Posted on 6 Comments

Adab Dalam Menuntut Ilmu

Salam..

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam. Namun begitu menuntut ilmu bukan hanya sekadar menuntut ilmu semata-mata. Ianya perlu mempunyai adab-adab tertentu juga. Ada banyak adab-adab dalam menuntut ilmu supaya ilmu yang kita pelajari dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain yang berada disekeliling kita. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas kerana Allah. Hendaklah niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk gelaran supaya mendapat kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang dipandang hebat atau niat yang seumpamanya, maka niat itu adalah niat yang tidak baik. Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahawa dia ingin mendapatkan ijazah (Doktor ke apa2..) bukan kerana dia ingin mendapatkan dunia tapi telah menjadi peraturan yang tidak tertulis sekiranya seseorang yang memiliki ilmu pendidikan yang lebih tinggi, segala apa ilmu yang disampaikan akan didengar oleh orang lain apabila dia menyampaikan ilmu yang dimilikinya. Niat ini insyaAllah adalah termasuk dalam niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dalam diri sendiri dan orang lain. Semua manusia itu pada mulanya adalah bodoh tanpa ilmu. Kita menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan dalam diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain pula. Kita boleh melakukan dengan pelbagai cara yang kita termampu asalkan kita selesa supaya orang lain dapat mengambil manfaat dari ilmu yang kita ajarkan.

Rasulullah bersabda : “Sampaikanlah pesanku walaupun cuma satu ayat” (HR: Bukhari)

3. Menerima perbezaan pendapat dengan hati yang terbuka. Apabila terdapat perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara, hendaklah seorang penuntut ilmu menerima perbezaan pendapat itu dengan hati yang terbuka. Jangan hanya mahu menang dengan pendapat kita sahaja tanpa mengambil kira pendapat orang lain. Mungkin ada benarnya juga pendapat orang lain itu. Disamping itu juga, jangan pula sampai kita menghina atau merendah-rendahkan orang lain yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kita.

4. Mengamalkan ilmu yang telah dimiliki. Termasuk dalam adab yang tepenting juga bagi para penuntut ilmu adalah untuk mengamalkan ilmu yang telah diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang yang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali jika diamalkan (digunakan).

5. Mencari kebenaran dan bersabar termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah dimiliki. Dalam mencari kebenaran ilmu ini kita harus bersabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau gelisah. Jangan sampai kita mempelajari sesuatu pelajaran setengah-setengah sahaja, belajar satu buku sekejap lepas tu ganti lagi dengan buku yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapat ilmu apa yang kita pelajari. Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana mungkin orang yang mengajar ilmu kepada kita kadang-kadang boleh tersilap juga. Pandai-pandailah kita mencari mana yang benar dan mana yang salah.

Ada banyak lagi sebenarnya ada-adab dalam menuntut ilmu yang perlu kita amalkan supaya ilmu yang kita pelajari akan diberkati. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda.

JOM SHARE

6 thoughts on “Adab Dalam Menuntut Ilmu

  1. masalah saya dulu nak ikhlaskan hati memang agak payah. sebab semua orang berlumba-lumba nak kejar kecemerlangan peperiksaan.
    .-= zahida´s last blog ..Sedap ke makan kelawar? =-.

  2. salam..
    kalau niat tu betul dan ingin belajar, insyaallah ilmu itu kita dapat kuasai kan.. 🙂
    .-= Mr.Z´s last blog ..Perbezaan Dulu Dan Sekarang! Pelajar Kini Semakin Ganas! =-.

  3. salam..
    ade tambahan sikit..
    catat ilmu yg diperoleh..
    imam syafie kot yg ckp kalau x silap..
    hehe

  4. salam kawanku..
    menuntut ilmu perlu bersungguh2 tak blh main2..bila dah menuntut ilmu kita wajar utk mempersembahkannya melalui perbuatan..

    dari situlah manfaat kita menerima & menggunkannya degn sebaik yg mungkin:)

  5. Assalamualaikum.

    Mungkin kerana tidak menjaga adab menuntu ilmu yang menyebabkan banyak berlaku perkara yang tak baik dan kes disiplin dalam kalangan pelajar sekolah kita sekarang.

    Sentiasa beradab agar ilmu diberkati.

    TQ
    .-= RasaHatiku´s last blog ..Doa Ibu =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *