diingat, situasi yang dibuat mestilah kena dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jangan main hentam saja. Ke laut nantinya feedback yang anda dapat juga.
Posted in: Informasi, Perniagaan, Tips
Leave a Comment (0) →
Nak kenal dengan perempuan ada caranya, jangan terlalu cepat cuba menawan hatinya kerana tak semua perempuan suka hubungan yang ekspres. Belum sampai satu minggu kenal dah ajak bercinta? Heyyy! Nanti dulu. Sabar.
Nak perempuan tapi takut untuk berdepan realiti? Hmm, memang kena tinggallah jawabnya. Biarpun kaum hawa ini mudah mengasihani, tak semestinya dia sentiasa bersabar dalam semua keadaan. Jika anda mahu berpacaran, sudah pastilah lelaki secara dasarnya yang patut keluarkan langkah untuk memikat hati perempuan itu. “Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang”.
Pakej fizikal memang saing-saing Fattah Amin, tapi…. tak ada kerja tetaplah pula! Perempuan sering menganggap perhubungan yang dijalinnya itu suatu jalinan yang serius. Tidak seperti lelaki yanng sekadar ingin mencuba untuk ‘bereksperimen’ dengan perempuan. Oleh itu, jika si lelaki mahu bercinta, pastikan anda sudah punyai arah tujuan dalam hidup, mesti ada target untuk maju ke hadapan. Nak serius atau nak main-main? Kalau setakat ingin mencuba, baik tak payah. Perempuan tak gemar dengan lelaki yang lambat bertindak kerana sebaiknya kita mahu sesebuah hubungan berakhir di jinjang pelamin. Jadi si lelaki perlu ada masa hadapan.
Perempuan boleh dianggap manusia paling degil kerana memang tuhan menjadikan mereka sebegitu rupa. Sebab itu hanya lelaki yang boleh menjatuhkan talak. Kalau perempuan ada kuasa talak alamatnya setiap kali gaduh dia ajak cerai betul tak? Jadi sebagai lelaki, mereka harus peka dnegan ‘habitat’ perempuan. Mereka seharusnya perlu sabar dan tidak bersifat negatif. Siapa rasa dirinya berkuasa kerana dia adalah seorang lelaki. Sorry, anda bukanlah bakal suami yang baik buat mana-mana wanita sekalipun.
Hmm… siapa yang perempuan sebenarnya ni? Jangan salah faham kerana bukanlah bermaksud seorang lelaki tidak boleh menangis atau beremosi langsung tetapi silalah faham, perempuan tak suka lelaki yang kekurangan kualiti “jantan”. Rata-rata perempuan anggap lelaki yang sempurna adalah lelaki yang bersifat matang.
.






















