Posted on Leave a comment

8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS

PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS

1. BUAT PERKARA YANG ANDA SUKA LAKUKAN
Cari minat sebenar anda. Lakukan apa yang anda suka sehingga ia membawa perbezaan. Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.

2. JADIKAN IA BERBEZA
Mempunyai pemikiran berbeza “Lebih baik menjadi lanun daripada menyertai tentera laut” kata Steve Jobs. Maksudnya bukan berfikir untuk melakukan perkara yang buruk, tapi selalu berfikiran luar biasa.

3. LAKUKAN YANG TERBAIK
Melakukan yang terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan. Jangan leka! Hanya kejayaan membina lebih banyak kejayaan. Mengupah orang yang bagus dengan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

4. MEMBUAT ANALISIS SWOT
Sebaik sahaja anda menyertai atau membina syarikat, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan syarikat anda di atas sekeping kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan syarikat. S-Strengths, W-Weaknesses, O-Opportunities & T-Threats.

5. JADI USAHAWAN
Mencari sesuatu yang hebat untuk masa hadapan. Cari idea-idea dengan pantas dan mengambil tindakan tegas terhadap idea tersebut. Kadang-kala langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Teruskan sahaja!

6. MULA KECIL, BERFIKIRAN BESAR
Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan beberapa perkara yang mudah dahulu dan kemudian baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Fikirkan tentang masa hadapan bukan masa esok sahaja.

7. BERUSAHA MENJADI PEMIMPIN INDUSTRI
Memiliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baru yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.

8. PELAJARI DARI KEGAGALAN
Kadang-kala apabila anda membuat pembaharuan, anda boleh terjerumus kepada kesilapan. Adalah lebih baik untuk mengakui kesilapan itu dengan cepat dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain.

Sumber: Majalah AO Tribe

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *