Posted on Leave a comment

Mencari Ketenangan Dengan Sifat bersyukur

Assalamualaikum.

Manusia dilahirkan dengan sempurna dan sebaik-baik kejadian oleh Allah swt. Namun dalam meniti kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan pelbagai dugaan sentiasa hadir yang menyebabkan sentiasa wujud perasaan tidak puas hati dalam diri seseorang. Sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki, mengeluh dan menyalahkan takdir. Tapi, adakah kita sedar bahawa Allah sedang menguji sifat syukur di dalam hati kita?

Jika kita fahami dan selami setiap nikmat hidup di dunia ini adalah hak milik Allah. Kegembiraan kita, kekayaan kita, kesihatan kita semuanya adalah milik Allah. Pada yang kaya, harta kekayaan kurniaan Allah ini bukanlah modal untuk digunakan dengan membuat kemungkaran atau bermegah-megah sesama manusia. Gunakanlah untuk mencari keredaan Allah di dunia yang fana ini.

Berbicara mengenai sifat syukur dalam diri kita, adakah kita sedar ianya wujud atau tidak sifat ini di dalam hati kita? Malanglah bagi kita jika tiada sifat bersyukur ini di dalam diri kita. Renungkanlah, siapalah kita sebagai hamba untuk menyombong diri dengan tidak bersyukur dengan pemberian dan nikmat dari penguasa alam, Allah swt. Renungkanlah..

Sebagai manusia, kita sentiasa teruji dengan keadaan sekeliling yang membuatkan jiwa kita terusik. Kita sentiasa mempersoalkan kenapa kawan kita lahir dari keluarga yang kaya dan dapat membeli apa saja yang diinginkan seperti Ipad, Ihone, dan bermacam-macam lagi gadget. Kita juga merasa cemburu dengan orang yang memiliki hidung mancong, cantik, putih, tinggi, sasa ataupun berwajah ala k-pop seperti yang digilai remaja sekarang.

Hati kita merungut dan terus merungut. Seolah sentiasa wujud ketidakpuasan hati dalam diri kita. Hati kita sentiasa merasa gelisah bila melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Dan sebenarnya itulah tandanya kita lupa untuk bersyukur.

Apabila kita terus menerus bersifat tidak puas atau tidak redha dengan apa yang dimiliki, perlahan-lahan kita kabur dan lupa dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Walaupun kita tidak mempunyai ibu bapa yang kaya raya, namun kita masih sangat-sangat beruntung kerana masih mempunyai ibu bapa. Fikirkan, berapa ramai insan di luar sana yang tiada ibu, tiada bapa, yang yatim piatu, yang hidup tanpa merasai kasih sayang dan pelukan mesra dari seorang ibu dan ayah. Bersyukurlah kita…

Bersyukurlah dan hati kita akan menjadi tenang dari dihinggapi penyakit duniawi. Apabila kita bersyukur, kita menjadi lebih mengerti bahawa segala-galanya adalah milik Allah. Dan Allah akan menunjukkan kebesarannya kepada hamba-hambanya yang sabar dalam menempuhi kesulitan dalam hidup ini.

Bersyukurlah sahabatku dengan apa yang anda miliki hari ini.. 🙂 Jalani Hidup dengan penuh ketenangan dan selalu bersyukur kepadaNya supaya kita akan merasai kebahagiaan hidup di dunia ini dan akan memperolehi kebahagiaan syurga di hari akhirat kelak.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *