Posted on Leave a comment

Tips Bisnes Hebat dari Albert Einstein

Albert Einstein

Mungkin ada di antara anda yang sering melihat rumus Fizik E= mc². Ya, rumus ini adalah penemuan terbesar seorang saintis abad ke-20, Albert Einstein. Ahli Fizik kelahiran Jerman tersebut merupakan seorang saintis yang paling dikenali masyarakat dunia. Malah Einstein sering dikaitkan dengan perkataan pintar atau genius, dan seringkali kita mendengar ungkapan sehari-hari “otak einstein” yang merujuk seorang siswa yang berfikiran cerdas.

Albert Einstein berhasil menyahbuktikan berbagai hipotesis dan teori Fizik yang sebelumnya masih diperdebatkan oleh para saintis. Dengan hujah dan contoh konkrit yang diajukannya dalam merumuskan serta menjelaskan konsep dan teori Fizik, beliau berjaya menempatkan dirinya sebagai saintis yang paling berpengaruh di abad ini.

Meskipun Albert Einstein lebih dikenali sebagai seorang saintis yang berbakat luar biasa, namun beliau juga mempunyai kepakaran dalam banyak bidang dan mampu memberi inspirasi dari berbagai teori atau pernyataan yang pernah beliau lontarkan, termasuk memberi inspirasi kepada para usahawan, khususnya yang berfokus pada perniagaan. Dipetik dari allbusiness.com, berikut adalah lima tips perniagaan jualan (sales) yang terinspirasi dari Albert Einstein:

1. Gunakan Rasa Ingin Tahu Sebagai Tenaga Perniagaan Anda
Ramai yang menganggap bahawa Albert Einstein adalah seorang saintis yang dilahirkan dengan bakat besar. Namun dengan rendah hati Albert Einstein menyatakan bahawa dirinya berjaya menghasilkan teori yang bijak bukan kerana bakat yang ada di dalam dirinya, tetapi lebih atas rasa ingin tahu dan hasrat yang besar untuk mempelajari hal-hal yang belum difahami. Hal tersebut tidak jauh berbeza dalam menjayakan perniagaan atau pekerjaan sebagai ahli jualan (sales). Ramai yang mempunyai persepsi bahawa orang yang berjaya dalam bidang penjualan merupakan orang-orang yang dikurniakan bakat sejak lahir. Padahal ilmu bisnes penjualan boleh dipelajari dan dikembangkan dari pengamatan, kajian sederhana, dan pengalaman langsung. Jadi dengan memiliki rasa ingin tahu (passion) yang besar dalam strategi penjualan, maka kejayaan dalam penjualan pasti dapat dicapai.

2. Ketekunan dan Fokus
Ketekunan merupakan salah satu kunci penting dalam mencapai kejayaan, termasuk dalam jualan. Albert Einstein adalah seorang yang rajin dan fokus untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah (problem) yang sedang dihadapi. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah berlarutan tanpa ada jawapan yang pasti, kemudian beralih kepada masalah yang lain. Hal seperti itu juga mesti anda praktikkan dalam penjualan. Tekunlah dan fokus dalam menghadapi cabaran penjualan yang anda hadapi.

3. Jangan Takut Melakukan Kesilapan
Meskipun Albert Einstein adalah orang cerdas dalam ilmu sains, bukan bermaksud beliau tidak pernah melakukan kesilapan dalam teori dan prinsipnya. Satu kesalahan yang paling dikesali seumur hidupnya adalah membantu Amerika menciptakan bom nuklear yang telah mengorbankan ratusan ribu penduduk Jepun. Ilmuan yang lahir tahun 1879 tersebut mengatakan, jangan takut melakukan kesalahan asalkan anda mahu memperbaikinya. Dalam dunia bisnes penjualan, kesilapan merupakan cara kita belajar untuk menemukan formula dan strategi perniagaan yang lebih baik.

4. Ciptakan Nilai Yang Berkekalan
Albert Einstein adalah orang tidak terdorong meraih kejayaan dalam pandangan yang konvensional (biasa). Ahli Fizik yang pernah berkahwin dua kali tersebut lebih beranggapan bahawa kejayaan adalah mencipta sesuatu yang berfaedah kepada orang ramai dan yakin bahawa itu adalah sesuatu yang bernilai. Dalam bisnes penjualan, jangan hanya menilai keuntungan yang dikumpulkan, tetapi bagaimana mempengaruhi pelanggan supaya menganggap apa yang dibelinya adalah benar-benar berguna. Dalam memilih bisnes penjualan suatu produk, yakinkan bahawa apa yang anda usahakan memiliki prospek yang bagus dalam jangkamasa panjang, serta visi dan misi perniagaan anda kekal bernilai (value).

5. Jika Suatu Cara Tidak Berjaya, Ubahlah!
Albert Einstein merupakan salah satu ilmuan yang mendukung pepatah “Adalah satu kegilaan apabila melakukan hal yang sama secara berulang-ulang dengan mengharapkan hasil yang berbeza”. Bila cara yang selalu anda lakukan tidak juga mendapatkan hasil yang diharapkan, maka lakukan perubahan. Dalam berniaga, anda harus melakukan eksperimen dan berinovasi untuk menemukan cara dan jalan terbaik dalam meraih hasil yang paling optimal.

——
Sumber: http://www.usahawan.com/

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *