l

Archive for 'Tips'

15 Cara Termurah Kurangkan Ketagih Merokok

OATS

Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

AIR

Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.

SERBUK CILI MERAH

Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air.  Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

HALIA

Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.

BUNGA LOBELIA

Bunga lobelia membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.

MULTIVITAMIN

Merokok menyebabkan badan kita kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani  simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.

RADISH

Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

LICORICE STICK

Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.

EKSTRAK BIJI ANGGUR

Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

JUS ANGGUR

Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketgihan merokok.

HERBA WORT ST JOHN

Dalam kajian mengambil 450mg kapsul wort st john dua kali sehari dapat membantu mengurangkan tabiat merokok.

HYSSOP

Sejenis herba yang di percayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan reah dan dapat membersihkan paru-paru.

GINSENG

Campukan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

VELARIAN

Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.

MADU

Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

Sumber : maziahismail

Maskulin

 

Posted in: Kesihatan, Tips

Leave a Comment (0) →

19 Barang Di Rumah Yang Mungkin Kau Tak Sedar Ada Tarikh Luput

Sebenarnya ada 19 barang dalam rumah kita yang kita tak sedar ada tarikh luput . Ini penting kita tahu, untuk menjaga kesihatan badan semua!

1. Bantal- Luput antara 2-3 tahun.

Bantal apabila cecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tak langsung ia menjadi punca utama masalah kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli,bila sampai tamat tempohnya, sebaiknya dibuang.

2. Selipar – Luput dalam masa 6 bulan sahaja.

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus atau kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu jejakkan tapaknya ke tanah, bakteria dah mula membiak. Pastikan selipar dibasuh kerap, selepas 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – Luput dalam masa 2 minggu sahaja.

Bila hari-hari dah sental badan, mestilah banyak bakteria yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Jadi, cara terbaik adalah untuk tukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan rendamkannya ke dalam air panas 100 celsius bagi mematikan bakteria.

4. Tuala – Luput antara 1-3 tahun.

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah kepada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya.

5. Berus Gigi – Luput dalam masa 3 bulan.

Jika anda batuk atau selsema, bila dah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut, ganti yang baru. Kalau tak, penyakit yang sama akan berulang sebab bakteria tadi dah berkumpul dan cemari berus gigi. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sampai kerinting.

6. Hydrogen Peroxide (first aid antiseptic) – Luput dalam masa 2 bulan sahaja.

Selepas ‘seal’ botol dibuka, hanya 2 bulan sahaja kandungan di dalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Tapi, jika ia tak prnah digunakan dan tertutup rapi, boleh tahan sehingga 1 tahun.

7. Penyikat Rambut – Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi – Luput antara 3-4 Tahun.

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi – Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja.

Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat – Luput antara 6-10 tahun.

Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra – Luput antara 1-2 tahun.

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan – Luput sebaik struktur berubah.

13. Rempah-ratus – Luput antara 1-3 tahun.

Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung – Luput dalam Masa 6-12 bulan.

Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran – Luput dalam masa 15 bulan.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik (extension) – Luput antara 1-2 tahun.

17. Penyembur Pembasmi Kuman – Luput dalam masa 3 bulan.

18. Pencegah Nyamuk (mosquito repellent) – Luput dalam masa 2 tahun.

19. Power Soket – Luput dalam masa 4-5 tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Twitter Syed_mf

Apemazing

Posted in: Informasi, Tips

Leave a Comment (0) →

5 Kualiti Yang Perlu Dilihat Sebelum Memilih Rakan Kongsi Bisnes

Anda terfikir untuk membuat bisnes partnership? Siapakah orang yang anda terfikir untuk dijadikan rakan kongsi bisnes?

Adakah penting dalam menilai kualiti seseorang itu sebelum memilih mereka menjadi rakan kongsi untuk memulakan bisnes? Cukupkah sekadar kita mengenali dan mempercayai mereka dalam membangunkan bisnes yang baru nak bertapak?

Sebelum memulakan bisnes penting untuk kita menilai kualiti seseorang itu supaya kita memilih rakan kongsi yang sesuai dan tepat. Tindakan anda menentukan perjalanan bisnes untuk jangka masa panjang. Mari semak apa keperluan dari aspek kualiti apabila memilih seseorang untuk dijadikan rakan kongsi.

#1 Berpengalaman Dalam Bisnes

Memang benar kita tidak dapat meramalkan kejayaan bisnes dengan melihat kejayaan lalu yang pernah dilakukan oleh calon rakan kongsi. Tetapi daripada kita bekerjasama dengan mereka yang langsung tiada pengalaman, lebih baik dengan mereka yang pernah melalui jatuh bangun dalam bisnes.

Tujuannya adalah supaya masing-masing telah mempunyai pendedahan dalam menghadapi sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku dan pernah berada dalam persekitaran permulaan bisnes.

#2 Tidak Pasif

Memandangkan boleh kata hampir kebanyakan masa akan diluangkan bersama mereka (rakan kongsi) untuk membincangkan perancangan bisnes. Maka perlulah anda memilih orang yang boleh bekerjasama dengan anda sepenuhnya. Bukan ‘sleeping partner’. Yang anda rasa selesa untuk berurusan bersama dalam memulakan bisnes.

Rakan kongsi yang bekerjasama tidak membantah isu-isu yang tidak relevan, tetapi tetap berdiri teguh apabila ada keputusan penting dibuat.

#3 ‘Networking’ Yang Kukuh

Pentingnya ‘networking’ dalam perniagaan ‘start-up’. Jika anda mempunyai rakan kongsi yang kurang ‘networking’ maka bisnes anda akan mudah terumbang-ambing. Sumber ini sangat penting dalam melebarkan bisnes yang baru bermula.

Apabila rakan kongsi bisnes anda mempunyai ‘networking’ yang terhad maka anda akan ‘stuck’ dengan ‘networking’ sedia ada sahaja. Hal ini kerana seseorang yang mempunyai ‘networking’ yang kukuh mampu menemukan bisnes anda dengan peluang-peluang baru ke dalam bisnes kerana mereka berpengalaman dalam berurusan dengan pelbagai bisnes dan industri.

#4 Mempunyai Masa Yang Banyak

Bila menubuhkan suatu bisnes yang baru, semua ahli dan pengasas haruslah mempunyai masa yang banyak untuk membangunkan bisnes. Tidak cukup 5 – 10 jam seminggu masa yang diperuntukkan.

Malah anda perlukan seseorang yang boleh memberi komitmen 30- 40 mahupun 50 jam seminggu dalam memulakan bisnes. Isu ini adalah kerana kemungkinan ada calon rakan kongsi itu mempunyai kerjaya atau komitmen lain, maka masa yang diperuntukkan untuk bisnes anda menjadi sangat terhad. Jawapannya pasti TIDAK!

#5 Kejujuran dan kebolehpercayaan

Kegagalan dalam ‘start-up’ dan kesilapan yang berlaku adalah kebenaran yang biasa berlaku dalam dunia bisnes. Anda tidak boleh mengelak daripada sebarang ketidaktentuan dalam bisnes yang baru bermula seperti ini. Risiko ini boleh dikurangkan dengan memilih mereka yang jujur dan boleh dipercayai.

Kenapa pentingnya kualiti ini dalam bisnes ‘start-up’? Kepentingannya dalam mendapatkan rakan kongsi bisnes yang mampu melakukan perkara yang betul untuk syarikat walaupun mungkin keputusan itu tidak disenangi oleh semua.

Sumber informasi: Syed Balkhi

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Cara Minta Gaji Lebih Di Tempat Kerja Baru?

Pastinya setiap dari kita ingin ‘dibayar’ berpatutan dengan kelayakan dan deskripsi tugas yang diberi. Oleh itu, sebelum bersetuju untuk menjawat mana-mana jawatan, bersiap sedia dengan tip untuk merunding gaji. Ini adalah untuk kepentingan anda di masa hadapan nanti.

RUNDINGAN GAJI KETIKA SESI TEMUDUGA

Salary negotiation atau rundingan gaji sering berlaku ketika di fasa terakhir dalam sesi temuduga. Runding gaji juga sering diselidiki pihak pengurusan setiap hujung tahun bagi tujuan kenaikkan tahunan untuk semua staff seliaan sesebuah syarikat.

Walaupun ada dinyatakan di resume dan CV jangkaan gaji yang wajar anda perolehi, ada pihak yang lebih senang untuk berbicara lebih dalam soal ini. Oleh itu, anda disarankan untuk mengikut tip ini.

1- FAHAMI PIHAK PENGURUSAN

Sebelum meletakkan sebarang jangkaan gaji, ada baiknya anda terlebih dahulu membuat kajian dan selediki prestasi pihak pengurusan dan syarikat tersebut dalam skop perusahaan dan bidang secara amnya. Fahami dan lihat bagaimana syarikat tersebut mengerakkan industri serta pencapaian yang dicapai mereka. Sekiranya syarikat tersebut berada dalam kelasnya yang tersendiri, pasti pihak pengurusan punya sistem gaji yang efektif dan sistematik.

2- TETAPKAN KELAYAKAN

Wajar ikut! Jangan sesekali merunding atau bicara soal gaji sebelum anda menetapkan kelayakkan anda yang sebenarnya. Pastikan anda tahu kelayakan akademi yang menjadi titik ukur berapa tangga gaji yang sewajarnya diberi. Jangan menipu kelayakan anda. Pastikan sijil dibawa bersama bagi membuktikan anda layak untuk mendapatkan amoun gaji yang anda inginkan.

3-SENARAIKAN PENGALAMAN

Pengalaman anda sebagai seorang pekerja juga bisa membantu dalam perundingan gaji antara anda dan pihak pengurusan. Bak kata pepatah, pengalaman tidak boleh dijualbeli. Maka, ‘jualkan’ pengalaman anda dan nyatakan betapa pentingnya pengalaman tersebut untuk diaplikasikan bagi keuntungan dan masa depan syarikat. Ini akan membuatkan pihak pengurusan untuk mempertimbangkan tangga gaji yang anda inginkan. Janganlah berangan untuk mendapatkan gaji yang tinggi padahal diri anda masih belum cukup punya pengalaman.

4- PENAMPILAN MEMBANTU

Jangan diambil ringan pada soal penampilan dari rambut ke hujung kaki apabila melibatkan rundingan gaji. Personaliti yang menyakinkan bermula dari keseluruhan penampilan anda. Jika anda terurus, yakin dan layak untuk ditawarkan gaji yang anda inginkan, beraksilah seperti yang paling layak. Pakaian dan keperibadian ini secara tidak langsung mengurangkan tanda tanya pihak pengurusan.

5- BERTANYAKAN PADA KENALAN

Sekiranya punya kenalan yang bekerja di sesebuah institusi tersebut, maka gunakannya untuk anda sendiri selidiki mengenai tangga gaji yang diberikan. Adakah ia berpatutan dan mengikut sistem yang tertentu seperti mengikut sinioriti, kelayakan akademi,diskripsi tugas, pengalaman dan sebagaianya.

 

3 KESAN SAMPINGAN AKIBAT GAJI TIDAK MEMADAI

1– Produktiviti menurun. Pastinya produktiviti seseorang akan menurun secara mendadak apabila tugasan yang diamanahkan tidak seimbang dengan tangga gaji yang ditawarkan.

2- Industri tidak berkembang. Setiap industri berbeza antara satu sama lain mengikut keluasan skop dan perkembangannya dari semasa ke semasa. Soal gaji yang ditawarkan boleh memberi efek jangka masa panjang kepada mereka yang bekerja di dalam industri yang tidak boleh bertahan lama dan terdedah kepada risiko bankrupsi dan penyelewengan.

3- Tidak puas. Berikutan dengan gaya hidup yang kini meningkat, seseorang sukar untuk mendapatkan kepuasan ketika bekerja. Ini kerana tuntutan kehidupan memberi efek dalam prestasi dan jiwa seseorang.

 

TIP LAIN WAJAR IKUT

1- Jangan memaksa. Elakkan dari terlampau terdesak dalam memohon tangga gaji tertentu yang anda inginkan.

2- Berikan pihak pengurusan masa. Ini penting kerana soal gaji dan wang ringgit perlu mendapatkan persetujuan ramai pihak. Oleh itu, anda sewajarnya berikan sedikit masa dan jangan berharap pada jawapan yang cepat.

3- Elak guna alasan peribadi. Alasan yang bersifat peribadi seolah menjerat diri anda. Jangan campuradukkan soal gaji dengan kisah peribadi yang membuatkan anda bertindak sedemikian bagi mendapatkan gaji tertentu contohnya tempat tinggal yang jauh, masalah keluarga dan lain-lain.

4– Fleksibel. Jangan kecewa jika tangga gaji yang diminta tidak dapat dilunaskan pihak pengurusan. Mungkin pihak pengurusan perlukan masa untuk meninjau kredibiliti anda sebagai pekerja terlebih dahulu sebab menawarkan gaji yang anda inginkan.

Maskulin.com.my

 

Posted in: Panduan, Tips

Leave a Comment (0) →

Kuasa ‘Video Marketing’ Bagi Jualan Luar Biasa

Jika beberapa tahun yang lalu copywriting mampu menarik pelanggan dengan teknik pujukan dan emosi mampu membuat pelanggan terasa difahami dan memudahkan peniaga untuk close sales tetapi kini berbeza. Netizen terutamanya golongan Gen Y lebih mudah tertarik dengan satu lagi medium pemasaran di atas talian iaitu melalui video pemasaran.

Sejauh mana kuasa video marketing mampu menjadikan jualan kita di tahap luar biasa? Mari kita teliti kenapa sesebuah perniagaan itu perlu menggunakan video bagi memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Setiap perniagaan tidak kiralah secara offline atau online pasti mahu interaksi antara pelanggan yang berterusan sebagai usaha untuk memasarkan perniagaan mereka. Malah perniagaan offline juga turut mempromosikan jualannya melalui internet supaya pelanggan datang ke kedai mereka.

Sebelum ini gambar yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu dilihat mampu mencapai engagement yang agak tinggi . Sesetengah iklan mempunyai like dan komen yang banyak dengan menggunakan gambar. Kebanyakan maklumat yang dihantar kepada otak kita adalah berbentuk visual. Jadi cuba anda bayangkan hasil luar biasa jika menggunakan video.

Jika anda melihat iklan di televisyen walaupun untuk tempoh beberapa saat, pelbagai maklumat yang kita dapat dalam tempoh yang singkat itu. Ya, limitasi perhatian manusia terhad untuk beberapa saat sahaja dan kerana itulah pentingnya anda mengumpulkan maklumat tentang produk atau perkhidmatan anda untuk dijadikan video.

Kebiasaannya usahawan membuat video kurang dari 1 minit dan ketika itulah mereka memaparkan manfaat produk atau servis mereka kepada pelanggan.  Mereka tertarik dengan video itu dan terus akan menghubungi atau komen pada iklan anda. PM! PM!PM!

Dalam video marketing kita boleh pelbagaikan jenis iklan kita kepada pelanggan bagi mewujudkan variasi. Anda boleh membuat video demonstrasi, testimoni, jalan cerita, atau screenshot disusuli dengan teks yang memaparkan penjelasan produk.

Iklan berbentuk visual lebih menarik minat pelanggan. Lagi-lagi jika anda kreatif menghasilkannya. Peniaga sekarang gemar menyelitkan unsur jenaka dalam video marketing mereka kerana ia akan kelihatan lebih santai tetapi kandungan dan mesej tetap sampai kepada pelanggan.

Ini antara kuasa video marketing yang paling seronok. Pelanggan yang suka dan tertarik dengan video anda akan share pada rakan-rakan mereka. Ini telah memudahkan kerja pemasaran anda. Lagi banyak share, lagi ramailah prospek pelanggan anda. Best ke best??

Ingat!! Pelanggan share sesuatu video kerana emosi bukan kerana fakta. Hasil statistik dari kajian Wyzowl menyatakan 76% pengguna internet akan berkongsi video itu kepada rakan-rakan mereka jika ia menarik. Jadi buat video yang menarik dan menghiburkan untuk menggalakkan netizen share video anda banyak-banyak.

Untuk pengetahuan anda, Google sangat suka video. Lagi banyak video anda muat naik pada website atau Youtube. Lagi mudah untuk perniagaan anda terpapar pada Google kerana ia membawa kesan positif kepada kedudukan enjin carian.

Tingkatkan populariti laman web anda dengan meletakkan tajuk yang menarik dengan kata kunci yang tepat. Pautan link juga yang dimasukkan ke dalam laman web juga mampu mengoptimumkan SEO anda.

Bukan semua orang rajin membaca copywriting yang dimasukkan sebagai iklan pemasaran. Jadi inilah caranya untuk anda mendekati golongan yang malas membaca ini supaya apa yang anda hendak iklankan tetap sampai kepada mereka dengan hanya menonton video sahaja.

Pasti anda pernah menonton iklan video sebelum menonton video pada Youtube. Video ads mempunyai CTR (click-through-rate) yang tinggi. Terdapat dua jenis iklan di Youtube iaitu yang boleh dilangkau (skip-able) dan tidak boleh dilangkau (non-skip-able).

Iklan non-skip-able yang mengambil masa 15 saat menunjukkan completion rate sebanyak 92%. Jadi terpulang pada bajet anda untuk membuat iklan yang mana.  Optimumkan video marketing anda sebaiknya demi mencapai jualan yang luar biasa.

Perkongsian Dari: Majalah Niaga

Hantar perkongsian artikel anda di sini -> https://www.layarsukses.com/hantar-artikel

 

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

9 Rahsia Tambah Followers Instagram Tanpa Perlu Anda Following!

Jika anda mengunjungi sebuah kedai, dan anda melihat kedai sebelah lebih banyak pelanggan, kedai manakah yang anda akan masuk? Pastinya kedai yang ramai pelanggan kan?

Begitulah juga IGshop. Pelanggan akan lebih tertarik dengan Igshop yang mempunyai lebih ramai follower berbanding following. Sebab apa? Sebab dari azali yang paling banyak orang kunjungi itu lebih baik dan bagus.

Nampak kesan daripada ramai follower  berbanding following? Ianya akan menampakkan Igshop anda laku keras. Oleh yang demikian, pastinya potential customer akan ada ramai di situ.

Apakah rahsia yang membolehkan anda menambah followers di Instagram tanpa perlu anda following orang lain dahulu? Jom kita baca artikel ini sampai habis.

#1-Hashtag Biar Power

Sekarang dah jadi trend, usahawan menggunakan sehingga lebih dari 30 hashtag. Bukan suka-suka mereka gunakan hashtag banyak-banyak begitu. Nak tahu kenapa?

Sebab, nanti menyenangkan pelanggan untuk jejak anda. Dalam 30 hashtag yang digunakan pastinya salah satunya akan mudah untuk dijejaki oleh pelanggan.

Paling penting, hashtag yang bakal digunakan mestilah bersangkut paut dengan posting jualan anda. Jangan pula tersasar jauh dari mesej sebenar.

Bakal follower anda, pasti akan follow Ig Shop anda, oleh itu suapan Instagram anda mestilah menarik sehingga mempersonakan mata pelanggan untuk membeli dengan jayanya.

#2-Tinggalkan Jejak di Akaun Orang Lain

Sekiranya akaun anda meninggalkan laluan pada seseorang Instagram, maka orang yang tidak mengikuti akan timbul perasaan ingin tahu. Dan  kemungkinan mereka akan menjadi pengikut anda.

Untuk itu, cuba aktifkan komen atau menyiarkan secara aktif komen anda di Igshop orang lain. Walau bagaimanapun, elakkan spam dan ulasan yang tidak relevan, seperti “periksa IG, sis” atau lain-lain. Kerana komen yang menjengkelkan itu tidak akan disukai.

Ianya tidak relevan digunakan. Suntik kreativiti anda dalam meninggalkan jejak pada komen Igshop yang lain. Pastu komen anda yang bernas dan cantik akan menawan follower untuk mengunjungi Igshop anda.

#3-Promosi Pada Kawan-Kawan Rapat

Cara paling mudah untuk menambah pengikut adalah mempromosikan akaun Instagram anda kepada orang yang paling rapat. Minta mereka untuk follow akaun perniagaan anda.

Pastinya kawan-kawan rapat anda bersedia untuk follow tanda sokongan kepada perniagaan yang dijalankan anda. Anda tidak perlu follow kembali, kerana akaun itu bukan akaun peribadi, tetapi khusus untuk perniagaan.

#4-Beritahu Lokasi Posting

Selain hashtags, pelanggan juga boleh menjejak anda berdasarkan lokasi posting. Jadi, cuba muatkan lokasi pada setiap catatan.

Misalnya, jika perniagaan dalam talian anda berpusat di Kedah, kemudian pilih lokasi Baling, Kedah, sehingga pelanggan yang mencari Instagram berdasarkan lokasi tersebut akan menemui posting anda.

Mungkin anda bernasib baik, kerana orang yang secara tidak sengaja mengintai walaupun berminat dalam akaun perniagaan anda dan menjadi pengikut.

#5- Feed IG Wajib Curi Tumpuan

Selain kandungan berkualiti, perhatikan feed Instagram untuk menjadikan akaun anda lebih menarik dan berjaya mencuri tumpuan pelawat. Berusaha untuk menyusun paparan akaun secara kemas dan estetik.

Sebagai contoh, satu gambar setiap baris menggunakan garis yang sama atau mempunyai nada warna yang sama. Ia memerlukan usaha dan kreativiti.

Walau bagaimanapun, ia patut dicuba kerana ia menjadikan akaun anda kelihatan lebih profesional.

#6- Konten Mesti Jelas

Konten mestilah meletup-letup dalam minda pelawat. Kandungan juga hendaklah bermaklumat, menghiburkan, dan tidak kelihatan kabur. Walau bagaimanapun, ia juga harus relevan dengan jenis perniagaan yang sedang dijalankan.

Untuk itu, pertimbangkan kualiti gambar dan video yang akan dipaparkan, termasuk kualiti kapsyen atau perihalan siaran. Anda juga mesti mencipta kandungan promosi perniagaan secara kreatif tanpa perlu melihat iklan.

Jika kandungan anda disukai, pengikut akan setia dan memberi tanda suka dan meninggalkan komen. Orang yang tidak mengikuti juga mungkin berminat mengikuti akaun anda. Akhirnya, pengikut boleh tumbuh secara organik, tanpa perlu membeli bajanya.

#7- Jadual Posting Pada Masa Puncak

Bagi anda yang menggunakan akaun Instagram untuk perniagaan, anda boleh mengenal pasti pengikut pada waktu puncak bila, pelanggan anda sedang berkeliaran di IG. Anda boleh mengetahui purata masa pengikut anda bermain Instagram setiap hari.

Jadi anda boleh tahu masa yang tepat untuk memuatnaik posting anda. Dan apabila anda memuat naik sesuatu, pelanggan dapat melihat siaran dan mungkin memberi secara langsung atau meninggalkan komen.

#8-Buat Peraduan

Ramai pemburu contest atau peraduan dalam talian di media sosial. Anda boleh gunakan peluang ini dengan menawarkan mereka hadiah berupa wang tunai atau produk yang laku keras dalam jualan anda.

Caranya, buat peraturan untuk peserta dengan syarat mesti follow akaun anda, membuat repost atau meng-upload pos, dan hastadg nama akaun Igshop anda.

Mereka yang menang dan bertuah akan mendapat ganjaran. Sekaligus  akan menambah pengikut anda dan perniagaan anda semakin banyak diketahui oleh orang lain.

#9-Gunakan Kuasa Instafamous

Berkolaborasi dengan instafamous untuk membuat paid review produk anda. Selalunya pengikut emas instafamous ini akan 100 peratus percaya dengan keberkesanan review yang datangnya daripada orang yang benar-benar mereka percaya.

Jadi, gunakan peluang ini untuk naikkan follower anda. Tetapi kena labur sedikit modallah atas perkhidmatan yang digunakan. Tetapi hasilnya pasti tidak mengecewakan anda jika pemilihan instafamous itu tepat dan sesuai dengan produk yang hendak direview.

Majalah Niaga

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

Nasihat Warren Buffett Untuk Usahawan. Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Ubah Kewangan Anda Jadi Power!

Bukan mudah menempah takdir yang dimiliki oleh jutawan dunia ini. Jutawan yang mempunyai pemikiran positif. Ini membezakan beliau daripada orang lain. Beliau mendekati kegagalan dengan sikap “Saya boleh lakukannya”!.

Oleh itu, beliau menggunakan batu sandungan sebagai batu loncatan untuk berjaya. Jutawan ini percaya kegagalan adalah keluk pembelajaran yang berharga.

Semua sedia terhidang dengan kisah bagaimana Warren Buffett pernah melalui getir ketika berada di bawah dan merasai bahagia pada saat beliau berada di atas. Semua ini memakan masa yang lama dan bukan kerja mudah.

Hakikatnya ,beliau adalah pembeli yang berhati-hati, pelabur yang sukar dan suka mengambil risiko. Seringkali beliau mengingatkan usahawan, menjadi kaya adalah mudah. Walau bagaimanapun, untuk tetap kaya memerlukan kerja keras.

#1-Rancang Matlamat Kewangan Anda

Rancang masa depan anda dengan matlamat yang jelas. Mulakan dengan menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Buat mereka khusus dan realistik. Di samping itu, menjejaki matlamat anda untuk memastikan anda mencapainya.

Tetapkan matlamat kewangan tahunan. Berapa banyak wang yang anda harapkan untuk dihasilkan bulan depan, tahun depan, seterusnya 5, 10 atau 15 tahun? Tentukan bagaimana anda akan membuat wang dalam ramalan anda.

Tambahan pula, simpan dan kumpulkan wang anda. Anda mungkin perlu membuat pengorbanan dan memohon disiplin diri untuk mencapai kejayaan kewangan.

Jangan percikan wang anda pada setiap peluang yang anda dapat. Dan, jangan masuk ke dalam kebiasaan meminjam dan hidup dengan kredit sama ada.

#2- Bermula Dengan Kecil

Lihat Michael Bloomberg sebagai contoh. Beliau adalah anak seorang penjaga buku. Beliau pergi ke Universiti Harvard dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Seterusnya, beliau bekerja untuk Wall Street, memanjat tangga dan menjadi rakan kongsi. Akhirnya, beliau memulakan perniagaannya sendiri yang mengubah cara menyimpan data keselamatan. Beliau kini salah seorang lelaki terkaya di dunia.

#3-Menjual Produk Atau Perkhidmatan

Membangunkan produk untuk dijual, tetapi bukan hanya di dalam negara. Jual di peringkat antarabangsa. Produk yang boleh dijadikan makanan atau minuman. Orang perlu makan dan minum.

Itulah sebabnya syarikat-syarikat seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken dan kedai makanan segera lain berkembang pesat. Jika anda terperangkap untuk idea, anda boleh belajar daripada keberhasilan startegi mereka.

Berikut adalah beberapa contoh jutawan yang berjaya dalam menjual:

Warren Buffet – menjual pengetahuan kewangannya.

Michael Dell – menubuhkan sebuah syarikat PC dan menjual komputer.

JK Rowling – menjual buku Harry Potter.

Tyler Swift –  menjual lagu cinta.

Microsoft dan Apple – menjual berjuta-juta perisian, telefon pintar iPads, komputer riba, tablet dan lebih banyak setiap hari.

Cari jurang di pasaran dan jual apa yang orang perlukan. Atau buat produk yang sama seperti yang sudah dijual dengan baik.

Persaingan adalah baik. Ia menunjukkan terdapat permintaan terhadap produk atau perkhidmatan itu. Jadi, jadilah kreatif. Datanglah dengan idea anda sendiri, tetapi menjadikannya unik.

#4- Mindset Kena Betul

Sebaliknya, pola pemikiran kemiskinan akan menjadikan akaun bank anda kosong. Jangan sekali-kali berfikir anda kegagalan. Gunakan kegagalan sebagai batu loncatan untuk bekerja ke arah apa yang anda mahu capai.

Jangan merenung pada masa yang sama tetapi ambil tindakan untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi, sentiasa mengambil tanggungjawab untuk keputusan, baik atau buruk.

#5-Percayalah Anda Akan Lakukan.

Keyakinan yang tinggi terhadap faktor kemampuan yang dimiliki itu perlu ada jika anda mahu mencipta wang yang banyak.

Berkatalah kepada diri anda, bahawa anda mampu lakukan yang terbaik dan tidak akan pernah mengalah dengan waktu kerana anda mampu untuk mencipta kejayaan.

Jutawan hidup di bawah cara mereka, tidak di atas. Hidup di atas cara anda dan membelanjakan secara tidak sengaja, akan meletakkan anda dalam hutang jangka masa panjang.

#6-Melabur

Jutawan suka melabur. Mereka meletakkan wang mereka dalam hartanah, seni, saham, bon dan syarikat. Warren Buffett, George Soros dan Carl Icahn bermula tanpa apa-apa. Usahawan ini menjadi jutawan dengan melabur.

Bagaimana? Dengan membeli stok, saham, syarikat, dagangan dalam mata wang dan mempunyai kepentingan terkawal dalam syarikat awam.

Mengambil risiko dalam pelaburan bukan sesuatu yang mereka takut. Oleh itu, kebanyakan pelaburan mereka lebih berisiko berbanding dengan tradisi. Namun, mereka biasanya menuai pulangan besar dan meningkatkan baki bank mereka.

#7-Hidup Sederhana

Warren Buffet dan isterinya masih tinggal di rumah pertama yang dibelinya sebelum dia menjadi kaya. Ia menelan belanja $ 31,500 pada tahun 1958. Di samping itu, dia tidak membawa telefon bimbit. Dia juga tidak mempunyai komputer di mejanya.

Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook memakai kasut dan seluar jeans biasa. Dia juga memandu sebuah kereta hatchback Volkswagen.

Pengasas Ikea, Kamprad, hidup gaya hidup yang hemat. Dia terkenal dengan senjatanya dan membeli pakaiannya dari pasar biasa untuk menjimatkan wang. Dia terbang kelas ekonomi dan bergerak dengan bas kadang-kadang.

Majalah Niaga

 

Posted in: Perniagaan, Tips

Leave a Comment (0) →

4 Panduan Beli Kain Ela Untuk Lelaki, Tak Ada La Jadi Mangsa Fesyen Raya Nanti!

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa membeli baju melayu yang siap dijahit, apa kata tahun ini anda tukar pilihan. Hari minggu ini merupakan masa yang sesuai untuk anda pergi mencari dan membeli kain ela. Kami ada beberapa panduan berguna untuk anda yang bercadang ke gedung kain.

1. SAIZ BADAN

Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Panjang kain ela yang sesuai untuk lelaki dewasa adalah empat. Kalau badan yang besar, eloklah membeli 4 ½ meter. Bagi yang sedang-sedang besar belilah kain empat meter suku (4 ¼). Sebenarnya, ukuran panjang empat meter sudah memadai namun untuk memudahkan kerja tukang jahit untuk memotong, lebih baik lebihkan sedikit. Jika anda masih kurang arif, minta saja pendapat penjual kain yang memang handal dalam menentukan ukuran kain yang diperlukan. Antara gedung kain yang boleh kami cadangkan adalah Nagoya, Kamdar, Gulatis, Jakel dan banyak lagi yang anda boleh tanya rakan lain.

2. JENIS FABRIK

Terpulang pada anda sama ada anda mahukan fabrik jenis kapas, crepe, jacquard, polyester, sutera, viscose, linen dan lain-lain. Tetapi kami menyarankan anda memilih kain ela berfabrik crepe kerana kain ini nipis dan lebih lembut dari sutera. Bagi anda yang agak malas untuk gosok baju, fabrik crepe untuk baju melayu adalah paling sesuai dan tidak mudah konyok. Tidak ada masalah apabila anda gemar satin. Perlu diketahui satin sangat leceh untuk digosok. Bagi anda yang kurang menggemari fabrik yang terlalu berkilat, satin bukan untuk anda melainkan anda suka menjadi tumpuan. Kami juga berpendapat satin mudah melekat pada tubuh apabila berpeluh. Biar apa pun pilihan anda, anda sendiri yang menentukan keselesaan.

3. KUALITI KAIN

Setibanya anda di gedung kain, anda akan mendapati ada pelbagai jenis kain yang meletakkan harga berlainan. Semestinya, kualiti yang tidak begitu bagus atau tidak tahan lama adalah lebih rendah harganya. Kain yang mahal pula semestinya kualiti yang tahan lasak dan boleh dipakai sehingga bertahun-tahun. Nasihat kami, sesekali memilih kain berkualiti apa salahnya. Lelaki hanya memakai baju melayu setahun sekali itu pun ketika sambutan Hari Raya. Maka, baju melayu anda boleh dipakai untuk tahun-tahun mendatang. Berbanding wanita, mereka boleh menggayakan baju kurung setiap hari termasuklah ke pejabat.

4. TUKANG JAHIT

Ada dua cara mudah untuk anda menyiapkan baju melayu. Pertama, anda ke kedai jahit untuk mengambil diambil ukuran badan. Kedua, anda boleh membawa baju melayu yang sudah siap sebagai contoh kepada tukang jahit. Jika anda tergolong dari mereka yang sukakan keringkasan, semestinya baju melayu gaya teluk belanga adalah pilihan terbaik. Baju melayu gaya cekak musang pula lebih segak dipakai bersama sampin dan songkok untuk ke majlis-majlis formal, sambutan Hari Raya mahupun ketika hari-hari penting dalam hidup anda.

Mungkin ada dikalangan anda berpendapat masih terlalu awal untuk memikirkan baju melayu tetapi inilah masa yang sesuai untuk anda survey kain. Bukan apa, kami takut nanti tukang jahit sudah tidak mahu menerima tempahan. Nak tak nak, terpaksalah anda beli baju melayu yang sudah siap. Lagipun, bila lagi hendak menimba pengalaman beli kain ela sendiri. Sebagai jejaka Maskulin, anda mampu!

Maskulin

Posted in: Panduan, Tips

Leave a Comment (0) →
Page 3 of 10 12345...»