Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian.
Mungkin ramai tertanya-tanya dengan kemunculan entry saya di blog layar suskses milik saudara nik thoha ini. Nama panggilan saya adalah firdaus lazim. Untuk entri pertama ini, saya berbesar hati dijemput oleh saudara nik thoha sebagai penulis tamu di blog beliau. Mungkin gaya penulisan saya berlainan dengan beliau memandangkan beliau sudah berpengalaman luas di dalam arena bloger ini..hehe. Secara ringkas saya dan saudara nik menuntut di institusi pengajian yang sama, mengambil jurusan yang sama.
Entri-entri saya mungkin lebih menjurus kepada perkongsian maklumat dunia I.T memandangkan saya sendiri pelajar jurusan teknologi maklumat. Ilmu pengetahuan akan lebih bermakna jika kita saling berkongsi.
Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya membeli & mengunakan printer canon mp258 baru-baru ini. Sebagai pelajar tahun akhir, printer ini amat-amat diperlukan untuk mencetak proposal, thesis, tugasan dan mencetak nota. Tujuan saya membelinya pun kerana untuk kemudahan saya, tidak perlu lagi terkejar-kejar ke cyber café. Untuk kemudahan rakan-rakan sekuliah juga, saya mengambil tempahan mencetak nota-nota, tugasan, caj nya pun tidaklah mahal, sekadar modal untuk kertas…hehe.
Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah tentang penggunaan CISS (continous ink supply system) yang ternyata menjimatkan penggunaan dakwat. Ciss ini ialah sejenis alat penyambungan katrij printer kepada dakwat luar. Mungkin ramai rakan-rakan yang memakai dakwat Ciss ni, memandangkan ia amat menjimatkan. Bayangkan sebotol dakwat hanya berharga 5rm-20rm, berbeza dengan harga katrij. Sebagai pelajar,bagi saya ia amat menjimatkan kerana beribu-ribu helai dokumen dapat dicetak dengan modal yang rendah.
Namun, keburukkan apabila memakai CISS, warranty dari pihak Canon sudah terbatal kerana terdapat pengubahsuaian pada komponen asal printer. Hanya waranti dari pihak kedai sendiri yang dapat diberikan. Untuk entry seterusnya nanti saya akan berkongsi cara-cara penjagaan dan mengekalkan jangka hayat printer anda.
Penulis Jemputan: Firdaus Lazim