Posted on 11 Comments

7 Sebab Mengapa Perlu Bersahur

Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa. Bersahur adalah satu amalan yang perlu diamalkan pada bulan Ramadhan ini. Kita tidak boleh meringankan sahur walaupun ia tidak wajib untuk dilakukan. Sebaliknya kita perlu berusaha untuk bersahur kerana ia boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Waktu sahur yang terbaik adalah di akhir malam iaitu sebelum masuknya waktu subuh atau biasanya kita panggil waktu imsak. Sahur itu bukannya dilakukan di awal malam yang biasanya mungkin dilakukan oleh kita sendiri kerana kita menganggap yang kita tidak perlu lagi bangun di akhir malam untuk bersahur.

Posted on 2 Comments

8 Cara Untuk Bersihkan Hati

Assalamualaikum.

Hati manusia adalah raja bagi sekalian anggota badan. Jika hati baik maka akan baiklah seluruh anggota badan itu. Jika hati itu buruk maka buruklah jadinya anggota badan yang lain. Buruk disini maksudnya sentiasa melakukan kemungkaran dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan. Manusia itu adalah hamba yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan sebarang dosa. Dosa-dosa yang dilakukan itu akan menyebabkab hati manusia menjadi kotor.

Posted on 6 Comments

Dosa-Dosa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Pada bulan Ramadhan kita telah diwajibkan untuk melakukan ibadah puasa. Tapi adakah ibadah puasa itu hanya dengan tidak makan dan tidak minum sahaja? Ramai orang yang berpuasa Ramadhan tapi mereka tidak mendapat pahala ibadah puasa melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Ini kerana ramai orang yang berpuasa sekadar tidak makan dan tidak minum semata-mata. Tapi anggota pancaindera lain seperti mata, lidah, telinga dan anggota tubuh badan yang lain tidak berpuasa. Ada orang yang berpuasa tapi tetap melakukan kemaksiatan dan mendapat dosa. Dosa-dosa inilah yang akan menghilangkan pahala ibadah puasa dan akan menjadikan orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Posted on 11 Comments

Bulan Ramadhan Bulan Ibadah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bulan yang ada padanya penuh kerahmatan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan untuk kita menambah amal ibadah dan diberikan ganjaran pahala yang besar dari Allah.

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihannya kepada umat islam. Antara kelebihan besar yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam adalah 10 malam terakhir untuk berjumpa dengan malam Al Qadar.

Posted on 2 Comments

Waktu Berbuka Puasa 2011

Assalamualaikum.

Setelah seharian berpuasa maka kita diwajibkan untuk berbuka puasa apabila telah masuk waktu berbuka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2011 bersamaan dengan 1432H. Waktu imsak dan waktu berbuka puasa 2011 ini telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim). Apa yang menariknya anda boleh terus ‘download’ dan simpan waktu imsak dan waktu berbuka ini terus ke komputer anda.

Posted on 8 Comments

Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa

Assalamualaikum.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib).

Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Posted on 33 Comments

4 Peringkat Dosa Manusia

Assalamualaikum. Setiap dari insan yang bernama manusia sudah tentu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Namun begitu janganlah ia dijadikan sebagai alasan untuk kita terus melakukan dosa. Setiap orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera menginsafi akan dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertaubat kepada Allah. Dosa-dosa seorang manusia itu ada 4 peringkat yang boleh sama-sama kita ambil iktibar darinya.

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang yang telah melakukan dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang telah melakukan dosa. Jika seseorang itu berterusan melakukan dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua pula.

Posted on 2 Comments

10 Perkara Untuk Renungan

Assalamualaikum. Dalam kehidupan kita seharian banyak perkara yang kita telah lakukan. Sama ada baik atau buruk itu adalah amalan yang kita lakukan hanya kita yang mengetahui. Kadang-kadang banyak perkara yang perlu kita renungkan dalam diri kita seharian. Di sini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh sama-sama kita renungkan.

1. Senyuman itu sebagai satu tanda kemesraan yang kita berikan kepada orang lain. Ianya dianggap sebagai satu sedekah yang paling mudah. Banyak ketawa pula adalah lambang kepada kelalaian. Jika ianya selalu dilakukan hati akan mati. Jika ia selalu dilakukan di hadapan manusia lain ia akan menghilangkan maruah diri sendiri.

2. Setiap kesalahan yang telah kita lakukan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran. Kita hendaklah menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukan sebagai tanda kelemahan diri. Seterusnya kita perlulah berazam agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.