Posted on Leave a comment

Rasa Telinga Macam Kena ‘Block’ Ketika Selesema Teruk? Doktor Ini Kongsi Cara Untuk Mengatasinya

Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan ‘block’ ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk?

Sudah cuba macam-macam cara untuk atasi, tapi masih tidak berkurang. Saya kongsi 5 tip berguna ini :

1. Guna nasal spray

Doktor akan beri ubat spray pada hidung bersesuaian dengan pesakit. Ia dapat mengawal masalah hidung dan juga masalah telinga.

2. Ubat mengawal selesema

Ada beberapa jenis ubat. Biasanya jenis antihistamin, bertujuan mengurangkan gejala pada hidung. Anda akan dapati pendengaran anda akan pulih beberapa hari selepas itu.

3. Nasal douching

Ini seperti ubat garam. Alkaline atau sodium bicarbonate nasal douching akan diberi oleh doktor untuk membersihkan rongga hidung sehingga ke bahagian nasofarinks. Cecair lendir dan mukus yang berkurang dapat juga membantu atasi masalah pendengaran anda.

4. Wap suam/ panas

Di hospital, doktor akan memberi ubat seperti menthol inhalation bertujuan membantu masalah selesema dan resdung pada hidung. Sebaik masalah hidung selesai, masalah telinga juga akan berkurang.

5. Nasihat doktor

Pemeriksaan di klinik dan hospital adalah perlu. Kami perlu mencari punca sebenar masalah anda alami. Ujian seperti nasoendoscope mungkin perlu dilakukan bagi memeriksa struktur di dalam hidung selain melakukan pemeriksaan pada telinga.

.

Semoga perkongsian saya kali ini banyak membantu anda. Sila KONGSI kepada orang yang anda sayangi.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *