Posted on Leave a comment

Cara Minta Gaji Lebih Di Tempat Kerja Baru?

Pastinya setiap dari kita ingin ‘dibayar’ berpatutan dengan kelayakan dan deskripsi tugas yang diberi. Oleh itu, sebelum bersetuju untuk menjawat mana-mana jawatan, bersiap sedia dengan tip untuk merunding gaji. Ini adalah untuk kepentingan anda di masa hadapan nanti.

RUNDINGAN GAJI KETIKA SESI TEMUDUGA

Salary negotiation atau rundingan gaji sering berlaku ketika di fasa terakhir dalam sesi temuduga. Runding gaji juga sering diselidiki pihak pengurusan setiap hujung tahun bagi tujuan kenaikkan tahunan untuk semua staff seliaan sesebuah syarikat.

Walaupun ada dinyatakan di resume dan CV jangkaan gaji yang wajar anda perolehi, ada pihak yang lebih senang untuk berbicara lebih dalam soal ini. Oleh itu, anda disarankan untuk mengikut tip ini.

1- FAHAMI PIHAK PENGURUSAN

Sebelum meletakkan sebarang jangkaan gaji, ada baiknya anda terlebih dahulu membuat kajian dan selediki prestasi pihak pengurusan dan syarikat tersebut dalam skop perusahaan dan bidang secara amnya. Fahami dan lihat bagaimana syarikat tersebut mengerakkan industri serta pencapaian yang dicapai mereka. Sekiranya syarikat tersebut berada dalam kelasnya yang tersendiri, pasti pihak pengurusan punya sistem gaji yang efektif dan sistematik.

2- TETAPKAN KELAYAKAN

Wajar ikut! Jangan sesekali merunding atau bicara soal gaji sebelum anda menetapkan kelayakkan anda yang sebenarnya. Pastikan anda tahu kelayakan akademi yang menjadi titik ukur berapa tangga gaji yang sewajarnya diberi. Jangan menipu kelayakan anda. Pastikan sijil dibawa bersama bagi membuktikan anda layak untuk mendapatkan amoun gaji yang anda inginkan.

3-SENARAIKAN PENGALAMAN

Pengalaman anda sebagai seorang pekerja juga bisa membantu dalam perundingan gaji antara anda dan pihak pengurusan. Bak kata pepatah, pengalaman tidak boleh dijualbeli. Maka, ‘jualkan’ pengalaman anda dan nyatakan betapa pentingnya pengalaman tersebut untuk diaplikasikan bagi keuntungan dan masa depan syarikat. Ini akan membuatkan pihak pengurusan untuk mempertimbangkan tangga gaji yang anda inginkan. Janganlah berangan untuk mendapatkan gaji yang tinggi padahal diri anda masih belum cukup punya pengalaman.

4- PENAMPILAN MEMBANTU

Jangan diambil ringan pada soal penampilan dari rambut ke hujung kaki apabila melibatkan rundingan gaji. Personaliti yang menyakinkan bermula dari keseluruhan penampilan anda. Jika anda terurus, yakin dan layak untuk ditawarkan gaji yang anda inginkan, beraksilah seperti yang paling layak. Pakaian dan keperibadian ini secara tidak langsung mengurangkan tanda tanya pihak pengurusan.

5- BERTANYAKAN PADA KENALAN

Sekiranya punya kenalan yang bekerja di sesebuah institusi tersebut, maka gunakannya untuk anda sendiri selidiki mengenai tangga gaji yang diberikan. Adakah ia berpatutan dan mengikut sistem yang tertentu seperti mengikut sinioriti, kelayakan akademi,diskripsi tugas, pengalaman dan sebagaianya.

 

3 KESAN SAMPINGAN AKIBAT GAJI TIDAK MEMADAI

1– Produktiviti menurun. Pastinya produktiviti seseorang akan menurun secara mendadak apabila tugasan yang diamanahkan tidak seimbang dengan tangga gaji yang ditawarkan.

2- Industri tidak berkembang. Setiap industri berbeza antara satu sama lain mengikut keluasan skop dan perkembangannya dari semasa ke semasa. Soal gaji yang ditawarkan boleh memberi efek jangka masa panjang kepada mereka yang bekerja di dalam industri yang tidak boleh bertahan lama dan terdedah kepada risiko bankrupsi dan penyelewengan.

3- Tidak puas. Berikutan dengan gaya hidup yang kini meningkat, seseorang sukar untuk mendapatkan kepuasan ketika bekerja. Ini kerana tuntutan kehidupan memberi efek dalam prestasi dan jiwa seseorang.

 

TIP LAIN WAJAR IKUT

1- Jangan memaksa. Elakkan dari terlampau terdesak dalam memohon tangga gaji tertentu yang anda inginkan.

2- Berikan pihak pengurusan masa. Ini penting kerana soal gaji dan wang ringgit perlu mendapatkan persetujuan ramai pihak. Oleh itu, anda sewajarnya berikan sedikit masa dan jangan berharap pada jawapan yang cepat.

3- Elak guna alasan peribadi. Alasan yang bersifat peribadi seolah menjerat diri anda. Jangan campuradukkan soal gaji dengan kisah peribadi yang membuatkan anda bertindak sedemikian bagi mendapatkan gaji tertentu contohnya tempat tinggal yang jauh, masalah keluarga dan lain-lain.

4– Fleksibel. Jangan kecewa jika tangga gaji yang diminta tidak dapat dilunaskan pihak pengurusan. Mungkin pihak pengurusan perlukan masa untuk meninjau kredibiliti anda sebagai pekerja terlebih dahulu sebab menawarkan gaji yang anda inginkan.

Maskulin.com.my

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *