Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib).
Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Niat Puasa Ramadhan
Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa bagaimana niat puasa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali niat puasa ini dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.
Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.
Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.
Lafaz niat puasa Ramadan:
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Sama-samalah kita mengamalkan niat puasa ramadan ini supaya ibadat puasa yang kita lakukan tidak sia-sia. Jika niat puasa dilakukan dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa yang kita faham pun boleh asalkan kita memahami niat puasa yang kita lakukan. Cuma jika niat dilakukan dalam bahasa arab kita boleh mendapat pahala kerana bahasa arab itu adalah bahasa Rasulullah S.A.W, bahasa Al Quran dan juga bahasa ahli syurga. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
maknenye kalau niat slps azan subuh tu dikira x sah ke?
salam. tidak sah. kena niat sebelum imsak tu. 🙂
Kalo buka ramai doa bukanya sama atau beza. Ada yg kata ade sedikit beza. Kira mcm jemaah lah. Kalo solat tu kita tukar “ni” ke “na”. Utk doa buka puasa cmna?
Wasallam
Salam. Dalam bahasa arab kata ganti diri untuk ‘seorang’ adalah ‘tu’ dan kata ganti diri untuk ‘ramai’ adalah ‘na’. tukar je yang ‘tu’ kepada ‘na’ jika kita berdoa untuk ramai.
meti ramai terlupa niat puasa ni. hehe..
biasa tu kalau terlupa bro sebab puasa Ramadhan kan setahun sekali.. 🙂
walaupun biasa guna niat sebulan namun niat hari2 pun aku buat jugak… rasanya tak salah kot…
Sebaiknya boleh niat sebulan sebab takut terlupa niat hari2.. 🙂