Posted on 2 Comments

10 Perkara Untuk Renungan

Assalamualaikum. Dalam kehidupan kita seharian banyak perkara yang kita telah lakukan. Sama ada baik atau buruk itu adalah amalan yang kita lakukan hanya kita yang mengetahui. Kadang-kadang banyak perkara yang perlu kita renungkan dalam diri kita seharian. Di sini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh sama-sama kita renungkan.

1. Senyuman itu sebagai satu tanda kemesraan yang kita berikan kepada orang lain. Ianya dianggap sebagai satu sedekah yang paling mudah. Banyak ketawa pula adalah lambang kepada kelalaian. Jika ianya selalu dilakukan hati akan mati. Jika ia selalu dilakukan di hadapan manusia lain ia akan menghilangkan maruah diri sendiri.

2. Setiap kesalahan yang telah kita lakukan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran. Kita hendaklah menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukan sebagai tanda kelemahan diri. Seterusnya kita perlulah berazam agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.

3. Hendaklah kita selalu bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Nikmat yang dikurniakan amat banyak kepada kita. Dan kita hendaklah bersabar di atas segala ujian yang diberikan. Walaupun ianya amat mudah diucapkan dengan kata-kata tetapi rasa sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya akan membawa kepada kesombongan dan kelalaian kepada seseorang. Kesusahan dan penderitaan itu pula selalunya akan membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang-orang yang beriman.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bertelagah dan bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah akan mudah dan cepat melahirkan sifat marah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan kepadaNya.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak akan nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. Mengingati dosa-dosa akan menyebabkan kita sedar yang kita terlalu banyak melakukan kesalahan dari kebaikan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya iaitu hak kita sesama manusia tapi janganlah sampai putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila kita merasa senang dengan pujian yang orang lain berikan, rasa sakit dengan kehinaan keatas diri. Ia menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas dalam membuat sesuatu kebaikan.

10 perkara yang saya kongsikan disini adalah sebagai renungan kita bersama-sama. Tidak semua orang itu sempurna dalam melakukan kebaikan. Berusahalah kita dalam melakukan kebaikan dengan penuh keikhlasan. Semoga apa yang membawa kebaikan itu dapat dihayati bersama.

JOM SHARE

2 thoughts on “10 Perkara Untuk Renungan

  1. wah terbaik thanks for the info bro

    1. sama2 juga bro..untuk renungan dalam diri kita bersama.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *