l

Archive for 'Tazkirah'

Mengenal Bangsa Yahudi Israel

Assalamualaikum.

Pada hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi krisis antarabangsa melalui tindakan biadab dan kejam tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Dan serangan tersebut telah mengorbankan beberapa orang sukarelawan dan mencederakan ramai lagi yang lainnya.

Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut mengenai berita ini kerana belum mendapat  tahu berita yang sepenuhnya cuma saya disini ingin mengajak sahabat-sahabat semua mengenali siapakan bangsa yahudi ini sebenarnya yang telah lama dibenci oleh bangsa lain didunia ni sejak dahulu lagi.

Posted in: Informasi, Tazkirah

Leave a Comment (4) →

Hikmat Seseorang Berdiam Diri

Assalamualaikum sahabat semua,

Manusia sememangnya sangat suka bercakap setiap masa. Percakapan perkara-perkara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika percakapan tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan juga di akhirat. Di dunia lagi akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat percakapan yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Posted in: Motivasi, Panduan, Tazkirah

Leave a Comment (22) →

Baca Al-Quran Secara Online

Assalamualaikum,

Membaca Al-Quran adalah perkara yang wajib bagi setiap orang muslim. Tidak kiralah dimana sahaja anda berada membaca Al-Quran tidak boleh ditinggalkan dalam kehidupan seharian. Walau hanya sekadar membaca surah-surah pendek sudah mencukupi sebagai kewajipan seorang muslim membaca al-Quran.

Oh ya, disini saya ingin berkongsi satu laman web yang anda boleh membaca al-Quran secara online. Disamping anda melayari internet tu boleh la juga baca al-Quran secara online ni. Anda boleh klik laman web dibawah ni untuk membaca al-Quran secara online.

Posted in: Panduan, Tazkirah

Leave a Comment (18) →

Kelebihan Menyampaikan Ilmu

ilmu

Assalamualaikum,

Adakah ilmu yang kita miliki hanya untuk disimpan semata-mata?. Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.

Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya”.

Posted in: Informasi, Tazkirah

Leave a Comment (16) →

Masa Yang Mustajab Untuk Berdoa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menduduki exam kepada yang sedang menduduki exam sekarang ni ye. Dimasa sekarang kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat juga. Doa adalah senjata bagi seorang muslim. Dengan doalah juga hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih dekat sebagai seorang hamba yang bertakwa.

Semasa berdoa anda hendaklah menjaga adab-adab tertentu supaya doa anda akan lebih diberkati. Didalam anda berdoa ada tempat-tempat dan masa-masa tertentu yang mustajab untuk anda berdoa. Di antara masa-masa mustajabnya doa adalah:

Posted in: Tazkirah

Leave a Comment (9) →

Hadis Nabi Mengenai Wanita

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan satu artikel mengenai 19 hadis nabi mengenai wanita. Jadi saya rasakan yang ianya lebih baik untuk dikongsikan dengan anda semua daripada saya simpan je. Ilmu yang bermanfaat adalah untuk disampaikan bukan hanya disimpan. Di antara hadis mengenai wanita itu adalah:

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Posted in: Tazkirah

Leave a Comment (6) →

Sifat Panas Baran Perlu Dibuang Dalam Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,:)

Sifat marah ataupun panas baran ini ada dalam setiap diri seseorang. Namun ianya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu pandai mengawalnya. Sifat panas baran ini dibenci oleh semua orang dan orang yang panas baran ini tidak akan disukai oleh orang sekelilingnya.

Orang yang panas baran ini suka bertindak mengikut nafsu amarahnya, pasal orang lain fikir kemudian yang penting dirinya puas hati kerana dapat melepaskan apa yang membuak-buak didalam hatinya. Saya tidak dapat menafikan yang saya juga kadang-kadang suka marah-marah juga tapi cepat sejuk.;)

Posted in: Motivasi, Tazkirah

Leave a Comment (9) →

Valentine Day Bukan Hari Berkasih Sayang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,:)

Adakah sambutan Valentine Day hari berkasih sayang? Sambutan hari kekasih ataupun Valentine Day pada tarikh 14 Februari setiap tahun dianggap sebagai hari yang ditunggu-tunggu oleh oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia.  Pada hari tersebutlah setiap pasangan kekasih akan meluahkan kasih sayang dan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai tanda hubungan cinta mereka.

Malah ada segelintir orang islam sendiri yang terikut-ikut dengan budaya  agama lain ini tanpa memikirkan sejarah disebalik hari tersebut. Pada hari sambutan Valentine Day ini sudah biasa dengan simbolik warna merah, bunga ros, bentuk love dan banyak lagi.

Posted in: Tazkirah, Umum

Leave a Comment (8) →
Page 5 of 7 «...34567