Posted on 2 Comments

Jadilah Orang Yang Berani

Dalam hidup ini tidak kiralah apa saja bidang yang anda lakukan, keberanian adalah penting. Didalam perniagaan internet atau apa saja perniagaan lain keberanian adalah penting. Jika anda masih ragu-ragu dan takut maka tidak mungkin anda dapat bertahan lama atau sanggup menghadapi pelbagai risiko dalam bidang perniagaan. Perniagaan internet memerlukan keberanian dalam setiap langkah yang anda ambil. Ada beberapa bentuk keberanian yang anda mesti bersedia  menghadapinya jika anda menjalankan perniagaan internet.

1. Berani mengambil setiap tindakan yang boleh membawa kepada kejayaan. Mengapa anda perlu berani mengambil tindakan? Ini kerana sampai bila-bila anda akan menjadi seorang yang tidak pernah berubah kerana anda tidak berani mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda. Adakalanya hidup ini memerlukan perubahan kerana tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Jadi satu tindakan mesti diambil untuk mengubahnya kearah lebih baik.  Jika anda masih tidak berani mengambil tindakan yang dapat mengubah hidup anda, maka anda tidak akan kemana-mana. Anda perlu berani untuk bertindak selagi ia memberi manfaat kepada anda.

2. Berani untuk bersaing dengan orang lain. Jangan anda takut kepada persaingan dalam hidup ini. Sudah semestinya dalam perniagaan internet  juga mempunyai persaingan yang sihat. Jika anda takutkan persaingan, maka anda juga yang akan rugi dan orang  lain yang untung. Beranikan diri anda untuk menghadapi persaingan yang sihat dalam perniagaan internet ini. Setiap orang akan mendapat rezeki masing-masing jika mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jadikan persaingan itu sebagai satu cabaran supaya anda lebih kuat dan menjadi pendorong kepada anda untuk menjadikan perniagaan anda lebih baik lagi.

3. Berani dan bersedia untuk menghadapi risiko. Dalam mana-mana perniagaan sudah semestinya anda akan berdepan  dengan pelbagai bentuk risiko. Contoh risiko dalam perniagaan internet adalah kerenah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk yang anda niagakan, masalah laman web sama ada masalah hosting yang tiba-tiba down, ditipu oleh orang lain yang berniat jahat kepada anda dan mungkin juga risiko kerugian. Namun begitu, jika anda bijak dalam melakukan segala tindakan yang betul, maka segala risiko tersebut akan dapat diatasi. Jadi, anda kena berani menghadapi sebarang risiko.

4. Berani untuk mengeluarkan modal. Untuk memulakan perniagaan internet, anda juga mungkin perlu mengeluarkan sedikit modal. Jangan takut untuk mengeluarkan modal jika dengan modal itu ia dapat membantu anda memulakan perniagaan internet anda. Tapi anda perlu mengeluarkan modal secara bijak dan elakkan dari mengeluarkan modal secara terburu-buru kerana jika anda tidak mengeluarkan modal secara bijak anda mungkin berdepan risiko kerugian. Selepas mengeluarkan modal tersebut anda perlu terus mengambil tindakan. Jangan tunggu lama-lama untuk mengambil tindakan memulakan perniagaan internet anda.

Sebagai kesimpulan, keberanian adalah penting dalam hidup ini. Jika kita seorang yang penakut, maka susah la jika kita berdepan dengan sedikit cabaran kita akan berasa lemah kerana kita tidak mempunyai keberanian dalam diri kita. Dalam perniagaan internet anda memerlukan beberapa jenis keberanian untuk melakukannya. Jika anda masih ragu-ragu dan takut dengan perniagaan internet, anda tidak akan dapat melakukannya perniagaan anda dengan baik. Apabila anda mempunyai keberanian anda akan lebih bersemangat lagi dan akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Tidak mustahil keberanian anda itu akan membawa kejayaan kepada anda. Download ebook percuma panduan asas perniagaan internet.

JOM SHARE

2 thoughts on “Jadilah Orang Yang Berani

  1. Ya betul. Kita harus berani.. berani menghadapi kegagalan.. barulah boleh kita tahu dimana kelemahan..kalau tak sampai bila??
    .-= zik´s last blog ..Apple Ipad =-.

    1. betul tu zik..kegagalan adalah asam garam dalam kehidupan..kita kena berani menghadapinya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *