Assalamualaikum.
Manusia dilahirkan dengan sempurna dan sebaik-baik kejadian oleh Allah swt. Namun dalam meniti kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan pelbagai dugaan sentiasa hadir yang menyebabkan sentiasa wujud perasaan tidak puas hati dalam diri seseorang. Sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki, mengeluh dan menyalahkan takdir. Tapi, adakah kita sedar bahawa Allah sedang menguji sifat syukur di dalam hati kita?
Jika kita fahami dan selami setiap nikmat hidup di dunia ini adalah hak milik Allah. Kegembiraan kita, kekayaan kita, kesihatan kita semuanya adalah milik Allah. Pada yang kaya, harta kekayaan kurniaan Allah ini bukanlah modal untuk digunakan dengan membuat kemungkaran atau bermegah-megah sesama manusia. Gunakanlah untuk mencari keredaan Allah di dunia yang fana ini.